Kabinet baru diatur:
Kepada siapa mereka suka!
Nak bising buat apa? Semua telah diatur oleh mereka yang diberi mandat memerintah dan menyusun siapa yang mereka suka. Allah juga telah menentukan segala-galanya sepertimana kehendak-Nya. Yang berjaya Tuhan sayang pada mereka sambil meletakkan ujian besar dari yang gugur dan gagal. Yang tidak berjaya pula, Tuhan sedang menguji kesabaran dan iman mereka yang kemudiannya akan disediakan rahmat yang lebih besar sekiranya semasa berkuasa mereka tidak menyeleweng atau menyalah guna kuasa. Kalau mereka banyak menghimpun dosa dan sombong, mereka terimalah padahnya selepas ini.
Najib telahpun mengumumkan barisan kabinetnya. Pasti ada pihak yang kurang setuju dengan mereka yang telah dilantik. Pada masa yang sama,tak mungkin Najib dapat memuaskan hati setiap orang. Tanggungjawab dan cabaran yang mendepani barisan kabinet baru ini amat mencabar. Isu-isu seperti isu ekonomi, isu perpaduan, isu sosial dan isu persepsi perlu ditangani segera.
ReplyDeleteKita perlu memberikan ruang dan peluang kepada barisan kabinet ini untuk melaksanakan tugas-tugasnya. Kemudian kita teliti dan kita terjemahkan pandangan kita dalam pilihanraya nanti.