Untuk bersihkan parti
Ketua Penerangan UMNO Dato' Ahmad Maslan diingatkan jangan 'melawak' apabila diberi amanah memikul tanggungjawab pimpinan Pusat, kata bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gombak, Omar Sudi Abdul Manan. Mengulas kenyataan Ahmah Maslan di akhbar Utusan Malaysia hari ini (30 Julai 2009) mahu mendahulukan perkataan 'agama' dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO yang menyebut perjuangan untuk 'bangsa, agama dan negara', Omar Sudi memberitahu segala yang termaktub dalam perlembagaan itu sudah cukup berkesan. "Semuanya diutamakan serentak dalam perjuangan UMNO iaitu bangsa, agama dan negara, tak perlu nak melawak," menurut Omar Sudi.
Ketika keberangan rakyat terhadap UMNO masih belum reda, Ahmad Maslan perlu memahami kelemahan yang wajar diperbaiki iaitu isu 'politik wang' yang menyebabkan perjuangan UMNO tergadai, kata Omar Sudi lagi. Seterusnya beliau menyentuh sikap Ketua Penerangan itu sebelum ini yang mahu mendekati 'orang kampung' dengan menunggang basikal dan berkain pelikat; perbuatan itu juga adalah melawak malah ditertawakan oleh lawan. UMNO perlu membuat perubahan bukannya untuk melawak, jelas beliau. "Kalau UMNO mahu berubah hapuskan terlebih dahulu 'politik wang', dan jangan biarkan jawatan bagi pimpinan di peringkat Cawangan juga boleh dibeli," beritahu Omar Sudi menambah.
Pak darma! mereka dah kehabisan helah,apa nakbuatlagi, tentang poli
ReplyDeletetik wang ubat nya sangat pahit. tak ada tabib yg buleh mengubat me
lainkan dgn ubat yg tak di sukai oleh kebanyakan pesakit iaitu memu
tung angguta2 yg sakit.paham2lah
siapa pula pesakit nya bukan calang2 orang. jadi siapa2 pon tabib dia
akan balik dgn sia2 saja. itulah
umno dah tak dapat di reform lagi
pertaruhan hanya kejahilan rakyat
dan pihak2 yg berkepentingan dgn
sestem pemerintahan yg ada sekaran
g. dan satu lagi tindakan umno yg menyantuh perasaan rakyat yg cerdik, ialah penjualan saham bernas(beras), beras berangan steratigi ia buleh mengancam keselamatan negara dgn sewenang2 di jual kpd sharikat hongkong,apa
lagi akan di jual kita lihat lah.
mereka seolah2 nak tutup kedai namp
ak nya ,