PERJUMPAAN PERKASA DI BANGSAR:
SIAPA SEBENAR DI BELAKANG TABIR?
Perjumpaan aktivis NGO anjuran PERKASA akan diadakan 22 Mac 2009 ini (dua hari sebelum Perhimpunan Agung UMNO) di Kelab Sukan TNB, Bangsar, Kuala Lumpur mulai jam 9.00 pagi, beritahu Penyelaras Media PERKASA, Sallahuddin Hisham yang bertanggungjawa dalam urusan jemputan kepada penulis, blogger dan wartawan serta media. Bagaimanapun setiap aktivis yang akan hadir pada majlis perjumpaan tersebut dikehendakki memberikan nombor kad pengenalan, alamat dan nama bagi mengesahkan kehadiran mereka. Tak pula diberitahu menngenai fungsi perjumpaan tersebut setakat ini, sama ada ianya mesyuarat tahunan, forum atau ceramah umum. Kalangan rakan-rakan diberitahu PERKASA adalah gerakan NGO yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali. "Pehimpunan PERKASA pada 22 Mac menjemput aktivis NGO hadir sama dalam perjumpaan ini," beritahu Salahuddin.
Bagaimanapun Salahuddin menafikan perjumpaan PERKASA mempunyai kaitan dengan persiapan Perhimpunan Agung UMNO. Sebaliknya PERKASA tak menolak kemungkinan aktivis UMNO turut hadir dalam majlis berkenaan. Justeru nama dan alamat mereka yang diminta menerusi SMS adalah memudahkan untuk menghantar kad jemputan, menurut Salahuddin. Sementara itu Haji Abu Bakar Ninggal ketika menghubungi sekretariat PRIMA meminta pengesahan sama ada PERKASA diketuai oleh Dato' Ibrahim Ali atau pertubuhan NGO yang tak berkaitan dengannya. Beberapa orang rakan lagi yang menghubungi sekretariat PRIMA menjelaskan, mereka enggan terperangkap dengan permainan licik politik, sekiranya PERKASA yang diketuai Dato' Ibrahim Ali adalah badan NGO yang sama.
Dalam SMS terbaru yang diberikan oleh Salahuddin memberitahu, mereka yang inginkan penjelasan lanjut boleh menghubungi beliau di nombor telefon (013 3022627) atau melayari laman web rasmi PERKASA http://www.pribumiperkasa.com/. Seterusnya beliau mengakui jemputan khas yang memberikan ucaptama ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang turut memberikan aluan-aluan dengan pelancaran persidangan tersebut bagi mendengar amanat beliau. Sekalipun dalam kada jemputan khas tak dinyatakan kehadiran Tun Dr Mahathir sebagai penyampai ucaptama, tetapi Salahuddin mengakui ianya bukanlah strategi PERKASA. "Mereka yang prihatin dengan masalah peribumi adalah dijemput hadir ke persidangan ini di samping mendengar amanat Tun Dr Mahathir," katanya menerusi emel ke sekretariat PRIMA.
Ingin menjemput semua Pribumi untuk ke hadhir Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara seperti berikut:
ReplyDeleteTarikh: 22 hb Mac,2009
Hari: Ahad
Masa: Perhimpunan: 9 pagi
Sidang Kemuncak: 2 petang
Tempat: Kelab Sukan TNB, Ibu Pejabat TNB, Jalan Bangsar Kuala Lumpur
Ucaptama: Tun Dr Mahathir Mohamad
Pembahas: 10 pembicara berkenaan isu-isu Pribumi, termasuk isu-isu Sabah dan Sarawak.
Buktikan KITA tetap BERSATU
Blog Tidak Rasmi: pribumiperkasa.blogspot.com
Laman Rasmi: www.pribumiperkasa.com
Alangkah malangnya seorang pejuang yang kononnya dianggap sebagai seorang negarawan muncul di arena himpunan dalam masa hampir menjelang perhimpunan agong Umno. Tak lain tak bukan bertujuan untuk menjinakkan perwakilan agar menyokonbg anaknya serta kuda-kuda kayunya agar memastikan kemenangan.
ReplyDeleteNegarawan agong yang digemburkan ini adakah akan bercakap tentang memansuhkan PPSMI untuk dibekal bahaskan pada perwakilan?
Rata-rata perjuang bahasa mengharapakan negarawan agong yang dilonjak-lonjak ini dapat mempengaruhi perwakilan dalam soal memansuhkan PPSMI.