Medan Untuk Ujian PPSMI Hisham:
Guna Bahasa Ilmu Dlm Perhimpunan
Perhimpunan Agung UMNO 24-28 Mac 2009 ini bolehlah menjadi medan Ketua Pemudanya Dato' Seri Hishamuddin Hussein menguji PPSMI. Berucaplah menggunakan bahasa ilmu yang dianggap global kepada perwakilan, justeru pejuang-pejuang Bahasa Melayu menunggu dengan penuh tekun. Malah seorang aktivis budaya secara bergurau memberitahu, sekiranya 'anak jantan' Hishamuddin boleh memnyampaikan ucapan dasarnya dalam bahasa ilmu kepada Pemuda, beliau bersedia untuk 'disunatkan' (dikatankan) sekali lagi. Sekalipun tak berupa satu cabaran, tetapi kesediaan berbuat demikian memang perkara biasa, kalau mahu berkhatan buat kali kedua. Tetapi bersediakah Hishamuddin berucap dalam Bahasa Inggeris?
Apalagi media yang memaparkan pendukung-pendukung PPSMI beri penjelsan mengenai peri bermanfaatnya pelaksanaan PPSMI, bersedialah untuk berbahasa secara terbuka. Pendukung-pendukung PPSMI sekadar berhujah di media, dengan tak dipersoal oleh khalayak. Kalaulah Hishamuddin tak sanggup berbahas, beliau boleh menghantar pakar-pakar PPSMI mewakili beliau. Pembahas pejuang-pejuang bahasa pun tak perlu menghantar Dato' Dr Hassan Ahmad atau Dato' Dr A Samad Said dalam majlis bahas berkenaan di hadapan khalayak. Memadailah wakil PRIMA sahaja, sama ada saya sendiri, Profesor Dato' Dr Muhamad Mansor Abdullah atau Yassinsalleh. Kami dari pendidikan aliran Melayu yang dieksprimen oleh UMNO dalam pelaksanaan sekolah menengah Melayu pada dekad 1950-an.
Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengumumkan bahasa rasmi negara ini Bahasa Malaysia, bukannya Bahasa Melayu pada Jun 2006 juga sudah mengakui Bahasa Melayu itu bahasa di negara ini. Perhimpunan Agung UMNO mulai hari ini, Hishamuddin wajar gunakan bahasa ilmunya untuk berucap, kerana Bahasa Melayu tak layak bersaing di peringkat global. Berkempen di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air dalam pilihanraya kecil April ini, silalah gunakan bahasa ilmu. Bukan sahaja Hishamuddin, malah pendukung-pendukung PPSMI juga, silalah! Akhbar-akhbar Bahasa Melayu juga berkempenlah gunakan bahasa ilmu sepanjang pilihanraya kecil itu, dan kita menunggu-nunggu pelaksanaannya.
Sekiranya dengan bahasa ilmu itu, UMNO mencapai kejayaan gemilang dalam pilihanraya kecil terbabit, nah hapuskanlah Bahasa Melayu! Mari kita laksanakan bahasa ilmu di mana-mana, apabila menteri-menteri UMNO cuba bermain dengan seribu muslihat 'wang dan ringgit'. Pembelian komputer, peralatan dan sebagainya yang dikaitkan dengan PPSMI tak dibongkar lagi satu persatu. Secara jelasnya, seorang pelajar yang lulus cemerlang PMR baru-baru ini terutama mata pelajaran Sains dan Matematik (A1), merungut apabila ujian penggal bagi Mac ini (bagi Tingkatan 4) kedua-dua mata pelajaran berkenaan hanya dapat B1. Maknanya, kerana Hishamuddin tak mahu ke bawah melihatnya, maka gred bagi peperiksaan PMR benar-benarlah diturunkan untuk heh heh heh!
-Pak Dharma.
Tak habis2 khayalan pejuang bahasa dengan bahasa.
ReplyDeleteBiar bangsa ketinggalan janji bahasa melayu saja yang diketahui dan diguna.
Inilah pemikiran orang2 yang sekolah fail dan masuk aliran sastera.
Mereka menghabiskan masa dengan kahayalan bersajak, berpuisi, bercerpen dan bergurindam seloka yang tidak membawa kemajuan dan membantu bangsa.
Mereka sibuk pasal matapelajarn Sians dan Matematik yang mereka tak faham dan tak berdaya belajar masa sekolah.
Orang kepala sastera kebanyakkan hancus dalam sains dan matematik tapi nak anak bangsa mereka ikut sama hancus macam mereka juga.
Usah dihalang PPSMI daripada diteruskan. Malah galakkan.
ReplyDeleteCadangkan inggeriskan pula mata pelajaran lain. Tidak cukup jika hanya sains dan matematik.
Bukan setakat kuasai bahasa Inggeris tetapi mesti dibudayakan melalui percakapan, penulisan, pelabelan, pengiklanan, perbukuan, penyiaran, perfileman dsb.
Pedulikan bahasa Melayu. Heh heh heh. Puaskan...