Friday, July 17, 2009

INFO PENDIDIKAN MELAYU


Latihan dalam perkhidmatan:
Hanya melepaskan batuk di tangga

oleh: Cikgu Fadzli, 16 Julai 2009.

Salah satu punca kurangnya budaya kerja cemerlang di sekolah adalah disebabkan pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan yang hanya dibuat sekadar memnuhkan taqwim program sekolah. Latihan dalam perkhidmatan atau singkatannya LDP adalah program yang perlu direncanakan oleh pihak sekolah terhadap semua guru mahupun kakitangan sekolah. Jelasnya, LDP ini diibaratkan sebagai kursus profesional yang dijalankan sebagai latihan peringkat dalaman warga sekolah.

Rata-rata tinjauan kami, kebanyakan guru merungut disebabkan LDP yang diadakan hanya membebankan dan bukan memberi manfaat yang jelas kepada peserta. Secara amnya, terdapat keraguan semasa pelaksanaan LDP iaitu:
1) Melantik penceramah di kalangan guru sendiri atau pentadbir yang ternyata diragui kebolehan menyampaikan latihan khususnya latihan komputer. Terdapat sekolah mengambil jalan mudah dengan menyuruh mana-mana guru menyediakan dan menyampaikan latihan walhal guru berkenaan tidak tahu menggunakan komputer apatah lagi Browse internet.
2) Kesan sebab pertama, tempiasnya sehingga ada penceramah yang dilantik kadang-kadang hanya bersifat kroni pentadbir, walhal penceramah ini pun hebat juga malasnya di sekolah. Ada kes yang guru-guru yang dilantik tidak pernah bagi komitmen, tetapi tahu pula menyampaikan ceramah budaya kerja cemerlang.
3) Ada sekolah yang jemu berjumpa penceramah yang sama walaupun mereka ini dijemput dari luar. Kadang-kadang ada yang lebih lawak dari isi penting LDP..
4) Peruntukan yang terhad menyebabkan ada sekolah hanya buat sekadar melepaskan batuk di tangga supaya PPD tanya, sekurang-kurangnya laporan sudah dihantar.

Ketika ini, jika perkara ini masih membelenggu perjalanan latihan di sekolah, bagaimana budaya kerja cemerlang dapat diterapkan. Sebaiknya, LDP perlu dipandang serius sebagai kursus profesional yang dapat memberikan manfaat kepada semua warga sekolah. Guru terutamanya dapat memberikan komitmen jikalau hujung minggu yang diluangkan untuk LDP memberikan kesan positif kepada budaya kerja mereka. Lebih baik jangan buat latihan jika sekadar panggil penceramah yang mahu pasang LCD pun tidak pandai, harapkan guru media juga yang memasangnya. Bukankah pelik namanya itu! - http://www.cikgumalaysia.com/

No comments:

Post a Comment