Monday, July 20, 2009

SEKALI PERSETUA...

Bersalahan pada Kanun 11(4):
Kalau memurtadkan orang Islam

Sebermula tersebutlah di negeri Melayu itu penitirpenitir canang yang berani mendedahkan perkara benar, maka akan dipanggil oleh anak-anak buah Temenggung Seri Maharajalela untuk disoal siasat. Arakian penitir-penitir canang yang mendedahkan 'kedai makan berahi', maka dikatakan memfitnah, begitu juga percubaan memurtad orang Islam di sebuah gereja, dituduh pula mahu menceroboh, adanya. Maka berkatalah akan Orangkaya Kulim Bandar Bahru Zulkifli Nordin yang juga seorang hulubalang pembela adapun memurtadkan orang Islam oleh rakan-rakan bukan Islam bersalahan ia pada Kanun 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Maka kata Orangkaya Zulkifli itu lagi, "Jika benar ada percubaan untuk memurtadkan remaja Islam kepada Kristian, jalan terbaik adalah menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk melakukan dan mengambil tindakan." Orangkaya itu mengingatkan, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menceroboh hak peribadi dan rumah ibadat penganut agama lain malah ketika perang Nabi Muhammad s.a.w sendiri melarang tentera Islam daripada memasuki dan menganggu rumah ibadat agama. Heh heh heh!

Syahdan maka dengan takdir Allah taala lembu kenaikan baginda itu pun muntahkan buih, maka keluarlah daripada buih itu seorang manusia laki-laki dinamai Bat dan destarnya terlalu besar. Maka Bat sendiri berdiri memuji-muji Sang Sapurba, maka bunyi pujinya itu serba jenis kata yang mulia-mulia. Syahdan maka raja itu pun digelar oleh Bat itu Sang Sapurba Taramberi Teribuana.Adapun Bat itulah daripada anak cucunya asal orang yang membaca ciri dahulukala. Maka Nila Pahlawan dan Kerishna Pendeta pun dikahwinkan Bat dengan Wan Empok dan Wan Malini. Gerangannya kerana mudah sangat percayakan buih lembu itulah anak-anak remaja Melayu juga mudah dimurtadkan seperti diperbuat orang pantun:

Bat keluar muntah lembu
Sang Sapurba menjadi raja
Biar terbakar hujung sumbu
Gelap gelita dalam gereja

Oleh yang demikian sekalian orang banyak pun menyuratkan 'Kitab Melayu' daripada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments:

Post a Comment