Pemindahan kes Anwar:
Di Mahkamah Rayuan esok
Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan berada di Mahkamah Rayuan eok (29 Jun 2009) bagi mendengar rayuan berhubung pemindahan kes beliau dari mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi.
Berikut adalah butiran acara pagi esok:
Tempat: Mahkamah Rayuan Putrajaya
Masa: 9.00 pagi
Tarikh: Hari Isnin, 29hb Jun 2009.
-Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Sunday, June 28, 2009
INFO PENDIDIKAN MELAYU
Isu PPSMI guru dipersalah:
Silap haribulan, sakit jantung
oleh: Cikgu Fadzli, 28 June 2009.
Perkara ini memang biasa terjadi kepada guru. Malah ia bukan sebagai rungutan seorang cikgu. Jika terbeban, guru yang memikul tanggungjawab tanpa siapa yang tahu. Menjadi guru semua kena tahu pekeliling, mengajar, bersukan, pertolongan cemas dan lain lain. Sesetengah orang kata, kerja guru senang datang pagi balik tengahari ataupun petang. Murid cuti, cikgu pun cuti. Realiti di luar memang begitu, namun hakikatnya cikgu bekerja tanpa henti, silap haribulan cepat kena serangan jantung.
Cikgu juga mudah mendapat pujian jika dapat guru besar dan pengetua yang tahu menghormati tugas guru. Pujian selalunya susah diberi pentadbir, kerana cikgu sudah semestinya perlu menyudahkan kerjanya. Jika mengajar tidak betul dan penguasaan kandungan pengajaran tidak betul cikgu juga dipersalahkan. Dihina adalah perkara yang selalu diterima kerana mudah dipersalahkan jika dasar atau polisi pendidikan tidak berjalan dengan sebaiknya. Samalah seperti polisi PPSMI, polisi semua betul walaupun kajian tiada, yang salah guru kerana tidak pandai bahasa Inggeris. - www.cikgumalaysia.blogspot.com

INFO MANUSIA & PERISTIWA
Kota dgn harga barangan mahal:
Jepun sukar kpd para pengunjung
oleh: Zailina Mahmud
Menurut BusinessWeek, kehidupan taraf tinggi di’beberapa negara seperti Jepun telah menyebab’kan harga barangan harian menjadi mahal, sehingga 4 bandar utama’nya menduduki tangga top 5 dalam senarai. Dalam masa yang sama, ibu negara Angola (Luanda), mengekal’kan kedudukan sebagai bandar paling mahal dalam dunia. Kami menyaran’kan anda agar tidak melawat kelima-lima bandar di’atas, melain’kan kalau anda mampu membayar satu set makanan tengah hari pada harga RM200, kami okay je...
No. 1 Luanda, Angola2008 rank: 1Tiket wayang (US$): 16.85Makan tengah hari (in US$): 57.92Mesin basuh (in US$): 1090.471 kilo beras (in US$): 5.651 tin Coke (in US$): 1.30
No. 2 Tokyo, Japan2008 rank: 13Tiket wayang: 19.16Makan tengah hari: 16.48Mesin basuh: 886.771 kilo beras: 8.451 tin Coke: 1.75
No. 3 Nagoya, Japan2008 rank: 20Tiket wayang: 17.46Makan tengah hari: 15.33Mesin basuh: 899.971 kilo beras: 8.801 tin Coke: 1.57
No. 4 Yokohama, Japan2008 rank: 15Tiket wayang: 18.48Makan tengah hari: 17.11Mesin basuh: 910.041 kilo beras: 6.281 tin Coke: 1.18
No. 5 Kobe, Japan2008 rank: 29Tiket wayang: 16.92Makan tengah hari: 14.96Mesin basuh: 588.321 kilo beras: 7.091 tin Coke: 1.38Ingin tahu lagi senarai 30 bandar termahal di’ dunia? Kunjungi World’s Most Expensive Cities 2009.Foto kredit : BusinessWeek

SUARA DARI REMBAU
Untuk dana politik UMNO ?
Oleh: Cikgu Badrul Hisham Shaharin
Semasa perbahasan usul Menteri Kewangan bagi pengemaskinian dan pemindahan dana kerajaan lanjutan daripada penyerapan agensi-agensi Kerajaan yang dahulunya di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,ramai ahli parlimen khususnya ahli - ahli Parlimen Umno telah bangun dengan meminta dana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) supaya ditambah.Akhirnya semalam Timbalan Menteri Kewangan, YB Senator Dato' Dr Awang Adek Hussein, dalam ucapan penggulungannya telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menaikkan dana Tekun sebanyak RM100 juta pada tahun ini.
Secara kasarnya ia satu keputusan yang baik penambahan dana bantuan untuk membantu usahawan.Persoalanya benarkan dana tambahan RM100 juta ini benar tersalur kepada usahawan yang sewajarnya ?TEKUN ialah satu projek penyaluran dana kerajaan membantu usahawan kecil dalam bentuk mikro kredit. Antara pencetus idea ini ialah Dr. Mansor Othman (kini Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang). Diwujudkan dengan niat begitu murni. Namun malangnya pelaksanaanya menghancurkan niat murni penubuhannya.
Kebanyakan Pejabat TEKUN ditempatkan pasti berhampiran pejabat Umno, mungkin ini memudahkan unsur Umno mengawal agihan dana tersebut. Malah bukan menjadi satu rahsia untuk membolehkan mendapat pinjaman TEKUN pemimpin perlu menyertakan bukti menjadi ahli Umno.Khairy Jamaluddin (menantu bekas Perdana Menteri) baru - baru ini kononya mengeluh mengenai betapa TEKUN kekurangan dana dan antara penyebabnya ialah peminjam yang tidak membayar semula.
Ketika merasmikan Pusat Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO menantu Abdullah Badawi ini berkata akan mencadangkan agar nama peminjam TEKUN yang tidak bertanggungjawab ini perlu didedahkan.Jawapanya mudah sahaja wahai menantu Abdullah, dedahkanlah nescaya kamu akan menjumpai senarai ahli Umno yang tidak tahu berniaga yang 'dianugerahkan' dengan pinjaman wang atas nama TEKUN.Pengumuman tambahan RM100 juta semalam dilihat umpama seperti membuang air dari tempayan ke tanah. RM100 juta akan digunakan untuk tujuan survival politik Umno...entah berapa titik sahaja akan dapat kepada mereka yang benar memerlukan.
Terbaru juga dapat aduan dari seorang kontraktor di Rembau menyatakan cara agihan projek pembangunan dibawah peruntukan parlimen. Tiap anggota parlimen diperuntukan RM1 juta untuk projek pembagunan parlimen. Di Rembau dikhabarkan kontraktor Umno secara bebas boleh mencadangkan projek dan menghantar cadangan kepada ahli Parlimen Rembau. Tidak ada tender. Jika cadangan projek tersebut lulus yang pasti dari jumlah pembayaran projek tersebut perlu diagihkan dengan memulangkan sebahagianya dari nilai tuntutan untuk Umno semula.
DARI PEJABAT ANWAR IBRAHIM
Kerajaan Jangan Teragak-Agak
oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim
28 Jun 209
28 Jun 209
Mesyuarat Pimpinan Pusat hari ini membincangkan antaranya kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan. Seharusnya semua pihak menyedari kedudukan Bahasa Melayu dijamin oleh peruntukan Perlembagaan serta Dasar Pendidikan Nasional. Sewajarnya perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu dihimbau semula bagi mengingatkan kita akan jerih perih pejuangan nasionalis tulen. Adalah menjadi tanggungjawab kita rakyat Malaysia untuk memartabatkannya sesuai dengan hasrat Kemerdekaan negara dan pembentukan Persekutuan Malaysia.
Oleh itu kelengahan Kementerian Pelajaran dan kabinet membuat keputusan berhubung kedudukan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seumpama mengenepikan semangat yang terkandung jelas dalam Perlembagaan. Dengan merosotnya prestasi matematik dan sains terutamanya di kalangan pelajar luar bandar tambah memburukkan keadaan. Makanya pada sidang media seusainya mesyuarat tengahari tadi, saya mengulangi desakan agar kerajaan umno-bn kembali mematuhi intipati Dasar Pendidikan Nasional serta memartabatkan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Kami juga menggesa agar sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda masing-masing di sekolah rendah jenis kebangsaan. Perlaksanaan PPSMI sekian lama memangsai rakyat terbanyak dan pembaziran berjumlah RM 4.5 billion. Desakan ini dibuat tanpa menidakkan keperluan memperkukuh penggunaan Bahasa Inggeris dan kepentingannya, terutama di peringkat menengah atas serta pengajian tinggi. Namun kami menolak sebarang usaha untuk memastikan kelulusan Bahasa Inggeris diwajibkan di peringkat SPM. Perhatian mestilah ditumpukan kepada usaha untuk menghantar guru yang benar-benar terlatih ke kawasan luar bandar. Kandungan kurikulum juga perlu dilakar sesuai bagi menghasilkan kualiti pembelajaran dan pelajar yang terbaik.
Turut disentuh ialah isu tanah yang menimbulkan beban yang bukan sedikit kepada penduduk di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, Pandamaran, Selangor dan Kampung Layang-Layang di Johor. Mesyuarat memutuskan isu ini akan dikendali oleh Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali. Beliau bersama panel lainnya akan meneliti serta berusaha mengurangkan beban yang ditimpa rakyat. Pimpinan parti juga secara sebulat suara menyokong penuh calon Pas di Manek Urai dan akan bersama-sama memastikan kemenangan Rakyat.
STRATEGI UMNO DI MANEK URAI
Calon UMNO bagi PRK Manik Urai
Pengurus Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat
-BERNAMA
28/06/2009 5:40pm
KUALA KRAI 28 Jun - Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Manik Urai, umum Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini. Secara kebetulan pula nama calon UMNO itu mempunyai persamaan dengan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, seolah-olah strategi UMNO untuk mengelirukan pengundi. Memang setiap parti politik mempunyai strategi masing-masing, justeru usaha UMNO menggunakan nama calon yang sama dengan pimpinan PAS itu sebagai satu usaha memenangi semula sokongan orang Melayu di Kelantan.

GHANI OTHMAN BANGKIT BERSUARA...
Laksana PPSMI 'tidak beretika'
MB Johor mahu pentingkan pelajar
Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor."Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman."Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."
Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi. Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin. Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin. Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.
Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik."Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.
"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu."Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.
"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini."Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja. "Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu.
Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan. -(www.duniacacamarba.blogspot.com )
SANTAI AHAD BERSAMA LESUNGBATU...
Warkah terbuka utk Nik Aziz:
Janganlah sibuk berselisih faham
Saudara saudari yang budiman. Maaf kerana lesungbatu mengganggu lagi di hari minggu yang bahagia ini. Adalah dimaklumkan antara yang terdapat dalam www.lesungbatu.webs.com hari ini adalah seperti berikut.
o WARKAH TERBUKA UNTUK NIK AZIZ BIN NIK MAT
o JANGANLAH PESONGKAN ISLAM DARI CONTOH MUNGKAR
o BICARA AHAD BERSAMA RINAZ JASMINE
o KEMELUT PEMBANTU RUMAH WARGA ASING
ANTARA YANG MENARIK DI RUANGAN TEPIKOMEN PEMBACA:
o Jangan sibuk berselisih faham, buatlah kerja untuk rakyat.
o JENAKARIA: Pontianaklawan siapa handal.
o GAMBAR MENARIK: Takut sangat kena curi ke?
Salam hormat dari saya - Abang Zek
POLEMIK SUARA DARI SEMANTAN...
Ahmad Nizam jawab komen:
Tunku diperlekeh oleh UMNO
Terima kasih atas teguran (Shamshul Anuar). Memang ada dipaparkan azan dan diikuti dengan bacaan doa dalam dokumentari tersebut. Namun saya juga melihat dari visual bahawa Almarhum Tunku membacakan peristiharan dalam BI. Mungkin oleh kerana dokumentari didalam BI, maka dipaparkan peristiharan Tunku dalam BI; maksud saya mungkin Tunku berucap dalam dwi-bahasa,wallahuallam. Jika begitu (ertinya sememangnya peristiharan dalam BM), saya mengucapkan syukur alhamdulillah. Saya hanya memberikan komen berdasarkan apa yang dipaparkan dalam ASTRO 502 dan sesungguhnya saya amat terkejut.
Tentang tunduk hormat, ya, saya juga berpendapat sedemikian tetapi soalnya, apakah perlu sedemikian rupa sehingga saya melihat dengan begitu tawadduk dan seperti `kowtow' pula?Bukankah sebagai bangsa merdeka kita seharusnya punya maruah dan gengsi terhadap penjajah.didalam ucapan wakil queen disebut tentang perlembagaan persekutuan Malaya yang diberikan oleh Britain.saya perlu buat klarifikasi disini bahawa saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan Almarhum Tunku yang begitu banyak jasa dan budinya kepada bangsa ini, tetapi sebagai anak generasi pasca merdeka dan dengan sedikit pengalaman menjelajah hampir 1/3 dunia,saya melihat dokumentari tersebut tentunya dengan sedikit sebal.
Ertinya alangkah bagusnya jika kita dapat melihat betapa para Bapa Pembina Negara ini menunjukkan bahawa kita sememangnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka.selama ini saya kira menjelang hari kemerdekaan hanya dipaparkan visual laungan Merdeka oleh Almarhum Tunku,bukannya keseluruhan Majlis tersebut.dan terbaru yang saya perolehi ialah pada majlis tersebut,Allahyarham Dato Onn Jaafar tidak menghadirkan diri sebagai tanda protes(?;manakala Allahyarham Dr.Burhanuddin al-Helmi hadir.
Saya sedang mencari sumber apakah Allahyarham Pak Sako dan Allahyarham Ahmad Boestaman turut hadir atau sebaliknya.saya ingin menyentuh juga disini,saya turut menitiskan air mata apabila mendapat berita Tunku kembali dijemput AlKhalik,ketika itu saya masih lagi mahasiswa di UM.saya turut berbaris dengan rakyat lainnya untuk menandatangani buku takziah DAN yang lebih penting saya masih ingat tiada pun diistiharkan rakyat perlu berkabung atau bendera setengah tiang dinaikkan!memang kami cukup sebal ketika itu dengan gelagat sebegini.
Saya benar-benar mengharapkan ketika itu ada diistiharkan majlis berkabung 3 hari umpamanya atau bendera setengan tiang dinaikkan selama tempoh tertentu tetapi,tidak ada.mungkinkah kerana sehingga ke akhir hayat Tunku beliau tidak pernah mahu berdamai dengan Dr.Mahathir maka tidak ada upacara sebegitu?apakah yang diberikan oleh bangsa ini sebagai penghormatan kepada Tunku?itu belum dikira serangan peribadi terhadapnya yang dikepalai oleh Zainuddin Mydin dan lain-lain.malah keadaan yang sama apabila Tun Hussien Onn meninggal dunia.
Bangsa kita seolah miskin jiwa dan akalbudi!berbalik kepada dokumentari tersebut,saya tegaskan komen saya berdasarkan apa yang saya tonton dalam dokumentari tersebut dan saya berpegang dengannya.jika hal sebenar adalah sebaliknya,sekali lagi saya memanjatkan syukur kepadaNYA dan sila anggap komen saya tersebut bagai buih-buih dihanyutkan arus. Apapun, terimakasih di atas tanggapan saudara dan saya begitu menghargainya - Ahmad Nizam Hamid, Peguambela & Peguamcara, Semantan, Pahang (gambar, baju gelap)
INFO SASTERA & BUDAYA
PUISI
Seloka Fatamorgana
Sinar mentari pagi ini
terasakan bagai hangat
tubuhmu mendakapku
lembut angin
yang bernyanyian
terasakan bagai lidahmu
membuka bibirku.
Dan kita pun
ku bayangkan
erat berdakapan
sambil kucupan
kian saling
membawa kita ke puncaknya
apa yang kita harapkan
indahnya nikmat
syahwat dua insan
yang mencari ertinya
hidup di kolam
seloka fatamorgana.
-Yassinsalleh
jam 1011
Jun 27, 09
menguak
rumpun-rumpun semalu
aku nikmat berkasih
tak bertali dan tak betepi.
Seloka Fatamorgana
Sinar mentari pagi ini
terasakan bagai hangat
tubuhmu mendakapku
lembut angin
yang bernyanyian
terasakan bagai lidahmu
membuka bibirku.
Dan kita pun
ku bayangkan
erat berdakapan
sambil kucupan
kian saling
membawa kita ke puncaknya
apa yang kita harapkan
indahnya nikmat
syahwat dua insan
yang mencari ertinya
hidup di kolam
seloka fatamorgana.
-Yassinsalleh
jam 1011
Jun 27, 09
menguak
rumpun-rumpun semalu
aku nikmat berkasih
tak bertali dan tak betepi.
SEKALI PERSETUA...
Tiada lagi 'kerajaan perpaduan':
Apabila berdepan kerajaan Allah
Kata sahibul hikayat pada suatu masa, maka Orangkaya Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat diajaknya Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bermujadah (atau disebut juga orang banyak berdebat). Adapun Orangkaya Nik Aziz berkata, "Apabila masuk kubur (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada kerajaan Kelantan atau kerajaan Kuala Lmpur, bahkan yang ada kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku kerajaan yang bercanggah dengan Islam." Maka termangu-mangu Orangkaya Najib apabila diajak bermujadah ketika tak ada lagi kerajaan Kelantan, kerajaan Kuala Lumpur, kerajaan perpaduan atau kerajaan kongsi kuasa, adanya.
Arakian setelah beberapa lamanya, datanglah peredaran dunia; maka Sultan Mansor Shah pun geringlah. Telah dikethauinya oleh baginda dirinya akan kembali, maka baginda menyuruh memanggil anakanda baginda, Raja Husin dan bendahara dan segala orang besar-besar. Telah datang sekaliannya, maka titah Sultan Mansor Shah, "Ketahuilah oleh kamu sekalian, bahawa yang dunia ini tiada kekal adanya. Yang hidup itu sedia akan mati juga sudahnya. Iman yang sempurna dan pekerti yang baik, itulah yang kekal disebut orang. Adapun peninggalanku ini, hai anakku, hendaklah engkau berbuat sabar serta adil sangat-sangat, dan janganlah tamak akan harta orang, kerana makan hak sama Islam itu terlalu besar dosanya, tiada diampuni Allah, kecuali dengan izin tuannya." Maka diperbuat orang nyanyi:

Apa dibawa dalam piring
Serawa nasi tambah
Bila ketika raja gering
Bendahara datang menyembah
Hatta maka sekalian orang banyak dibacanya 'Kitab Melayu' daripada:
HIDUP BAHASA MELAYU!