Thursday, June 25, 2009

SEKALI PERSETUA...

Wabak penyakit merebak:
Selepas bersumpah di masjid

Syahdan maka gemparlah orang banyak di seluruh negeri, kerana penyakit yang tak diketahui puncanya (atau diketahui anak cucu fakir H1N1) merebak ia hingga bimbang segala tabib. Ada pun Orangkaya Menteri Kesihatan Dato' Low Tiong Lai masyghollah kerana tiga buah sekolah sudah diminta tutup selama seminggu. Arakian negeri di atas angin yang dulunya masyghol juga, tak lagi didengar mereka bimbang. Maka terimbau fakir suatu ketika dulu, Tunku Abdul Rahman dan Tan Sri Asri Muda bersumpah mereka di dalam masjid menjunjung al-Quran, masing-masing di Alor Setar dan Kota Bharu menjelang pilihanraya 10 Mei 1969.

Arakian turunlah bala 13 Mei diikuti banjir besar, kemarau dan kemudiannya wabak taun (disebut orang cholera). Maka anak cucu fakir masih juga tak berasa takut bersumpah di dalam masjid, bahkan wabak penyakit H1N1 dianggap perkara biasa. Adapun di Singapura, Tahiland, Filipina atau Indonesia tidaklah mereka heboh dengan H1N1 itu. Sebermula tersebutlah ceritera Sultan Malikut-Tahir kerana membuang saudaranya Sultan Malikul-Mansor keManjong. Maka dsuruh baginda jemput ke Pasai. Setelah sampai ke Padang Maya, Sultan Malikul-Mansor singgah menziara kubur menterinya Sidi Ali Hisamud-Din. Maka menjawab Sidi itu dari dalam kuburnya, "Bukankah kita sudah bersumpah tak akan berpisah, patik fikir eloklah Tuanku di sini sahaja." Disebabkan sumpah itu maka diperbuat orang nyanyi:

Malikul-Mansor dari Manjong
Singgah baginda di Padang Maya
Kerja beransur tak berkunjung
Kerja bertunda hilang upaya

Maka baginda Sultan Malikul-Mansor ditimpa wabak penyakit sukar bernafa, lalau baginda pun putus nyawa. Maka oleh sekalian penggawa disuruh suratkan dalam 'Kitab Melayu' kepada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments:

Post a Comment