Tuesday, March 24, 2009

L MANKADIR SHAMSI MENULIS...

Kekerasan Bukan Penyelesaian:
Jangan Biar UMNO Hina Bahasa Melayu!


Oh jari hantu si polan masih bergerak. Mulai hari ini kita tabalkan heh heh heh sebagai pepatung si polan. Sasterawan serta karyawan dan tokoh Bahasa Melayu jangan kita berpeluk tubuh tika pemimpin UMNO mencabul dan menghina Bahasa Melayu. Ayuh turun bersama rakyat ajar UMNO yang celupar. Tengoklah! Baru Haji Hadi bersuara mengenai 'Kerajaan Perpaduan' UMNO/BN gantung 'Harakah' dan 'Suara Keadilan'. Buktikan artikel mana yang fitnah? Syed Hamid Albar jangan buat andaian saja lalu bertindak dengan cara 'tak sihat', 'kurang bijak' dan ikut stail si polan. Rakyat dah tolak pun si polan pada 1999, hingga diperleceh, diperlekeh dan diperhegah. Jadi cara 'kekerasan' yang si polan tu buat dulu, menyebabkan segala musibah sekarang diterima. Apa jadi 100 tahun akan datang?

Kalau segelintir orang nak pertahan PPSMI, tampillah tunjukkan dengan Bahasa Inggeris itu, mereka sudah setanding dengan Wilber Wright, John Bell, Isaac Newton, Benjamin Franklin atau sebagainya. Steidak-tidaknya kita berbangga dengan Pak Dharma dari aliran Melayu, mampu terjemahkan buku 'Viagra' yang banyak istilah perubatan. Yassinsalleh juga terjemah buku rawatan pembedahan tradisional di Filipina dan disiarkan secara bersiri dalam majalah Melayu. Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah dengan kajian mengenai ubat-ubat herba. Mereka semua dari aliran Melayu, tak pernah pun belajar PPSMI. Sekarang, cubalah hulubalang-hulubalang PPSMI tulis buku-buku sains dan metametik. Jangan nak tunjuk terror di TV, kerana nak menegakkan benang basah!

(*L Mankadir Shamsi ialah bekas editor majalah 'Koleksi' dan sidang editor pengasas akhbar 'Harakah'. Beliau juga aktivis teater di Pahang dan terbabit dalam perfileman. Pernah menjadi penolong pengarah bagi filem 'Anak Tunggal Tujuh Keturunan' dan 'Langit Petang', di samping turut berlakon filem 'Man Laksa', 'Zombi Kampung Pisang' dan beberapa lagi. Sekarang pengusaha ternakan secara komersil)

No comments:

Post a Comment