Sunday, July 5, 2009

SEKALI PERSETUA...

Orangkaya MB Kelantan:
Beriya-iya nak jumpa Najib

Sebermula tersebutlah ceritera tuan yang empunya cerita maka Mursyidul Am harakah Islam (PAS), Orangkaya Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berhasrat bertemu Orangkaya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak terlebih dahulu sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan perbahasan dengan Perdana Menteri menjadi kenyataan. Adapun akan Orangkaya Dato' Seri Najib itu sudah menjelaskan tak mahu ia berbahas. Maka berasa hairanlah fakir kerana Orangkaya Menteri Besar Kelantan itu mahukan pertemuan empat mata itu bertujuan untuk membincangkan garis panduan perbahasan itu. Arakian kalau Orangkaya Dato' Nik Aziz berulang-ulang menyebutnya, maka akan akan menimbulkan fitnah yang lain pula, adanya.

Kata sahibul hikayat maka tersebutlah perkataan Raja Legor, Maharaja Dewa Sura namanya, disuruhkan raja Siam menyerang Pahang. Maka Maharaja Dewa Sura pun berlengkap, kira-kira dua keti rakyat dibawanya. Maka kedengaranlah ke Pahang, maka Sultan Abdul Jamil, raja Pahang menyuruh membaiki kota, parit, menghimpunkan rakyat dan mengerahkan segala orang masuk kota. Maka khabar raja Legur disuruh Siam menyerang Pahang itu kedengaranlah ke Melaka, kerana berperang itu tak sama dengan berbahas. Arakian Sultan Mahmud pun memanggil Bendahara Seri Maharaja, dan segala menteri hulubalang. Maka titah Sultan Mahmud, "Pergilah Bendahara dan segala menteri hulubalang membantu Pahang,". Oleh yang demikian orang banyak pun memperbuat nyanyi:

Kota Pahang di makan api
Antara Terengganu dengan Kelantan
Kalau berang jangan mengapi-api
Sama Melayu sama anak jantan.

Syahdan maka disuruh orang suratkan di dalam 'Kitab Melayu' kepada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments:

Post a Comment