Saturday, July 18, 2009

SEKALI PERSETUA...

Orangkaya Tun Abdullah:
Mahu mansuhkan segera ISA


Kata sahibul hikayat tersebutlah ceritera bekas Orangkaya Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah lama membawa diri, berkatalah ia peri eloknya Kanun Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu dimansuhkan. Adapun kanun itu memang tak disukai oleh orang banyak, tetapi UMNO berasa malu hendak memansuhkan. Oleh yang demikian, Tun Abdullah mengakui eoklah dimansuhkan, setelah ia tak lagi menjadi Orangkaya Perdana Menteri. Alangkah baiknya kalau Orangkaya itu melakukannya semasa ia masih lagi berkuasa! Adapun setelah tak lagi berkuasa, samalah sepert raja-raja pada suatu masa dahulu, apabila baginda itu menjadi tawanan setelah negaranya dialahkan musuh, adanya!

Syahdan telah datang ke hadapan raja Samudera, maka hulubalang empat yang di dalam peti itu pun masing-masing membuka peti lalu keluar; ditangkapnya raja Samudera itu. Maka segala hulubalang Samudera piun gemparlah, masing-masing menghunus senjatanya hendak berperang dengan orang Shahrun-nawi (atau sekarang disebut ianya Thailand). Maka kata hulubalang Shahrun-nawi, "Jikalau kamu perangi aku, nescaya raja kamu ini ku bunuh." Arakian segala orang Samudera pun berdiam dirinya, tidaklah jadi berperang dengan segala hulubalang Shahrun-nawi. Maka Awi Dicu dengan segala hulubalagnya, dilarikan raja Samudera ke negeri Shahrun-nawi dijadikannya gembala ayam seakan-akan setaraflah dengan ISA. Maka oleh itu diperbuat orang nyanyi:

Pasang pelita di tepi tingkap
Minum susu sayur bayam
Raja Samudera kena ditangkap
Dijadikan Awi Dicu gembala ayam.

Sebermula akan sekalian orang banyak disuruh surat dalam 'Kitab Melayu' daripada:






HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments:

Post a Comment