To: wanitajim@yahoogroups.com Sent: 30/06/2009 KALBU]
Hukum membuang bulu di muka
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya akan hukum membuang bulu di muka.
Masalah:Andainya seorang gadis mempunyai bulu yang agak lebat di kawasan muka juga keningnya. Kewujudan bulu ini di sekitar bawah hidung, atas bibir, di dagu dan tempat lain di muka. Bulu di muka yang agak lebat dan panjang sehingga orang ramai dapat mengesan akan kewujudan bulu di mukanya itu. Kadangkala, ia dapat mewujudkan perasaan malu dan kurang berkeyakinan apabila orang lain merenung akan rupa parasnya. Ada juga di kalangan rakan yang menegur akan bulu di mukanya. Namun gadis itu tidak berani untuk membuang bulu di mukanya kerana sebagaimana yang diketahui bahawa ianya adalah Haram di sisi Allah swt. Apakah yang perlu dilakukan oleh gadis itu?Terima kasih.
- Wasalam
Gadis
Larangan Di Sudut Syarak
Waalaikumsalam, Gadis yang bertanya.
Tidak mengapa membuang bulu di muka andainya ianya mengaibkan seseorang
Yang ada larangan di sudut syarak hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya;
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.).
Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan adalah seperti berikut;Mencabut bulu ketiak dan ari-ari; hukumya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil syarak melarangnya.Menghilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas.Mengenai bahan/ubat/sabun yang digunakan itu menghilangkan bulu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan. Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis). Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.Wallahu a‘lam.
Rujukan;1. Fatawa Ulama ‘ Baladil-Haram, hlm. 727 dan 739.2. Dr Abd Karim Zaidan, AlMufassol fi ahkam almar’ah juz 3 hal 401
Jawapan disediakan oleh Ustazah Salihah Bt Abdullah,Pensyarah Kolej Jaiputra Kota Bharu dan Dr Hafidzah Mustakim Ketua Wanita JIM Kelantan
No comments:
Post a Comment