BekwahSetiap hari Manek Urai bekwah
di mana-mana rezeki merempah ruah
di mana-mana daging kena ratah,
ikan panggang, ayam percik, kambing bbq, gulai kawah
murah sungguh rezeki, mudah sungguh mimpi
mewah sungguh janji.
Aduhai, alangkah moleknya
selepas ini ada lagi wakil rakyat yang mati
selain dapat makan lauk daging lazat-lazat
boleh juga jual kp.
Wanginya bau asap panggang daging
katmana pula lepas ni ada lagi bekwah besar
tujuh hari tujuh malam macam ni
murahnyalah rezeki
ramainyalah orang kaya murah hati
Banyaknyalah orang berbudi di Manek Urai loni...
-Yassinsallehjam 2235,
Julai 12, 09
Manek Urai.
No comments:
Post a Comment