Wednesday, July 15, 2009
SEKALI PERSETUA...
Mencari Puteri Manek Urai:
Terjumpa pula 'taukeh jambatan'.
Arakian terlalulah gembiranya Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang belayar ke luar negeri, apabila diberitahu keputusan pemilihan Orangkaya Penghulu di Manek Urai, adanya. Adapun anak buahnya yang dicalonkan bertanding di situ kalahlah kepada anak buah Tuan Guru Dato' Nik Aziz dan Tuan Guru Dato' Seri Hadi Awang, tetapi tak banyak bezanya kira-kira 65 orang sahaja. Maka yang sebenar-benar gembira sangat ialah Orangkaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana janji jambatan baru bernilai RM7 juta itu, hampir-hampir diterima orang banyak. Adapun jambatan baru sangat disukai oleh orang banyak, kerana ceramah sahaja tak memadai untuk menyeberang sungai berkenaan.
Sayhdan akan Dang Raya Rani segalanya disampaikan kepada Tun Mamat. Maka ia berkata, "Ada pun kata-kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan kepada tuan puteri, akan titahnya hendaklah Raja Melaka perbuatkan satu jambatan emas satu jambatan perak dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini." Telah sudah berkata-kata demikian lenyaplah ia. Maka pada suatu riwayat orang tau yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang. Ada pun di Manek Urai itu, setelah berkata-kata Orangkaya Tan Sri Muhyiddin juga lenyaplah ia, tetapi dkatakan orang banyak bukanlah Putera Manek Urai, kerana ia dipanggil pula 'taukeh jambatan' seperti diperbuat orang nyanyi:
Dang Nila memangku puan
Buah berembang buah pedada
Adakah gila bagimu tuan
Burung terbang dipipiskan lada?
Maka oleh sekalian orang banyak datanglah mereka menyuratkan dalam 'Kitab Melayu' kepada:
HIDUP BAHASA MELAYU!
No comments:
Post a Comment