Tuesday, July 14, 2009

NAJIB KE MESIR KETIKA PRK MANEK URAI


PRK Manek Urai urusan Muhyiddin:
Najib sudah berlepas ke Mesir pagi ini

July 14, 2009 13:25 PM

Sharm El-Sheikh (Mesir) - Laporan berita TV3 jam 1.30 tengah hari, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Mesir pagi ini (14 Julai 2009), dengan membiarkan pilihanraya kecil Manek Urai diseahkan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berita BERNAMA melaporkan Najib akan menghadiri sidang kemuncak negara-negara berkecuali (NAM) di Sharm El-Sheikh yang akan dirasmikan oleh Presiden Hosni Mubarak esok (Rabu, 15 Julai 2009). Sidang kemuncak itu akan meminta Amerika Syarikat, Russia dan lain-lain kesatuan Eropah menggunakan pengaruh mereka mendesak Israel mematuhi pelan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Najib yang menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak kerana tak menampilkan diri berkempen membantu calon UMNO Tuan Aziz Tuan Mat di PRK Manek Urai, terus mengambil pendekatan berdiam diri mengenai isu berkenaan. Semalan (13 Julai 2009) Menteri Luar, Dato' Anifah Aman memberitahu media, Najib dijangka menghadiri persidangan ke 15 kumpulan negara 118 anggota NAM esok (Rabu, 15 Julai 2009). "Kami menaruh harapan kerana selepas Barrack Obama mengambil alih jawatan Presiden AS, beliau juga mendesak Israel menghormati inisiatif damai bagi menyelesaikan masalah Gaza," menurut sumber NAM. Bagaimanapun ketiadaan Najib membantu kempen PRK Manek Urai tetap menajdi tanda tanya, sekalipun beliau sudah berlepas ke Mesir pagi ini.

No comments:

Post a Comment