Monday, July 20, 2009

SEKILAS PANDANG...

Respon pimpinan UMNO:
Perhimpunan mansuh ISA






Perhimpunan mansuh ISA 1 Ogos 2009 ini, mula menerima respon daripada kalangan UMNO sendiri termasuk bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Memang segelintir aktivis UMNO cuba pertahankan ISA, barangkali bimbang dengan perubahan sama ada 'mansuh' atau 'dikaji semula' boleh menjejaskan kerjaya politik mereka. Malah dalam UMNO sendiri apabila berlaku anjakan pimpinan amat jelas ianya 'sekali air bah, sekali pasir berubah; sekali raja mangkat, sekali resam bertukar'. Apalagi yang berjawatan menteri kehilangan status, mereka yang berkedudukan YB juga tak berpeluang lagi meneruskan kerjaya pada pilihanraya berikutnya.

ISA sendiri pernah dipinda pada dekad 1960-an, malah ianya menerima sokongan dari PAP (ketika itu Singapura masih di dalam Malaysia). Sokongan juga turut diberi oleh parti yang mewarisi lestari PAP hingga menjelang pilihanraya 1969. Ketika itu mangsa ISA adalah pimpinan PAS, Front Sosialis (Parti Buruh dan Parti Rakyat) dan aktivis masyarakat. Dato' Ahmad Boestamam adalah mangsa ISA dan Akta Darurat yang paling lama merengkok dalam dalam tahanan tanpa bicara sejak kolonial British atas dakwaan 'mengancam keselamatan awam'. Ironinya, selepas Pak Boes ditahan pada 1948, kekacauan tetap berlaku di seluruh negara.

Kepongahan, keperongosan dan kebobrokan polis pula ketika itu, menyebabkan Askar Melayu menerima risiko disebabkan mereka menggerakkan operasi ke hutan-hutan. Dalam wawancara bersama Allahyarham Jeneral (B) Tengku Osman Mohd Jewa pada 1983 bagi menyiapkan manuskrip 'Askar Melayu 50 Tahun' saya diberitahu mengenai penat jerih Askar Melayu di kem Bentong, Pahang mnggerakkan operasi. Militan yang ditawan tak boleh dibunuh, sebaliknya diserahkan kepada polis untuk perbicaraan di mahkamah. Menurut Tengku Osman, sekitar dekad 1940-an beliau berpangkat Kapten, apabila di bawah ke mahkamah biasanya militan terbabit dibebaskan kerana pihak polis tak mampu memberikan bukti.


Keadaan menjadi rumit sekiranya pihak militan mengunakan khidmat peguam Jayasuria yang popular pada period kolonial British, kata Tengku Osman. Maknanya, Askar Melayu menjadi serba salah bagi menawan militan kerana apabila diserahkan kepada polis, mereka akan bebas dalam perbicaraan. Sebaliknya apabila keamanan tercapai 'lembu punya susu, sapi dapat nama', malah ini yang berlaku dalam isu ISA. Justeru ISA yang dipertahan sejak period penjajah pada 1948, tak pernah memberi kredit kepada Askar Melayu yang menggerakkan operasi, diserang hendap, malah menjadi mangsa darurat. Gerakan massa dalam perhimpunan mansuh ISA pada 1 Ogos 2009 ini, seharusnya menjadi turning point 'kok mengerat berlandas; kok melompat bersetumpu'. Heh heh heh!

-Pak Dharma

No comments:

Post a Comment