Friday, July 17, 2009

SPRM PUNCA SEGALA INSIDEN

Polis ganas leraikan perhimpunan:
Penghinaan dan cabar kerajaan PR

Jumaat 17 Julai 2009 24 Rajab 1430 Hijrah
oleh: Saidah Hairan Fri Jul 17, 09 3:42:23 pm MYT


SHAH ALAM, 17 Julai (Hrkh) - Polis bertindak ganas ketika meleraikan 500 orang yang berhimpun di luar bangunan Plaza Massalam mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian pembantu exco kerajaan ngeri Selangor, Teo Beng Hock. Perhimpunan itu dimulakan dengan ucapan daripada Adun Sekinchan, Eng Suee Lim yang menegaskan himpunan itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap SPRM kerana secara terang-terangan telah menyebabkan kematian pembantu (PA) exco Selangor.
Menurut beliau, kematian itu bukan saja merupakan satu penghinaan tetapi telah mencabar kerajaan Pakatan Rakyat malahan pegawai yang bekerja dengan Pakatan Rakyat.

Dalam masa tiga minit beliau berucap Polis datang dengan keras mengatakan; "Ini perhimpunan haram...", suasana bising berlaku apabila peserta perhimpunan membalas mengatakan; "Ini bukan satu perhimpunan haram, ini perhimpunan aman..." Serentak itu kedengaran laungan,"'We want justice, we want justice...., Adakah kita buat kacau bilau, kita tuntut keadilan..." Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Tian Chua yang masing-masing membawa bunga kekwa putih serta kain rentang yang bertulis 'We want justice.'
Sebelum perhimpunan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sampai ke Plaza Massalam tepat jam 10 pagi dan terus masuk ke bangunan Massalam bersama Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali. Masing-masing membawa bunga kekwa putih serta kain rentang yang bertulis 'We want justice.'

Sebelum perhimpunan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sampai ke Plaza Massalam tepat jam 10 pagi dan terus masuk ke bangunan Massalam bersama Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali. Turut serta antaranya exco kerajaan negeri Selangor; Dr Halimah Ali; Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad; Bendahari PAS, Dr Hatta Mohd Ramli dan Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali. Pemimpin Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10.20 pagi. Beliau turut berucap dalam perhimpunan aman itu dengan mengatakan; "Saya dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain datang ke sini untuk menuntut keadilan. Kita bantah keras pimpinan BN dan kita tak hendak lihat satu persatu kezaliman yang dilakukan."


"Kita mahu SPRM negeri Selangor jawab, pimpinan Umno jawab kerana kezaliman berterusan di negara ini." Beliau menegaskan, kes kematian pembantu exco itu wajib dijawab oleh SPRM bersama pimpinan mereka kerana arahan yang diberi oleh BN. Laungan 'reformasi, reformasi, reformasi' bergema disambut dengan 'we want justice'. 'Tangkap, tangkap, tangkap pembunuh, jangan jadi lembu.' Selepas itu, Anwar terus dibawa masuk ke dalam bangunan untuk menemui Pengarah SPRM.

Pergelutan berlaku 10 minit kemudian selepas pimpinan Pakatan Rakyat masuk ke dalam bangunan Plaza Massalam. Anggota polis pencegah rusuhan (FRU) bertindak ganas meleraikan perhimpuan aman tersebut dengan menangkap beberapa orang peserta. Pembantu exco kerajaan negeri Selangor, Lu Chuan Boon telah diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila beliau enggan beredar dan bertindak duduk di hadapan Plaza. Bagaimanapun, beliau pengsan ketika diseret polis dan anggota cawangan khas (SB) kemudiannya mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM. Orang ramai terus melaung 'polis ganas'. Dua trak FRU datang tepat jam 10.40. Sebelum itu dua trak FRU sudah berada di Plaza Massalam.

Empat orang ditangkap antaranya exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar. Polis menyerbu dan menangkap ketika beliau memberikan taklimat kepada orang ramai supaya menanti pimpinan Pakatan Rakyat keluar dari bangunan. Turut ditangkap ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam; pembantu ahli Parlimen Petaling Jaya dan pembantu Xavier. Mereka telah dibawa ke balai polis seksyen 11, Shah Alam. Ketika menanti pimpinan menyerahkan memorandum kepada Pengarah SPRM, peserta perhimpunan antara Dr Dzulkifly,Shamsul Iskandar, Elizabeth Wong, Lau Wen Sang duduk berkumpul di hadapan pintu masuk Plaza. Bagaimanapun lebih kurang jam 11 pagi Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar datang dan mengarahkan mereka bersurai.

Lebih 200 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM. Manakala anggota FRU telah membuat benteng mengawal bahagian depan bangunan berserta trak 'Water cannon'. Lebih kurang jam 11.15 pagi, Anwar bersama pimpinan PR keluar dari bangunan tersebut. Anwar memaklumkan mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad. Beliau berasa sedih dengan kematian Teo kerana wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya. Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.


Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salahguna peruntukan DUN, hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK).
Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo. Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya. Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini. Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN. - mks. _ http://harakahdaily.net/

No comments:

Post a Comment