Thursday, July 23, 2009

Permit demo UMNO dipersoal...


Terkejut baca UMNO berdemo:
Ingatkan PR saja yang buat begitu

Beberapa pihak mempersoal sama ada UMNO Bahagian Ampang diberi permit untuk berdemo atau sebaliknya, sekalipun Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin mengakui mempunyai permit.
Laman blog http://www.ahmadtarmizi.blogspot.com/ melaporkan Malaysiakini memaparkan dengan panjang lebar dan terpeinci demonstrasi di hadapan pusat membeli-belah Ampang Point oleh UMNO dan parti komponen BN (baca disini). Perhimpunan selama kira-kira 15 minit diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Menurut blog ahmadtarmizi pihaknya terkejut juga bila baca berita tersebut, disebabkan UMNO/BN dah mula berdemo, kerana ingatkan Pakatan Rakyat saja yang buat begitu. Demo tersebut menyatakan sokongan kepada SPRM dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock dan tidak mahu ia dipolitikkan oleh parti pembangkang. Siapa yang politik kan?. Apa yang diminta oleh pembangkang (PR) dan rakyat ialah tubuhkan Suruhanjaya Diraja supaya siasatan lebih adil dan telus. Itu pun susah nak faham ?., beritahu ahmadtarmizi.
"Lepas terkejut, aku ketawa terbahak bahak, cuma tak pecah perut. Mana tak nya, dari apa yang dilaporkan kira kira 60 (enam puluh orang sahaja - macam tulis Cek pulak). Laaaaa.......... lapuran berjela jela tapi yang datang cuma 60 orang, beliau menambah.

Seterusnya ahmadtarmizi Malaysiakini melaporkan, siap bagi detail dari bahagian mana yang datang berdemo itu - Ia disertai ahli UMNO bahagian-bahagian Ampang, Gombak dan Pandan. Manakala ahli-ahli MCA, MIC, PPP dan Gerakan pula semua nya dari Ampang. Punya banyak cawangan dan komponen parti, tapi jumlah 60 orang dan bila aku kira hitung panjang nya 1 cawangan/komponen disertai hanya 8 orang. (Gambar- Ini mungkin dari PPP atau MIC. Dua orang aje? - Foto Malaysiakini). Blog itu juga memepersoal sama ada permit berhimpun diberikan ?. "Abang polis, dia orang ada permit tak ?. Err...dia orang tak ada permit. Laaaaa.....tak de permit rupa nya. Nampak gaya nya tak ada beza lah UMNO/BN dangan PR. Ingat kan PR saja yang berdemo tak pakai permit, rupa nya diaorang pun 2x5 daaa..." kata ahmadtarmizi lagi.

No comments:

Post a Comment