Pimpinan UMNO gagal selesaikan:
Kecoh serahkan polis utk bertindak
Laporan polis dibuat berikutan kekecohan di DUN Terengganu hari ini (14 April 2009), apabila 10 ADUN dari UMNO/BN enggan menghadiri sidang selepas menerima SMS. Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said enggan membuat ulasan, sekalipun dikaitkan dengan insiden SMS berkenaan. Apalagi desas desus mula tersibar menyebut usaha menggerakkan usul undi tak percaya terhadap kerajaan negeri akan dibuat. Bukan sahaja di Terengganu, kekecohan menular juga ke Perlis apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta mengetuai UMNO negeri itu.
Dalam masa krisis perlembagaan masih tak reda di Perak, UMNO yang kononnya mahukan perubahan sekadar mampu menukar pemegang jawatan Perdana Menteri, tetapi masalah dalaman tetap berkocak, bergolak dan berombak. Kekecohan di Terengganu diserahkan kepada polis; kekecohan di Perak juga diserahkan kepada polis, justeru kekecohan di Perlis barangkali akan heh heh heh! Sebelum ini di Bahagian Seremban berlaku insiden baling kerusi ketika mesyuarat agung yang juga diserahkan kepada polis. Alahai!
Selagi Umno ada selagi itulah Malaysia kecuh! Kerana pemimpin Umno rakus dengan kuasa semuanya! Penyamun tarrrrrbus!
ReplyDelete