Thursday, March 26, 2009

DARI LAMAN BLOG...


Dipilih Menerusi Kebobrokan:
Jadi Pemimpin Pak Pung Pak Mustape
Assalamualaikum,
Pemilihan pimpinan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO semalam (25 Mac 2008) tak banyak membuat kejutan, malah boleh dianggap satu signal yang jelas mengenai pelan peralihan kuasa yang diharap-harapkan. Isu politik wang tak banyak menyumbang kepada pembersihan UMNO; apalagi dengan kata-kata semangat 'Berubah Atau Rebah'. Bagi mereka yang sekadar mendengar tapi tak gunakan pemahaman; melihat tapi tak gunakan pengamatan, berfikir tapi tak gunakan penilaian - memang menganggap ucapan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai 'baru'. Pada 1995 pihak pembangkang yang kalah teruk oleh 'angin perubahan' juga turut guna pendekatan yang sama iaitu 'reform or survive'.

Tetapi pemimpin parti berkenaan tergamam apabila di kalangan aktivisnya sec ara sinis menyebut 'reform or die'! Maknanya, kalau kita boleh menampilkan ucapan yang bersemangat, pihak lain juga boleh membuat persepsi sendiri. Misalnya, ketika parti pembangkan ghairah dengan ungkapan 'lawan tetap lawan'; ianya disahut oleh aktivis yang lain 'lawan jadi cendawan' sebagai kontra. Justeru trend pemilihan sudah jelas, calon yang menerima pencalonan paling tinggi semuanya kecundang. Perwakilan sudah memberi mesej yang jelas, pencalonan yang banyak diterima tak menjanjikan seribu harapan. Ahli Parlimen Jerlun Dato' Muhriz Mahathir yang menerima lebih 70 pencalonan, tak terbabit disiasat Lembaga Disiplin tewas dalam persaingan. Heh heh heh!
Begitu juga Tan Sri Rafidah Aziz yang menerima lebih 100 pencalonan, sekadar menerima sokongan 36% daripada perwakilan. Berdasarkan mesej berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga belum pasti terjamin kedudukannya sekalipun menerima pencalonan tertinggi; begitu juga Dato' Seri Hishamuddin Hussein sukar mahu diramalkan. Menelusuri fenomena berkenaan, fakta pencalonan juga berkaitan dengan 'pak pung pak mustape, ada dule di rumah nye, ada tepung ada kelape, masak inti aduh enaknya!'. Justeru pencalonan hampir 100% yang diterima Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak masih boleh dipertikaikan, kalau berdasarkan trend yang ditunjukkan perwakilan semalam (25 Mac 2009)

Apalagi sekiranya perwakilan mengambil pendekatan, penyingkiran calon Timbalan Presiden Dato' Seri Mohd Ali Rustam juga berdasarkan trend perwakilan semalam. Mungkin sahaja isu politik wang macam Pak Belalang menguji kayu yang diletakkan di dalam air 'yang mana pangkal yang mana hujung?'. Semua pihak menerima alasan yang pangkal lebih berat dari yang hujung, tak tahulah kalau mengikut ujikaji sains yangh merujuk kepada pelaksanaan PPSMI. Kalau kayu lampung tak semestinya pangkal lebih berat daripada hujung, tetapi semuanya boleh belaka kerana menurut Dato' Nikah Kahwin @ Musang Berjanggut: 'Itu undang-undang Dato' yang bikin.' Apabila memenangi persaingan menerusi kebobrokan bukan sokongan, tak hairanlah ianya akan berterusan: Pak pung pak mustape!. Heh heh heh!


-Pak Dharma

No comments:

Post a Comment