Tuesday, April 21, 2009

INFO SASTERA & BUDAYA


PUISI


Sajak Terakhir

Yang mengada-ngada
pergi SMS sajak
ngabiskan kredit fon
pada orang yang tak peduli tu
buat apa?

Ngok betullah
engkau ni wahai penyair SMS
nak beri bunga
berilah pada burung kelicap
nak beri teras
berilah pada pembuat gasing
nak beri beras
berilah pada orang
yang makan nasi
beri seni pada peminat
akademi fantasia
buat hapa?

Makanya,
adalah dengan ini ditamatkan
kiriman sajak tak diundang
kepada encik-encik dan tuan-tuan
memang sahaja
begitu adanya
"Alhamdullillah,
syukurlah!"

Hello burung tukang
jom kita deklamasi sajak
di pekarangan keratonBUDAYA
belasungkawa
kita bagi tamaddun
hemah dan budi
suatu bangsa
yang kian terpesona
dengan kontrekFATAMORGANA.

-Yassinsalleh
jam 0213
April 21, 09
menungkah keserakahan
angin malam
penubuhan kelab ahli
seorang.



No comments:

Post a Comment