Tuesday, March 24, 2009

KOMENTAR:

bersama Pak Parjo...

Mahu tafahhus datang puncanya:
Hukuman sudah dijatuhkan Sultan
Kata sahibul hikayat bekas Orangkaya Menteri Luar Tan Seri Tengku Ahmad Rithaudeen Ismail yang sekarang dipilih ia menjadi penghulu tata tertib segala anak-anak buah harakah Melayu (UMNO), maka dijatuhkan hukuman ke atas Orangkaya Dato' Seri Mohd Ali Rustam. Maka tak siapa pun mahu tafahhus dari mana datangnya. Syahdan bekas Orangkaya Tun (Tabib) Mahathir Mohamad pun memangkis, "Ceh, penghulu tata tertib janganlah tuan hamba layani rayuan itu, kalau tak harakah Melayu ini dipandang hina oleh sekalian orang banyak!" Terdiamlah penghulu tata tertib itu, kerana tak menyangka bekas Orangkaya Tun (Tabib) Mahathir memangkis. Maka sekalian orang banyak tafahhus beramai-ramai, arakian diketahuilah akan puncanya tetapi masing-masing menunggu Tan Seri Tengku Ahmad Rithaudeen itu akan membaca Kitab Melayu jua, adanya.
Arakian maka disuruh baginda tafahhus pekerjaan itu dari mana datangnya. Telah nyatalah diketahui baginda fitnah itu daripada Kitul dan Raja Mendeliar datangnya, maka Raja Mendeliar pun disuruh baginda bunuh; dibuangkan dengan rumah tangganya sekali. Akan Kitul disuruh sulakan melintang dengan segala anak bininya, tanah bekas kaki tiangnya pun dibuang ke laut; dan Laksamana Khoja Hassan pun disuruh baginda rampas, oleh ia berdatang sembah tiada dengan sebenarnya dan tiada dengan periksanya; sebab tiada dibunuh, kerana sudah diharamkan baginda darahnya, seperti kata ulama: 'Al-bi' ru fi'l-qawmi ahra lahum sharban' yakni, yang sungai minuman itu pada suatu kaum itu juga meminum dia. Syahdan terlalulah kesalnya Sultan Mahmud kerana menjatuhkan hukuman ke atas Bendahara Seri Maharaja, tetapi kata orang tua-tua sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' oleh:








HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments:

Post a Comment