Thursday, August 13, 2009

Belasungkawa

Al-Fatihah (الفاتحة)...


BUDAYAWAN TIADA PENGGANTI
PAK DHARMA KEMBALI KE RAHMATULLAH


Pada pukul 1.45am keadaan Abdul Muluk Daud ataupun lebih dikenali sebagai Pak Dharma sudah bertambah tenat apabila tekanan darah Pak Dharma mula menurun. Ketika itu isteri dan waris-waris Pak Dharma sudah menunggu di wad CCU. Setelah bertarung nyawa beberapa jam, Pak Dharma telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 8.41am pada hari Rabu (12 Ogos 2009).


Allahyarham Pak Dharma seorang budayawan dan sasterawan Melayu yang menulis pelbagai genre termasuk novel, cerpen, puisi,rencana, skrip drama pentas, tv dan filem. Pemenang hadiah sastera nasional 1974 kategori cerpen. Pemenang sayembara novel Yayasan Sabah Gapena 1979 dan 1981. Pemenang hadiah cerpen Esso-Gapena 1981 dan 1982. Jawatankuasa penyelidikan budaya Muzium Negeri Sembilan 1990-2003. Pak Dharma juga merupakan pengendali blog PRIMA begitu mementingkan Bahasa Melayu sehingga setiap perjuangan yang dilakukan oleh beliau direalisasikan dengan aktiviti-aktiviti bacaan puisi dan sebagainya.


Jenazah Pak Dharma telah dibawa ke kediamannya di Taman Sri Gombak untuk diberi penghormatan terakhir dan kemudian dibawa ke masjid Al-Khiriyah untuk dimandikan dan dikafankan. Tepat pukul 2.15pm jenazah Allahyarham dibawa ke kampung halamannya di Kg Bachang Mantin, Petaling, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan dimana jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah wakaf perkuburan Triang, bersebelahan dengan makam anakanda Allahyarham iaitu Allahyarham Ikram Hafiz.


Disini isteri dan waris-waris Allahyarham Pak Dharma ingin menjemput sahabat-sahabat Allahyarham untuk menghadiri kenduri tahlil selama dua hari pada 13 Ogos 2009 (Khamis) dan 14 Ogos 2009 (Jumaat) selepas solat Isyak di kediaman Allahyarham, No 24 Jln SG 9/1 Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. Dahulu kehilangan permata hati, kini kehilangan permata kalbu. Semoga roh Allahyarham Pak Dharma dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Amin.

-Waris Pak Dharma

5 comments:

  1. Alfatihah...

    Semoga Allah meletakkan allahyarham di kalangan orang-orang yang soleh... amin

    ReplyDelete
  2. takziah untok keluarga arwah,semoga illahi merahmati beliau,amat meminati karya beliau dan kelangsongan perjuangan beliau dapat diteruskan tanpa noktah.

    ReplyDelete
  3. AL-FATIHAH BUAT SEKELUARGA DISANA...SEMOGA ROH NYA DICUCURI RAHMAT.AMIN...

    DARI SEPUPU: ALBASYANURUL ABDUL LATIF,alba_sya@yahoo.com.
    JABATAN PELAJARAN SELANGOR

    ReplyDelete
  4. Semoga tuhan ampunkan segala dosa-dosanya dan tempatkan dia ditempat org-org yg beriman.

    ReplyDelete
  5. Al Fatehah untuk arwah,
    semoga roh pak Dharma ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..
    Selamat Tinggal Duniaku..!!

    ReplyDelete