Wednesday, July 8, 2009

SALAM SANTAI ABANG ZEK

Ibu, bapa & tahi ayam:
Seronok tengok telatah mereka

Saya baru lepas baca satu kisah menarik dalam satu laman web kawan kisah ayam. Menarik juga walaupun dalam kisah itu tidak menyebut ibu ayam, bapa ayam dan bunga tahi ayam. Kalau nak tahu selanjutnya, bukalah laman web beliau - www.feruddinemir.com. Pasti tertarik. Dalam www.lesungbatu.webs.com hari ini pula rencana utamanya mendedahkan perbezaan antara Pas dengan DAP yang cukup ketara sejak lewat-lewat ini. Seronok tengok telatah mereka yang melatah kuat sekarang ini terutama menjelang pilihan raya kecil di Manek Urai pada 14 Julai ini.

Tentunya Jenakaria kali ini juga tidak kurang menarik apabila seekor itik degil jadi pelanggan sebuah kedai runcit. Degil betul itik ni rupanya. Dalam komen pembaca, tulisan terpilih hari ini kata 'Padan muka Guan Eng' minta tolong dengan musuh tradisinya BN. Kenapa tak minta tolong dengan Anwar dan Datuk Seri Abdul Hadi ye? Betul juga katanya. Yang satu lagi mengajak pengundi Manek Urai buat pilihan terbaik semasa mengundi nanti. Kunjungan dan penghayatan saudara saudari sungguh bermakna pada laman web kerdil saya. Terima kasih atas sokongan selama ini. - Salam hormat dari Zakaria Bidin (Abang Zek) Pengelola laman web lesungbatu

No comments: