Pemuda nafi tanggapan veteran
Inisiatif sudah digerakkan di Gombak
Ketua Biro Agama Pemuda UMNO Bahagian Gombak Farid Iqbal Omar menolak tanggapan pihak Pemuda Selangor berdiam diri dalam isu empat orang pimpinannya dihukum RM1,000 kerana menghalang seorang Ahli Parlimen pembangkang di lobi Parlimen. Katanya pihak Pemuda UMNO sudah meminta setiap aktivis Pemuda di Selangor mendermakan RM1 setiap orang sebagai tanda solidariti, bagi membayar denda yang dikenakan kepada empat pimpinan Pemuda Selangor berkenaan. "Disebabkan ia tak dibuat meneruskan keputusan mesyuarat, justeru kami tak menghebahkan kepada umum" beritahu Farid Iqbal.
Bagaimanapun katanya, inisiatif mengutip derma itu sudah digerakkan oleh Pemuda Bahagian Gombak. Pemuda Selangor tetap bersatu padu menghadapi apa sahaja rintangan, sebaliknya tak digembar gemburkan menerusi publisiti, kata Farid Iqbal. Menurutnya lagi, sebaik sahaja empat pimpinan Pemuda Selangor dijatuhkan hukuman RM1,000, inisiatif sudah digerakkan denganmeminta setiap ahli Pemuda di Selangor menderma RM1 setiap orang, sebagai simbolik kepada perpaduan di Selangor. "Memang setiap pimpinan Pemuda itu mampu membayar denda berkenaan, tetapi kami mahu membuktikan kita semuanya bersatu," jelas Farid Iqbal menambah.
No comments:
Post a Comment