Tuesday, March 24, 2009

INFO SASTERA & BUDAYA...


Wanita UMNO Kurang Membaca:
Dua Bas Rombongan Tuntut Menteri

Berbeza dengan kaji selidik kalangan akademik yang merumuskan 75 peratus pembaca di Malaysia ialah kalangan wanita, wartawan Norzah Kepol beranggapan Wanita UMNO memang tak berminat membaca. Justeru beliau juga tak berminat untuk menulis buku berkaitan Wanita UMNO kerana berdasarkan perspektif umum, mereka lebih cenderung mahukan Tan Sri Rafidah Aziz kekal diberi kedudukan. Malah dua bas rombongan kononnya dihantar menemui Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mendesak wanita dilantik menjadi menteri, sekalipun Azalina, Nuraini Ahmad, Ng Yen Yen, Rosnah Abdul Karim dan Noriah Kasnon adalah pimpinan wanita. Pak Lah sekadar tak lantik Rafidah ke kerusi menteri, itu saja!

Buku terbaru Norzah Kepol 'Najib Vs Muhyiddin' sudah diedarkan menjelang Perhimpunan Agung UMNO. Diterbitkan Prismatic Printing Services, buku setebal 480 halaman itu dijual dengan harga RM25. Apalagi gambar kulit belakang ditampilkan fenomena yang menjijikkan apabila seseorang mencium tangan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu membawa perubahan kepada UMNO. Kononnya! Apalagi isu surat peribadi Rafidah yang ditujukan kepada Pak Lah jatuh ke tangan ibu Khairy Jamaluddin, Dato' Rahmah dianggap misteri. Justeru pendedahan berani Norzah sebagai wartawan wanita dalam beberapa perkara mengenai kebobrokan UMNO, kadangkala lebih berani daripada wartawan lelaki. Selamat membaca dan lapangkan minda!

No comments:

Post a Comment