Saturday, June 27, 2009

SEKILAS PANDANG...

Ukuran kemajuan dan pembangunan:
Tanggungjawab semua parti pemerintah
Assalamualaikum,
Memang blog PRIMA tak memberi kepedulian kepada kematian dua seleberiti Amerika Syarikat (AS) semalam, sekalipun banyak blog yang mengangkat kehebatan mereka dalam industri hiburan. Micahel Jackson dan Farrah Fawceet memang seleberti terhebat di AS, tetapi kita tak seharusnya berbangga dengan pencapaian mereka yang tak memberi apa-apa makna kepada kebudayaan Melayu. Kita lebih berbangga dengan pencapaian seleberiti Melayu kerana 'hujan emas di negeri orang, hujan keris lembing d negara sendiri, lebih baik negeri sendiri'!
Hari ini saya ke sekolah dalam 'Hari Terbuka' berikutan mengambil report card anak sebagai pertemuan hati ke hati guru dan ibu bapa. Sepanjang jalan ke kawasan sekolah dipenuhi kereta di kiri kanan jalan, lambang kehebatan pada alaf 2000. Ketika period persekolahan saya sekitar dekad 1950-an, ibu bapa menemui guru-guru ke sekolah sekadar berjalan kaki atau menunggang basikal sahaja. Justeru dekad 1950-an, memang jauh berbeza dengan dekad 2000-an; apalagi gaya hidup masyarakat yang serba maju. Barangkali, pencapaian kemajuan di bawah pentadbiran UMNO yang mampu menampilkan kroni-kroni, nepotisme dan heh heh heh!
Kereta ibu bapa yang banyak bagi memenuhi jemputan 'Hari Terbuka', barangali juga lambang kemajuan UMNO memimpn negara. Kalau sekitar dekad 1960-an, guru-guru sekadar mampu menunggang vespa, apabila menerima tunggakan, tetapi sekarang guru-guru sudah bergaya dengan kereta nasional sama ada Waja, Aerobic, Wira malah turut memandu Perdana juga. Apalagi majoriti guru-guru sekitar dekad 1950-an takat pencapaian akademik dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Day Training Centre (DTC) atau Institut Bahasa (LI) di Cheras. Tetapi sekarang mereka daripada kalangan graduan, malah ada yang berkelulusan akauntan, Azhar Universiti dan lain-lain menerima jawatan guru kerana terpaksa...!
Kemajuan dan pembangunan yang dibawa oleh UMNO membolehkan ramai anak Melayu mempunyai pendidikan tinggi. Kalau ditakdirkan pada 1955, UMNO tewas dalam pilihanraya, Parti Negara juga perlu melaksanakan kemajuan dan pembangunan. PAS juga sekiranya memerintah pada 1955 mempunyai tanggungjawab membawa kemajuan dan pembangunan. Malah Sosialis Front juga terpaksa menyediakan program pembangunan dan kemajuan apabila membentuk kerajaan seperti dilaksanakan oleh PAP di Singapura. Maknanya, UMNO tak boleh berbangga dengan tanggunjawab berkenaan, seolah-olah UMNO sahaja mampu memberikan kemajuan dan pembangunan. Sebaliknya anak saya yang sentiasa menduduki tempat pertama dalam kelas, berhadapan dengan masalah gagal subjek matematik tambahan, berikutan dasar PPSMI. Aduhai!
-Pak Dharma.

No comments:

Post a Comment