Monday, July 6, 2009

BELASUNGKAWA DARI PRIMA


Bekas calon PAS di Melaka
Ipar Haji Suhaimi meninggal


Pimpinan PRIMA mengucapkan takziah kepada Haji Suhaimi Said, peguam dari Temerloh berikutan berpulangnya ke rahmatullah abang iparnya Haji Mohd Nor Haji Jaafar di Hospital Besar Melaka jam 8.15 minit pagi (5 Julai 2009). Dalam laman blognya Haji Suhaimi menulis, "Anak saya Sufizal sememangnya sudah berada di Melaka dari malam sebelumnya. Anak saya Surina sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kerana pada 6hb Julai dia ada kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Anak saya Syukri ada pulang dari Kuala Lumpur ke Temerloh dan bersama-sama saya dan emaknya, kami ke Melaka, bertolak jam 7.00 pagi untuk menziarahi Abang Md Nor di Hospital. Dan didalam perjalanan itulah berita pemergian Abang Md Nor dimaklumkan." (Gambar, Haji Suhaimi)

Haji Mohd Noor, pesara AO di Pejabat Tanah Alor Gajah dan Jasin dan pernah bertugas di Pejabat Tanah Melaka. Selepas bersara beliau aktif didalam PAS memegang beberapa jawatan di peringkat Negeri Melaka dan pernah bertanding sebagai calon PAS untuk kawasan Parlimen Batu Berendam. Pimpinan PAS Negeri Melaka dan kawasan-kawasan di Melaka turut menziarahi dan bersama-sama menghantar jenazah ke perkuburan Islam Peringgit. Allahyarham Haji Mohd Nor Jaafar adalah pejuang Islam yang cekal. Pimpinan PRIMA mengucapkan takziah kepada Haji Suhaimi dan keluarganya, moga-moga roh Allahyarham Haji Mohd Noor diberkati Allah.

No comments:

Post a Comment