Di depan semua bermuka-muka
Di belakang mungkin lain bicara
Tak lama lagi, kita semua jadi orang Malaysia, Bahasa Malaysia, bangsa Malaysia, Tanah Malaysia, waganegara Malaysia. Agama pun (Malaysia?). Tengah memikrkan satira dan jenakanya untuk Husin Lempoyang. Memang sukar mahu membuat tafsiran kerana 1Malaysia boleh dilihat dari pelbagai persepsi. Barangkali juga mereka yang memuji-muji 1Malaysia sekadar bermuka-muka, seperti ditunjukkan ketika slogan 'Islam Hadhari' menjadi buah mulut setiap aktivis UMNO. Akibatnya PRU12 UMNO kehilangan 'Islam Hadhari', sekalipun setiap aktivis UMNO kononnya memberi sokongan serta berdiri teguh di belakang pimpinan, tetapi sebenarnya lain bicara. Tak hairan dengan 1Malaysia, terlalu ramai yang bermuka-muka, berseloka-seloka dan berjenaka-jenaka. Malaysia oh Malaysia, UMNO oh UMNO! - Husin Lempoyang.
PPSMI MANSUH 2012
ReplyDeleteWalaupun dalam tempoh 3 tahun akan datang keputusan ini masih boleh DIUBAH namun keputusan hari ini adalah yang terbaik dalam sejarah pendidikan negara.
Ingatlah catatan terbaik ini akan menjadi hina dan kotor jika ada sifat dolak-dalik selepas ini. Ini amaran kepada pembuat keputusan yang ada kaitannya dengan kepentingan BAHASA DAN UMAT MELAYU -jangan main-main atau jangan berpolitik murahan. Keputusan ini adalah muktamad. Jika ini hanyalah muslihat maka Kami SEJUTA rakyat yang cintakan bahasa akan turun ke jalanan - tunggulah!
Teruskan perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu, berjiwa besarlah, hapuskan akal dan jiwa terjajah!
ABAIKAN MAHATHIR SEKEJAP! FIKIRKAN DENGAN AKAL JERNIH!