Wednesday, July 29, 2009

SEKALI PERSETUA...

Kuat PR hanya psaikologi:
Sinambung kisah Tun Mai

Kata sahibul hikayat maka Orangkaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasssin itu dikatakannya anak-anak buah Orangkaya Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim bukan kuat, hanya temberang sahaja (atau disebut anak-anak cucu akhir zaman sebagai psaikologi). Adapun kalau kekuatan mereka itu temberang, alangkah baiknya dibubarkan sahaja DUN Perak itu, supaya sekalian orang banyak tahu siapa temberang dan tak temberang, adanya. Kononnya di mana-mana sahaja anak-anak buah Orangkaya Permatang Pauh itu beramuk-amukan, tetapi Orangkaya Dato' Seri Ong Tee Kiat dan Dato' Seri (Tabib) Chua Sooi Lek itu bukanlah anak buah Orangkaya Permatang Pauh.

Arakian Orangkaya Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Orangkaya Tan Sri Rafidah Aziz juga bukanlah anak buah Orangkaya Permatang Pauh, tetapi beramuk-amukan bagaikan Tuah dan Jebat di istana Melaka. Apalagi malaslah orang banyak mahu sebut satu persatu mengenai Keyveas-Murugiah atau Samy Vellu-Subramaniam-Sothianathan, kerana mereka semuanya bukanlah anak buah Orangkaya Permatang Pauh. Orangkaya Tan Sri Muhyiddin itu khabarnya ke Afrika ia bersama bekas Orangkaya Perdana Menteri Tun (Tabib) Mahathir Mohamad, kerana menjadi kegemaran bekas Orangkaya itu melabur ke negara-negara miskin.

Syahdan, maka tiada berapa lamanya, dengan takdir Allah Taala mahligai itu terbakar, tiba-tiba di atas kemuncak mahligai itu api. Maka segala anak tuan-tuan itu berebut masuk untuk menunjuk berani dan berbuat jasa. Adapun Tun Mai (nama sebenarnya Tun Muhyiddin seakan-akan sama pula dengan heh heh heh!) memerhati api sahaja sambil mengerah orang masuk menyelamatkan harta raja.Hendak masuk takut terbakar kerana bulu romanya yang lebat, maka digelar orang banyak ia Tun Mai Hulat Bulu. Disebabkan Tun Mai itu temberang sahaja menunjuk berani, maka diperbuat otang nyanyi:

Kalau di hulu berkayu arang
Di hilir bakar tempurung bertepi
Sudah tahu Tun Mai temberang
Kenapa dibiar bermain api?

Maka sekalian orang banyak pun tertawa sambil menyurat 'Kitab Melayu' bersama:







HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments:

Post a Comment