Isteri Orangkaya Cekal:
Dengan Apa Yang Berlaku
Arakian sekali persetua tersebutlah akan isteri Orangkaya Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bernama Datin Seri Rosmah Mansor itu diberitahunya sekalian penitir canang dari negeri atas angin, segala apa yang berlaku ke atas suaminya itu mengajar mereka menjadi cekal. Maka berasa hairanlah sekalian orang banyak, apa yang berlaku ke atas suaminya tak sama seperti dialami Orangkaya Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Belum pernah pun Datin Seri Rosmah dipisahkan daripada suaminya, seperti keperihalan Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail, apabila suami dimasukkan ke sel Sungai Buluh. Malah suami Datin Seri Rosmah juga tak pernah pun bermata lebam dibelasah oleh Orangkaya Temenggung. Hatta akan kecekalan yang dimaksud Datin Seri Rosmah itu tak sampailah satu peratus berbanding Dato' Seri Wan Azizah...
Syahdan akan Orangkaya Laksamana Hang Tuah itu disembunyikan dia oleh Orangkaya Bendahara di Hulu Melaka. Tiadalah diberitahu kepada isterinya akan perihal Orangkaya Laksamana itu sudah dibuang oleh Duli Yang Dipertuan Melaka. Sebermula Bentara Kanan Hang Jebat itulah dijadikan baginda Orangkaya Laksamana menggantikan Hang Tuah, kerana pada masa itu tiadalah siapa pun hulubalang yang setara dengannya. Akan keris Taming Sari itu juga dianugerahkan baginda kepada Hang Jebat bagi menjaga keselamatan negeri Melaka, kerana sudah ditakdirkan akan Hang Jebat itu menjadi Laksamana. Arakian Hang Jebat pun mengamuk di dalam istana, habis semua dayang-dayang dan gundik-gundik raja dibunuhnya, maka darah mengalir laksana air hujan seperti disebut dsalam 'Kitab Melayu' daripada:
HIDUP BAHASA MELAYU!
Selagi suami kamu berkuasa bolehlah kamu cakap cekal! Bagaimana nanti bila si suami tidak ada kuasa?
ReplyDelete