Wednesday, July 22, 2009

SEKALI PERSETUA...


Kalau rakyat memberang:
Siapa pun tak mampu halang

Sebermula tersebutlah ceritera tuan yang empunya cerita pada suatu hari, adapun Orangkaya Temenggung Seri Maharajalela, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan sekalian orang banyak supaya tidak mencetuskan ketegangan dengan memutarbelitkan perkara Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui mati di Plaza Masalam, Shah Alam, Khamis lalu. Arakian Orangkaya Tan Sri Musa Hassan itu menegaskan, anak-anak buah temenggung perlu diberi peluang menyelesaikan siasatan kerana kini sudah siap 60 peratus. ‘‘Kita sedang jalankan siasatan, tetapi kalau cuba putar belitkan perkara oleh kerana nak ganggu tanpa siasatan muktamad, kita akan ambil tindakan sepatutnya," Orangkaya Temenggung Seri Maharajalela memberi ingatan.

Arakian segala anak buah Bendahara Seri Maharajalela, dan segala kaum keluarganya, dan segala orangnya, semuanya berkampung pada bendahara, sekaliannya dengan alat senjata, kerana Tun Hasan Temenggung hendak melawan. Adapun Tun Hasan Temenggung tahulah ia perkara Kitul dan Raja Mendeliar itu sudah diputar belit. Maka ditegah oleh bendahara, tiada diberinya melawan, katanya, "Hai Hasan, kalau rakyat sudah memberang segala anak-anak buah kamu tak boleh menghalang, kerana adat Melayu, tiada pernah derhaka kepada raja!" Setelah Tun Hasan Temenggung mendengar kata bendahara, dia pun membuang senjata lalu berpeluk tubuh, maka diperbuat orang banyak nyanyi:

Apa dijeruk dengan puding
bertenggong kita mudik ke muara
Apa ditengok di balik dinding
Tun Hasan Temengung anak bendahara.

Maka sekalian orang banyak disurat mereka dalam 'Kitab Melayu' bersama:








HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments:

Post a Comment