bersama Pak Parjo...
Disuruh orang memukul canang:
Hendak memilih pembesar negeri
Kata sahibul hikayat tersebutlah ceritera Orangkaya Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin pergilah ia mengiringi Raja Muda Perak di istana. Maka terlalulah gembira baginda Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah melihat orangkaya itu datang, kerana sebelum ini anak-anak buah Orangkaya Dato' Dr Zambry Abdul Kadir menuduhnya 'derhaka'. Disebabkan balai panjang nan batuah membenarkan rayuan Orangkaya Zambry menangguhkan perintah balai panjang nan tinggi, maka Orangkaya Nizar pun tak dibenarkan memasuki pejabat.
Syahdan maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluarlah lalu ia menyuruh orang memukul canang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, disuruh berkampung ke Majapahit, kerana tuan puteri hendak memilih suami (tak seperti DUN Perak di akhir zaman ini, takutlah ia tak dipilih orang). Setelah sekalian mendengar demikian itu, maka segala raja-raja dan menteri, hulubalang, sida-sida, bentara dengan segala rakyat besar kecil, tua muda, dan tinggi rendah, tempang hirut, petut kiat, capek riuk, buta tuli, sengau bisu, sekaliannya pun berhimpunlah ke Majapahit, kurang-kurang dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang.
Maka Tuan Puteri Wi Kesuma nik ke atas peranginan memandang ke jalan. Maka segala orang itu disuruh oleh Pateh Aria Gajah Mada lalu sorang-seorang sekali. Hatta maka segala raja-raja dan menteri, sida-sida, bentara, hulubalang sekaliannya berjalan seorang-seorang di hadapan peranginan semuanya dengan perhiasan (tak seperti Orangkaya Dato' Dr Zambry tak berjalan seorang-seorang ia), masing-masing dengan kenaikan dengan pelbagai kelakuannya lalu dinyanyikan orang banyak:
Hamba sahaya nak lari
Budak-budak jaga sahaja
Orangkaya apa yang dicari
Hendak memikat anak raja
Sebermula masing-masing berdoa di dalam hati, kasadnya biarlah dipilih oleh tuan puteri akan jadi suami seperti di surat dalam 'Kitab Melayu' daripada:
HIDUP BAHASA MELAYU!
No comments:
Post a Comment