Thursday, July 23, 2009

Ku Li tak perlu terburu-buru...


Spekulasi sudah lama tersibar:
Ianya berkaitan kepentinagn negara

Bekas Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tak akan mengambil keputusan terburu-buru dengan spekulasi terbaru apabial dipelawa menyertai PKR oleh Dato' Zaid Ibrahim, kata bekas pembantu kempen beliau bagi merebut jawatan Presiden UMNO Mac 2009 lalu, Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz. Ketika menghubungi sekretariat PRIMA dari Surabaya di Indonesia, Dato' Kamal Amir mengakui spekulasi berkenaan sudah pun tersibar sejak beberapa bulan lalu. "Ku Li tak akan membuat keputusan terburu-buru kerana ianya berkaitan dengan kepentingan agama, bangsa dan tanah air," jelas Dato' Kamal Amir selanjutnya.

Bagaimanapun Dato' Kamal Amir yang juga Jurucakap PRIMA tak menafikan, Ku Li turut diundang menghadiri majlis Baca Puisi Manifestasi Rakyat yang digerakkan PRIMA 15 Ogos 2009 ini di Kelab Golf Perangsang, Templer Park. Sebaliknya beliau tak menjelaskan sama ada Ku Li akan hadir atau sebaliknya, berikutan desas desus menyebut beberapa orang pimpinan PR juga sudah diundang. Menurut Dato' Kamal Amir, acara baca puisi tak rasmi itu sekadar satu manifestasi rakyat prolitar, bukan dikaitkan dengan idealisme mana-mana parti politik. "Kena tanya Pak Dharma sama ada Ku Li akan hadir atau tidak, kerana beliau yang membuat jemputan," beritahu Dato' Kamal Amir.

No comments:

Post a Comment