Krisis Politik dan Ekonomi:
Putaran Ganas Secara Kebetulan?
Sebenarnya, putaran ganas krisis politik berlaku setiap 10 tahun bermula sebelum penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 1946-1947, Datuk Onn Jaafar menentang kewujudan Malayan Union melalui UMNO yang baru ditubuhkan oleh beliau. Pada 1957: Sekali pun Malaya dimerdekakan namun keganasan komunis menjadikan rakyat musykil tentang status kemerdekaan tanah air. Pada 1967-1969: Ketegangan antara kaum memuncak apabila jumlah kerusi ADUN Selangor terpecah sama rata antara BN dan parti pembangkang. 1974-1977: Revolusi mahasiswa menentang kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). 1987: Pertandingan sengit antara Tun Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh sebelum UMNO diharamkan.

1997: Datuk Seri Anwar Ibrahim pemimpin kedua tertinggi UMNO dan kerajaan disingkir. 2008: Revolusi akar umbi dipelopori oleh NGO berlaku setelah kekalahan paling dahsyat UMNO-BN dalam sejarah 50 tahun merdeka, manakala pembangkang mengambil kesempatan atas kecelaruan politik dan ekonomi tanah air. Senario 10 tahun putaran ganas juga berlaku dalam sektor ekonomi dunia. 2007: Kehancuran ekonomi kapitalis anjuran rejim Yahudi-Amerika akibat kenaikan harga minyak melampau. 1997: Ekonomi Asia tergugat setelah diserang penyangak mata wang George Soros. 1987: “Black Monday” memperlihatkan kerugian terbesar bursa-bursa dunia ekoran daripada jual beli saham berlebihan.
1977: Ekonomi Amerika lembap menarik sama kebanyakan blok ekonomi ekoran daripada peperangan Vietnam. Dunia pada ketika itu dipengaruhi oleh najis dadah serta budaya hippie sebagai alasan untuk mengalihkan generasi muda daripada isu pengangguran dan penyakit mental askar-askar peperangan Vietnam. 1967: Pound sterling Inggeris, mata wang dunia paling kukuh menjunam dan turut menjejaskan ekonomi dunia sehingga Presiden Indonesia ketika itu, Soekarno menganjurkan “Ganyang Malaysia” bagi mengalihkan pandangan rakyat ke luar negara. Pada tahun yang sama, ASEAN ditubuhkan untuk menangani dan memaju pelbagai usaha politik, ekonomi dan sosial serantau.
Memang benar penganalisisan saya terhadap kronologi fenomena 10 tahun tersebut menarik namun sebagai seorang Islam, saya anggap ia adalah suatu kebetulan. Apa yang lebih penting kejayaan dalam menangani krisis politik dan ekonomi di atas bergantung kepada gerak kerja efektif yang lahir dari barisan kepimpinan yang mempunyai kriteria ‘faktor-X’, berkredibiliti, berintegriti dan berintelektual tinggi.
Strategy Blue Ocean - Formula Memulih Kembali UMNO

Mengaitkan kandungan buku bertajuk Blue Ocean Strategy tulisan Kim and Mauborgne yang kini menjadi rujukan ramai pemimpin negara dan tokoh korporat dunia, UMNO yang sekian lama wujud dan matang dalam Red Ocean kini sudah sedia mewujudkan kekuatan baru di arena yang tidak terdaya disaingi parti-parti pembangkang. Datuk Seri Najib perlu memimpin UMNO ke arah “mencari kekuatan melalui persamaan bukan persaingan” demi mewujudkan keharmonian antara hubungan rakyat-kerajaan sebagai mana penyedia perkhidmatan memenuhi cita rasa pelanggan dengan menyediakan keselesaan luar jangkauan.
Namun secara realitinya, UMNO terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Antara lain adalah krisis ekonomi dunia, asas perwakilan politik pelbagai kaum dan agama, kerakusan ramai calon pemimpin UMNO yang popular tetapi tidak berintegriti, golongan generasi muda yang menganggap UMNO sebagai parti dinosaur dan paling dahsyat adalah rasuah politik. Oleh demikian pemilihan barisan kepimpinan UMNO serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada 25 Mac 2009 adalah suatu proses paling kritikal dalam sejarah penubuhannya.
Tetapi mungkin ramai perwakilan masih keliru dengan calon kepimpinan yang mana hendak dipilih. Mengimbas kembali kata-kata Pengurus Kempen Barack Obama, Robert Fisk mengenai formula kemenangan mereka. Beliau menyatakan, presiden itu adalah pemimpin yang membawa harapan untuk “masa depan”.Demi perubahan dan demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara, pilihlah dan sokonglah calon-calon pemimpin yang memberi harapan “masa depan” dan yang tiada kaitan dengan “masa silam”.
*FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

Excellent views Feriz Omar ! You and Mukhriz are indeed Malaysia and Islam's hope of the future. Mukhriz-Feriz adalah gandingan mantap !
ReplyDeleteIntipati rencana ini sama dengan ucapan Dato Seri Najib semalam dalam perasmian Pemuda, Puteri dan Wanita banyak yang duambil dari Blue Ocean Strategy. UMNO perlu membawa tahap persaingan sehingga tidak boleh disaingi lagi!
PRIMA,
ReplyDeleteI think that the title of the above article is 'PILIH PEMIMPIN BERI HARAPAN "MASA DEPAN" DAN TIADA KAITAN "MASA SILAM".
radhi
sepang

Assalamualaikum semua.
ReplyDeleteMemang benar. Minda saya sentiasa teruja dengan kemampuan penulisan pemimpin muda bernama Feriz Omar di www.ferizomar.com dan di Utusan Malaysia.
Tulisan beliau adalah suara jujur Melayu Muda yang mempunyai minda yang bijak, roh Islam yang jujur, cadangan yang praktikal dan tidak retorik.
Wassalam.
Salmi
Cheras