Saturday, March 14, 2009

INFO SASTERA & BUDAYA

Yassinsalleh Berpuisi...



KALAU (1)



Kalau kau jadi pejuang GMP
kau bersajak
bercakap dalam forum
berkumpul di masjid
dan berarak ke istana
untuk mengadu dan merayu
bels kasih raja
makanya, sesudah kau
ditembak gas pemedih mata
dan meriam airgatal
automatiklah kau dijadikan orang
tak berotak
kau akan dikatakan
menjadi alat parti pembangkang
semudah itu kau diturunkan darjat
jadi monyet jadi beruk.



Kalau kau berceramah di padang
menulis dalam blog
menceritakan yang sebenarnya
kau akan ditangkap
diintoreget dan didakwa di mahkamah
di bawah Akta Hasutan
semudah itu kau
automatik jadi penjenayah
penyibar fitnah.



Kalau polis takde bukti
kau automatik dituduh
pengancam keselamatan negara
jadilah enkau tahanan ISA
lalu dikurunglah kau di Kemunting
lamanya, sesedap ras
Menteri Dalam Negeri.



Dan kalau kau anggota
Dewan Undangan Negeri
Pasir Berdengung
Dewan persidanganmu
dikunci polis dan FRU
menunggu dengan meriam
air menyekatmu.
maka akan bersidanglah engkau
di bawah pokok
dan kau akan dikatakan menderhaka
macam-macam lagilah
jadi kalau kita tak mau
heh heh heh!



KALAU (2)



Kalau kita taknak jadi beruk
jadi monyet,
kalau kita tak mahu jadi
pengancam keselamatan negara,
kalau kita taklayak jadi penderhaka;
mari kita ramai-ramai jadi ahli parti
jadi menteri memimpin negara
kita comolot dengan Temasik.


Jadi menteri memperjuangkan bangsa
kita bawa masuk ramai-ramai Mat Bangla
jadi menteri membanteras rasuah
kita siasat seribu kes politik wang -
ternyata MACC cekap
siasatan mendapati
banyak laporan tak berasas
semua orang akan sanjung
dan puji kita pandai.



Beli kapal terbang
banyak dapat komisyen
beli kapal selam
sampai meletup C4
apa saja cakap kita
TV dan surat khabar akan kata elok
kita pemimpin bijaksana
bersih sempurna.



Pembangkang semuanya jahat
dan tak bermoral
asyik iri hati
isteri kita shopping luar negeri
asyik cemburu kita jaga kroni
asyik geram anak kita belajar di luar negeri
peduli apa kat semua mereka semua
kita ada heh heh heh yang boleh ingatkan
orang jangan ingat semua orang salah
hanya kita saja yang betul!




-Kuala Lumpur
13 Mac 2009

1 comment:

  1. Suatu sindiran yang mesti difahami oleh rakyat Malaysia.

    Kita turun ke jalan raya bukan ertinya kita jalang yang tidak bermaruah tetapi kita adalah pejuang yang menegakkan kebenaran siasah!

    ReplyDelete