Thursday, May 14, 2009
INFO SASTERA & BUDAYA
PUISI
Bangau Oh Bangau
Bangau oh bangau
kenapa engkau kurus
macam mana kau tak kurus
ikan tak bermain.
Ikan oh ikan
kenapa tak bermain
macam mana nak bermain
air sungai kering.
Sungai oh sungai
kenapa engkau kering
macam mana aku tak kering
kemarau memanjang.
Kemarau oh kemarau
kenapa engkau panjang
macam mana aku tak panjang
hujan tak mau turun.
Hujan oh hujan
kenapa tak mau turun
macam mana kau nak turun
musim dah berubah.
Musim oh musim
kenapa kau berubah
macam mana tak berubah
pokok tak berbuah.
Pokok oh pokok
kenapa tak berbuah
macam mana nak berbuah
bunga tak mau kembang.
Bunga oh bunga
kenapa tak mahu kembang
macam mana aku nak kembang
tanah gundah gelana.
Tanah oh tanah
kenapa gundah gelana
macam mana aku tak gelana
negeri dah huru hara.
Negeri oh negeri
kenapa kau huru hara
macam mana tak huru hara
orang berebut kuasa.
Orang oh orang
kenapa berebut kuasa
macam mana tak berebut
big boss aku suruh.
Big boss oh big boss
kenapa suruh rebut
macam mana tak suruh rebut
sebab aku suka!
Suka oh suka
kenapa boss suka
macam mana boss tak suka
ramai paha terbuka dengan rela.
-Yassinsalleh
jam 2228
Mei 14, 09
di tebing Sungai Perak
airnya tak jernih lagi
di langitnya tiada bintang
menari.
KENYATAAN MEDIA PR...
Bersedia temui Najib:
Bubarkan DUN Perak
(Kenyataan media Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 14 Mei 2009)
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut dan telah mengambil keputusan berikut: "Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kami mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.
Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Yang DiPertua Dewan Negara, institusi seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin dari parti komponen BN dan pelbagai pihak lain yang berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan.
Pakatan Rakyat juga kesal dengan tindakan junta Myanmar yang telah menangkap pejuang hak asasi Myanmar Aung San Suu Kyi atas tuduhan rasuah. Tuduhan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima. Sehubungan dengan itu pihak kami menggesa kerajaan ASEAN untuk mengambil tindakan dan mendesak Myanmar membebaskan beliau tanpa syarat.
INFO DARI SELANGOR:
Kebebasan bersuara dan kuasa:
Khir Toyo hilang kelayakan ADUN?
Saya sangat teruja membaca The New Straits Times hari ini berkenaan dengan kemungkinan saya dan empat lagi rakan ADUN BN, iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) dan Mohd. Isa Abu Kassim (Batang Kali)akan digantung. Keterujaan itu bukan kerana pergantungan yang bakal saya hadapi tetapi kenyataan oleh Speaker DUN Selangor, YB Teng Chan Kim yang antara lain dipetik oleh NST berkata, “I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law.”
Khir Toyo hilang kelayakan ADUN?
Saya sangat teruja membaca The New Straits Times hari ini berkenaan dengan kemungkinan saya dan empat lagi rakan ADUN BN, iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) dan Mohd. Isa Abu Kassim (Batang Kali)akan digantung. Keterujaan itu bukan kerana pergantungan yang bakal saya hadapi tetapi kenyataan oleh Speaker DUN Selangor, YB Teng Chan Kim yang antara lain dipetik oleh NST berkata, “I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law.”
Bayangkan jika kata-kata ini diucapkan oleh pimpinan Barisan Nasional. Reaksi yang bagaimana akan muncul di sebahagian blog dan laman web orang-orang muda? Untuk pengetahuan umum juga, saya dan empat lagi ADUN BN didakwa menghina dan mencabar integeriti DUN kerana mengkritik perjalanan Selcat dan Enakmen 2008 di dalam media massa. Orang awam mungkin tidak menyedari bahawa pada tahun lalu kerajaan Selangor telah meluluskan satu Enakmen yang dipanggil Enakmen Penghinaan Dewan 2008. Enakmen ini atara lain dalam Seksyen 3 menyatakan ia boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.
(selanjutnya boleh layari laman blog http://www.drkhir.com/)
KOMENTAR:
bersama Pak Parjo...
Maka diperbuat orang nyanyi:
Anjing tersepit jangan ditolong
Sebermula tersebutlah ceritera akan Orangkaya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan ia bermuafakat dengan harakah Melayu (UMNO) untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri Melayu itu. Syahdan berkatalah Orangkaya Tuan Guru Dato' Nik Aziz, hatta ditawarkan menjadi Orangkaya Menteri Pelajaran atau Orangkaya Menteri Kewangan pun, taubatlah anak-anak buahnya mahu bersubahat. Arakian Orangkaya Tuan Guru Dato' Nik Aziz teringatlah ia akan di masa lalu, anak-anak buahnya diusir keluar dari gapura UMNO, adanya. Maka disuratkan oleh orang banyak dalam http://www.biaqpila.blogspot.com/.
Kata sahibul hikayat maka anak raja Kelantan, tiga orang perempuan, seoranag laki-laki; yang laki-laki itu lepas, Raja Gombak namanya, dan anak raja Kelantan yang perempuan itu ketiganya tertawan oleh orang Melaka. Onang Kening seorang namanya, Cupa seorang namanya, Cobak seorang namanya; ketiganya dibawa oleh Seri Maharaja kembali ke Melaka. Maka pada suatu ceritera, ada konon Bendahara Putih berkata, 'Dari kakak hamba Bendahara Paduka Raja, besar hamba; kerana Bendahara Paduka Raja sekali dititahkan, tapi sekarang hamba tak lagi dihiraukan raja'. Maka itulah diperbuat orang nyanyi:
Burung serindit bawah kolong
Bawah kolong air menitis
Anjing tersepit jangan ditolong
Kalau ditolong digigitnya betis
Syahdan disuratkan orang segala kejadian itu seperti dirawi di dalam 'Kitab Melayu' daripada:
HIDUP BAHASA MELAYU
DARI LAMAN BLOG...
Orang tua menahan ragam:
Cuba beri perhatian pandangan Dr M
Assalamualaikum,
Bagi masyarakat Adat Perpatih pandangan setiap ahli masyarakat perlu diambil kira sama ada sesuai atau sebaliknya dengan pendirian kita. Justeru saya merasakan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad wajar diberi perhatian, sekalipun kalangan pengkritiknya tak menyenangi beliau. Beliau dilaporkan membuat saranan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Beliau dikatakan mengakui BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru. “Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya. Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya, tapi itu hanya pandangan saya. Saya tak buat apa-apa survey, undian. Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang,” katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk ‘Malaysia - Today Knowledge Economy’ di sini, hari ini (14 Mei 2009).
Tun Dr Mahathir mengulas mengenai cadangan beberapa pihak untuk mengadakan pilihan raya negeri bagi menyelesaiakn krisis di Perak. Katanya, rakyat hari ini sudah bosan dengan pilihan raya kecil. “Rakyat ’sakit’ dengan pilihan raya…lagipun ia akan menggunakan wang yang banyak untuk pilihan raya,” katanya. Beliau juga mengakui krisis pertukaran Menteri Besar di Perak yang masih belum selesai perlu ditangani segera kerana ia akan memberi pandangan yang negatif terhadap dunia luar.
“Tak elok bila dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak. Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar. Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa…ini macam permainan musical chair…ia tak baik,” menurut Tun Dr Mahathir. Dalam perbilangan Adat Perpatih pandangan Tun Dr Mahathir ini bolehlah dianggap: 'Orang muda menanggung dendam; orang muda menahan ragam'. Kekalutan, kekelabutan dan kemelutan di Perak disebabkan UMNO/BN, justeru kuncinya tentulah di tangan mereka. Heh heh heh!
-Pak Dharma
INFO ANTARABANGSA...
Anwar gagal perjuangkan:
kepongahan junta tentera Mynmar
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim gagal membantu pejuang pro-demokrasi Mynmar Aung San Suu Kyi mendapatkan rawatan segera, berikutan kesihatannya semakin kritikal. Jam 1.00 tengah hari ini (14 Mei 2009) Anwar meneruskan misi kemanusiaan terhadap Suu Kyi apabila diminta ke udara menerusi stesen media Al-Jeezra,sebalik pentadbiran junta Mynmar menghantar Suu Kyi ke penjara hari ini atas dakwaan dikunjungi pelawat luar di rumahnya. Aduhai!
Wartawan Karen Percy dari South East Asia melaporkan:
Burma’s detained opposition leader Aung San Suu Kyi has reportedly been taken from her home in Rangoon to the notorious Insein prison. A court will be convened at the jail to hear charges against her relating to a secret visitor to her home. A spokesman for Ms Suu Kyi’s National League for Democracy party says the pro-democracy leader will be charged over an incident last week where an American man swam across a lake and reportedly spent two days in her home. The authorities caught him when he was swimming back.
Burma’s detained opposition leader Aung San Suu Kyi has reportedly been taken from her home in Rangoon to the notorious Insein prison. A court will be convened at the jail to hear charges against her relating to a secret visitor to her home. A spokesman for Ms Suu Kyi’s National League for Democracy party says the pro-democracy leader will be charged over an incident last week where an American man swam across a lake and reportedly spent two days in her home. The authorities caught him when he was swimming back.
Security measures have been been beefed up around her home as a result. Ms Suu Kyi has been under house detention for 13 of the past 19 years since she won national elections in 1990. Her latest home detention order is due to lapse in less than two weeks.She has been suffering poor health in recent days.
MOHD AFFANDI HASSAN MENULIS...
Politik Perak dan makna slogan:
SATU MALAYSIA SUDAH GILA!
SATU MALAYSIA SUDAH GILA!
Tajuk di atas sudah wajar digunakan oleh semua akhbar di Malaysia, untuk menggambarkan keadaan politik Perak dan makna sebenar slogan Satu Malaysia yang dijeritkan oleh UMNO. Slogan Satu Malaysia dengan bengis menjeritkan rakyat diutamakan, supaya semua kerja selesai. Tetapi di Perak slogan itu ditahan buat sementara, seperti Mahkamah Rayuan menahan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang telah membuat keputusan Ir. Mohd. Nizar sah sebagai MB Perak.
Berapa lama slogan Satu Malaysia itu akan ditahan sementara di Perak? Tidak ada jangka masa tertentu, malah sudah jelas slogan itu tidak boleh dipakai di DUN Perak sehingga UMNO/BN pasti mereka akan berkuasa selama-lamanya di Perak. Adakah ini bermakna rakyat tidak diutamakan di Perak? Sebenarnya rakyat diketepikan di seluruh Malaysia, bukan di Perak saja. Itulah maksud sebenar Satu Malaysia wajib dikuasai kekayaan ekonominya oleh UMNO/BN dengan menguasai semua kerajaan, Persekutuan dan Negeri.
Sekarang rakyat sudah jelas apa maksud sebenar slogan Satu Malaysia itu. Orang UMNO tentu menafikannya, tetapi itulah yang mereka buat. Mereka telah menafikan hak rakyat Perak untuk menentukan siapa yang akan jadi pemerintah Perak. Seperti sudah terbukti dalam masa lebih 50 tahun ini, rakyat tidak pernah mendapat keutamaan dari UMNO/BN, oleh itu rakyat ditindas dan didera di Kelantan kerana memilih PAS, dan sekarang penderaan itu dilakukan di semua negeri yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Supaya UMNO/BN kelihatan sangat prihatin terhadap rakyat, semua akhbar yang dikuasai UMNO/BN, termasuk TV dan Radio, menjeritkan setiap minit dan dalam setiap berita atau ulasan berita di akhbar bahawa pihak pembangkang gila kuasa, tamak kuasa, rakus kuasa, dengan cuba berkuasa melalui pilihan raya, padahal mereka sepatutnya memberi kuasa itu kepada yang berhak, yakni UMNO/BN.
Apa sebab? Kerana UMNOlah yang layak memerintah Malaysia, setelah memerintah lebih dari 50 tahun dengan aman sentosa dan telah melahirkan pemimpin UMNO/BN yang kaya raya dengan harta dan gelaran Datuk, Tan Sri, Tun dan macam-macam lagi gelaran yang menggambarkan jasa besar mereka kepada rakyat dan negara yang mereka jadikan hak mereka dan anak-beranak mereka.
Oleh itu tepat sekali tajuk “Satu Malaysia Sudah Gila” dijadikan tajuk berita utama di semua akhbar Malaysia untuk menggambarkan jahatnya parti pembangkang yang ingin merebut kuasa dengan menggunakan mahkamah. Setelah 50 tahun tertipu, tidak munasabah jika ada rakyat Malaysia yang belum faham! (13/5/2009)