Sunday, June 28, 2009

SEKALI PERSETUA...

Tiada lagi 'kerajaan perpaduan':
Apabila berdepan kerajaan Allah

Kata sahibul hikayat pada suatu masa, maka Orangkaya Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat diajaknya Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bermujadah (atau disebut juga orang banyak berdebat). Adapun Orangkaya Nik Aziz berkata, "Apabila masuk kubur (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada kerajaan Kelantan atau kerajaan Kuala Lmpur, bahkan yang ada kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku kerajaan yang bercanggah dengan Islam." Maka termangu-mangu Orangkaya Najib apabila diajak bermujadah ketika tak ada lagi kerajaan Kelantan, kerajaan Kuala Lumpur, kerajaan perpaduan atau kerajaan kongsi kuasa, adanya.

Arakian setelah beberapa lamanya, datanglah peredaran dunia; maka Sultan Mansor Shah pun geringlah. Telah dikethauinya oleh baginda dirinya akan kembali, maka baginda menyuruh memanggil anakanda baginda, Raja Husin dan bendahara dan segala orang besar-besar. Telah datang sekaliannya, maka titah Sultan Mansor Shah, "Ketahuilah oleh kamu sekalian, bahawa yang dunia ini tiada kekal adanya. Yang hidup itu sedia akan mati juga sudahnya. Iman yang sempurna dan pekerti yang baik, itulah yang kekal disebut orang. Adapun peninggalanku ini, hai anakku, hendaklah engkau berbuat sabar serta adil sangat-sangat, dan janganlah tamak akan harta orang, kerana makan hak sama Islam itu terlalu besar dosanya, tiada diampuni Allah, kecuali dengan izin tuannya." Maka diperbuat orang nyanyi:

Apa dibawa dalam piring
Serawa nasi tambah
Bila ketika raja gering
Bendahara datang menyembah

Hatta maka sekalian orang banyak dibacanya 'Kitab Melayu' daripada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments:

Post a Comment