Thursday, April 9, 2009

Suara Suhaimi Di Lubuk Kawah...

Perihal setia Najib:
Masih kekal kpd Mahathir

Ada dua nama yang Mahathir (bekas Presiden UMNO ,Tun Dr Mahathir Mohamad) memang tak bersetuju, satu Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO), dan satu lagi Muhammad Muhd Taib (Tan Sri, bekas Ketua Penerangan UMNO). Mahathir kata Khairy Jamaluddin didapati rasuah oleh UMNO Disciplinary Committee manakala Muhammad Muhd Taib tak tahu Bahasa Inggeris.Tapi anak Mahathir yang dikalahkan oleh Khairi Jamaluddin dapat pangkat Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, eh hem eh hem!.

Yang kebanyakannya gugur dari kabinet adalah yang sangat lantang membela Pak Lah apabila diserang Mahathir. Yang naik dalam senarai kabinet Najib (Dato' Seri Mohd Najib Tun razak) tu semua tak rasuah. Mereka yang tersenarai memang disenangi oleh Mahathir. Ada apa-apa ke? Jadi, kita cabar semua perwakilan UMNO dari Bahagian-Bahagian supaya dedahkan siapa beri berapa banyak untuk mendapat pencalonan dulu. Kalau betul-betul mahu UMNO bersih, takut apa? Dedah aje lah! Kalau nak perubahan, berubahlah betul-betul; jangan sekerat ular, sekerat belut. Puah paleh weh!
(*Haji Suhaimi Said, anak pejuang nasionalisme di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. Pernah ditahan di bawah ISA pada dekad 1980-an, dalam isu mempertahankan mangsa di Mamali dan Lubuk Merbau di Kedah. Beliau adalah pegaumabela dan peguamcara).

1 comment:

  1. "Yang kebanyakannya gugur dari kabinet adalah yang sangat lantang membela Pak Lah apabila diserang Mahathir"

    Kabinet sama yang menyokong Mahathir bila Pak Lah dilantik.

    Awok dah lupa ke Ketua Bahagian Petaling Jaya Selatan buat lapuran pasal Pak Lah ngan Najib?
    awok kan peguam, apa lagi, sambung la perjuangan.
    Cakap aje, tulis aje buat mende,

    seman_tahan

    ReplyDelete