Perpaduan semakin goyah:
4 pemimpin Pemuda tak dibela!
Pimpinan veteran UMNO Bahagian di Selangor menganggap demo yang digerakkan di Ampang bagi menyokong SPRM dan polis, sebagai membuka pekung di dada apabila disertai tak sampai 60 orang. Katanya, kalau mahu menggerakkan demo seharusnya disusun secara terancang untuk membuktikan UMNO bersatu padu menghadapi perjuangan. Setakat ini sudah terbukti perpaduan UMNO terlalu goyah berdasarkan beberapa fakta yang berlaku sekarang, beritahu pimpinan veteran berkenaan. "Di mana aktivis UMNO apabila empat orang pimpinan Pemuda Selangor dijatuhkan hukuman RM1000 oleh mahkamah, kerana bertindak menghalang Ahli Parlimen pembangkang di lobi bangunan berkenaan?" katanya.
Seterusnya beliau menambah, sekiranya UMNO bermaruah setiap aktivis perlu mengutip RM1 seorang bagi membayar denda mahkamah, bukan menyerahkan kepada empat orang pemimpin Pemuda itu. Apalagi mereka mampu untuk membayar denda tersebut, tetapi bagi memperlihat UMNO bersatu padu langkah mengutip derma perlu digerakkan. Pimpinan veteran itu juga menarik perhatian kepada kes Tan Sri Syed Jaafar Albar pada 1965, apabila setiap aktivis UMNO bersatu mengumpul dana bagi menghadapi kes mahkamah dengan Lee Kuan Yew. "Semangat perpaduan dah luntur dalam jiwa UMNO, macam mana nak kembali perkasa untuk perjuangkan Melayu," pimpinan veteran itu menambah.
No comments:
Post a Comment