Graduan diberi peluang GSTT:
Pelajar IPTA perguruan tergugat
oleh: Fadzli, 21 June 2009
Komen ramai rakan-rakan pendidik di bahagian Shoutmix yang mempertikaikan pengambilan GSTT atau Guru Sandaran Tidak Terlatih. Kami juga banyak mendengar rungutan beberapa pelajar IPTA pendidikan yang hak mereka untuk posting awal berkemungkinan dinafikan dengan pengambilan GSTT. Sama ada kebetulan ataupun tidak, keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan ramai graduan diberi peluang menjadi GSTT seperti mana pengambilan 1000 guru kontrak awal tahun ini.
Sungguh pun persoalan ini adalah berbalik kepada rezeki namun implikasinya tetap ada. Sekiranya dakwaan atau statistik guru yang kurang menckupi menajdi sandaran yang tindakan mengambil GSTT adalah wajar. Tetapi timbul persoalan mengapa wujud pelajar IPTA bidang pendidikan tidak mendapat sekolah selepas sahaja graduasi. Pada masa yang sama, GSTT diambil kerana masalah kekurangan guru. Adakah status GSTT ini menganggu kedudukan pelajar IPTA untuk posting.
Ada yang menganggap pelajar IPTA dianaktirikan kerana berlainan kementerian yang mengeluarkannya. Walaupun ada rundingan dan koordinasi semenjak tahun lalu di antara dua kementerian pelajaran dan pendidikan tinggi tetapi masih belum ada penyelesaian yang efektif berhubung isu ini.Bagaimana pemetaan sumber manusia dilakukan sehingga ada yang terlepas pandang kedudukan pelajar IPTA bidang pendidikan tidak mendapat tempat di sekolah lebih awal. Seharusnya, sebelum graduasi lagi mereka ini diberi sekolah yang ditetapkan berbanding mendaftarkan diri di web Kementerian Pelajaran serta perlu menunggu giliran untuk dipostingkan. - http://www.cikgumalaysia.com/
No comments:
Post a Comment