Tuesday, April 14, 2009

PELANTIKAN TUNKU AMPUAN NS...

Dua Penghulu Luak uzur:
Diganti penghulu pesaka Johol


Pelantikan Tengku Aishah Rohani binti Tunku Besar Mahmud menjadi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan hari ini (14 April 2009) oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti dilaksanakan mengikut adat istiadat turun temurun. Hak mengisytiharkan Tunku Ampuan Besar dilakukan oleh YM Dato' Bendahara Setia Maharaja Lela Pahlawan, Penghulu Luak Ulu Muar yang juga selaku Imam Penghulu Luak Tanah Mengandung, setelah berkerapatan sebelmnya.

Bagaimanapun ketika pelantikan Tunku Ampuan Besar, dua orang penghulu luak Tanah Mengandung tak hadir disebabkan keuzuran. Mereka ialah YM Dato' Lela Putera Sitiawan, Penghulu Luak Jempol dan YM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Walat Kuala Dioh, Penghulu Luak Inas. Bagi memenuhi istiadat menghadap 'penghulu pesaka' dari Luak Johol diminta menjunjung dulu iaitu Dato' Orangkaya Setiawan Penghulu Pesaka Luak Gemencih dan Dato' Orangkaya Sitiawan Penghulu Pesaka Air Kuning.

No comments:

Post a Comment