Pinda perlembagaan hati:
Kalau mahu bawa perubahan!
? Masib banyak lagi?
++ Masih terlalu banyak untuk kita buat perubahan. Buat perubahan bukan dengan pindaan perlembagaan, tapi buat perubahan dengan anjaka hati supaya takut kepada Allah. Buat apa pinda perlembagaan kalau hati masih saja dengan bergelmang dengan aktiviti-aktiviti yang korap seperti dulu-dulunya. Daya kerja masih lemah, fikiran masih tumpul, perasaan sering dangkal, asyik gelisah dan keluh kesah dan masih liar terhadap kebenaran hakiki. Buat apa ubah perlembagaan kalau penyakit sebegini masih banyak daki dan karatnya. Masih berperasangka buruk terhadap orang lain.
Masih suka menghasut. Selalu merongrong ketenangan (tak tenang), merosakkan jasmani dan rohani sendiri dengan berbagai kaedah yang bertentangan dengan tuntutan Islam, asyik menimbulkan psiko-neurosis dan saikosis. Tak habis-habis bermunafiq. Tak habis-habis hasad dengki dan iri hati. Khauf (takut), cemas phobia, malas, kikir, sombong dan takabur, kejam dan ganas. Seribu kali pinda perlembagaan pun tak akan teranjak penyakit yang semakin tebal karatan dan tumpukannya.
Yang penting adalah pindaan perlembagaan hati. Dan salah satu kaedahnya yang mudah ialah mendekati diri dengan ciri-ciri sufistik yang utama sebagai landasan perjuangan untuk perubahan. Sufisme sebagai dasar boleh bertaqarrub (mendekati) Allah.
? Perubahan pada hati akan mengubah segala-galanya. Berhijrah dari yang buruk kepada yang baik dari yang baik kepada yang lebih baik adalah kaedah yang satu-satunya yang terbaik.
++ Begitulah hendak-Nya. Kalau kita ikhlas, Dia akan menolong kita mencapai kebahagiaan. Dengan pindaan perlembagaan hati, dengan sendirinya kita kembali kepada fitrah. Rasuah akan terhakis seluruhnya, kepimpinan kembali kepada kepimpinan yang mulia yang tahu harga malu. Jenayah, sepak terajang, zina dan pelacuran yang bercambah setiap malam akan terhapus.
Mat Rempit tak ada berdetik lagi. Pembunuhan, rompakan, penculikan dan segala dadah dan narkotika dengan sendirinya terbenam kerana bukan saja kita berusaha mwnghapuskan segala-gala maksiat dan kemungkaran itu tapi Allah bersama kita menolong kita menghapuskan segala maksiat dan kemungkaran itu. Mana ada penolong lain selain Allah yang sanggup menolong kita. Allahlah penolong kita dan ini adalah janji-Nya dengan syarat kita bertaqwa pada-Nya dan hanya kepada-Nya Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment