Dr M enggan komen
Di sebalik Tambak Johor
By
Dr. Mahathir Mohamad on June 24, 2009 3:36 pm
Seorang kawan saya telah membuat kajiselidik berkenaan Tambak Johor.
Saya tak nak komen apa-apa. Hanya di sini saya siarkan hasil kajian ini.
(http://www.chedet.com/ )
Thursday, June 25, 2009
SUARA DARI SEMANTAN
Apalah jiwa & roh merdeka:
Semacam lambang 'kowtow' saja.
Saya menonton Astro 502, dokumentasi perisytiharan merdeka oleh Tunku. Rupa-rupanya perisytiharan dibacakan dalam BI! Sudahlah bendera mirip Amerika, lagu negaraku dari keroncong 'Terang Bulan', apalah jiwa & rohnya? Mungkin ini yang kita warisi sampai kini. Kenapa tidak bendea 'Merah Putih'? Singapura pun tahu guna 'merah putih'. Tunku semasa menerima dokumen perlembagaan dari Sir Donald Mac Gillavary, menundukkan kepala kepada gabenor, tanda hormat, mungkin. Tetapi kepada saya semacam lambang kowtow! Mungkin saya skeptikal & sinis sebab itu bukan generasi saya, bukan menghina tapi sinis. Selama ini TV tunjukkan Tunku laungkan merdeka sahaja, tadi tu footage sepenuhnya. Saya bertanya kepada diri, kenapa tidak dibuat proklamasi dalam BM? Kenapa dalam BI? - Ahmad Nizam Hamid, Semantan, Pahang.
Semacam lambang 'kowtow' saja.
Saya menonton Astro 502, dokumentasi perisytiharan merdeka oleh Tunku. Rupa-rupanya perisytiharan dibacakan dalam BI! Sudahlah bendera mirip Amerika, lagu negaraku dari keroncong 'Terang Bulan', apalah jiwa & rohnya? Mungkin ini yang kita warisi sampai kini. Kenapa tidak bendea 'Merah Putih'? Singapura pun tahu guna 'merah putih'. Tunku semasa menerima dokumen perlembagaan dari Sir Donald Mac Gillavary, menundukkan kepala kepada gabenor, tanda hormat, mungkin. Tetapi kepada saya semacam lambang kowtow! Mungkin saya skeptikal & sinis sebab itu bukan generasi saya, bukan menghina tapi sinis. Selama ini TV tunjukkan Tunku laungkan merdeka sahaja, tadi tu footage sepenuhnya. Saya bertanya kepada diri, kenapa tidak dibuat proklamasi dalam BM? Kenapa dalam BI? - Ahmad Nizam Hamid, Semantan, Pahang.
MENGENANG TOKOH TERBILANG...
Kisah percintaan Zaaba:
Hatinya terpaut di Batu Kikir
Pengkisahan Allahyarham Tan Sri Pendita Zaaba akan disampaikan oleh Kolonal Profesor Dato' Dr Haji Kamaruddin Haji Kachar dalam 'Majlis Tiipan Zaaba 2009' pada 2 Julai 2009 ini bertempat di Teratak Zaaba, Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol. Majlis pengkisahan berkenaan akan dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Dato' Haji Mohammad Razi Haji Kail. Pengkisahan Zaaba bagi mengimbau kembali sumbangan pendita terulung bangsa Melayu itu, di samping Teratak Zaaba yang dibina sekarang adalah di atas tapak tempat kelahirannya.
'Teratak Zaaba' yang diilhamkan sejak 1996, adalah berdasarkan model pembinaan 'Rumah William Shakespear' di London dan ciri-ciri Muzium The Vikings di Stockholms, Sweden. Barangkali 'kisah percintaan' Zaaba ketika menuntut di kolej tak banyak diselusuri oleh pengkaji yang sekadar membaca karya atau tesis mengenai sumbangan beliau. Kisah percintaan unik Zaaba sudah didokumentasikan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan ketika digerakkan oleh Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris. Justeru Haji Muhammad Tainu, Setiausaha pertama JPBMNS barangkali menyimpan dokumentasi percintaan Zaaba yang menyebabkan setiap cuti pengajian beliau tak balik ke Linggi di rumah ayahnya, tetapi memilih rumah neneknya di Batu Kikir. Begitulah!
KESOPANAN UMNO
Tolak perpaduan Melayu, dan
Kesopanan Melayu cara UMNO
Rakyat harus menolak apa juga hujah dan cara UMNO menyatukan orang Melayu. Konsep ketuanan Melayu yang mereka jaja dan paksa ke atas orang Melayu bertentangan dengan semangat Perlembagaan yang mereka buat sewaktu merunding kemerdekaan dengan British. Perpaduan cara UMNO telah gagal selama 50 tahun mereka memerintah, dan kegagalan ini menjadi bukti pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu. Sekarang UMNO masih bercakap tentang perpaduan Melayu, yang diluaskan menjadi perpaduan kebangsaan.
Semua istilah ini karut dan sudah dibuktikan tidak berkesan, lebih banyak mendatangkan masalah dan mengusutkan perkara yang telah terurai. Yang jelas mendapat faedah daripada perpaduan Melayu dan sebagainya itu ialah ketua-ketua UMNO yang menggunakan “perpaduan Melayu” untuk mengaut kekayaan negara untuk faedah anak-beranak dan sahabat handai. Perhatikan betapa mewahnya kehidupan ketua-ketua UMNO, yang mendiami rumah-rumah besar, mempunyai harta yang banyak dan tanah-tanah berharga mahal di kawasan tertentu yang mereka bangunkan untuk kononnya bagi maksud pembangunan negara, tetapi telah terlebih dahulu mereka ambil.
Apabila pembangunan dibuat di kawasan itu, tanah-tanah mereka dibeli oleh kerajaan mereka sendiri dengan harga mahal, dan menurut mereka semua kekayaan yang mereka perolehi melalui perbuatan menipu itu adalah halal dari segi agama dan undang-undang. Kini mereka dengan beraninya berkata undi UMNO dalam pilihan raya akan membawa ke syurga. Dahulu mereka kutuk PAS yang mengelirukan rakyat kononnya jika undi PAS boleh masuk syurga kerana PAS memperjuangkan Islam.
Sekarang kumpulan yang memperjuangkan nasionalisme Melayu dengan slogan perpaduan Melayu dan Satu Malaysia juga sudah membuat kontrak dengan Allah Ta’ala bahawa para pengundi di Manek Urai dalam pilihan raya kecil nanti akan diberi tiket oleh UMNO untuk ke syurga. Begitu rendah harga syura itu di mata ketua-ketua UMNO, boleh dijual beli dalam pilihan raya. Inilah jenis manusia yang bercakap tentang perpaduan Melayu, tentang kerajaan perpaduan, tentang Satu Malaysia.
Perkembangan terbaru ini adalah hasil propaganda yang berlebihan tentang Satu Malaysia, yang kini sudah menyediakan peti undi bagi orang Melayu yang akan membawa mereka ke syurga. Begitu murah sekali harga syurga bagi pemimpin yang sedang mabuk Satu Malaysia ini! Dalam sejarah perjuangannya, UMNO telah membuktikan kejayaan besar parti itu memperkaya ketua-ketua UMNO setiap peringkat, yang boleh disaksikan oleh rakyat. Pada waktu ini sudah sampai masanya satu kajian mendalam dibuat untuk menilai dengan adil kejayaan UMNO ini.
Kekayaan para pemimpin UMNO boleh saja dikaitkan dengan “pembangunan” Malaysia, peri banyaknya jalan raya yang berlubang, bangunan besar dan mahal yang runtuh, rumah-rumah untuk rakyat yang tidak disudahkan dan pembelinya terperangkap dalam hutang yang amat membebankan, ramainya pelumba muda di jalan-jalan raya di kota-kota dan di kampung-kampung yang mendapat nikmat pembangunan itu untuk membuat kacau dan membunuh diri sendiri (kumpulan ini kini diberi nama baru “samseng jalanan”). Ada lagi kejayaan UMNO yang sungguh mengagumkan ketua-ketua UMNO, iaitu peri pentingnya adab sopan dalam kehidupan sekarang.
Ini dicontohkan oleh ketua-ketua UMNO dan isteri mereka semasa berada dalam upacara negara yang dihadiri oleh Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Dalam istiadat Hari Jadi Agong baru-baru ini, kita lihat Raja Permaisuri Agong berpakaian lengkap cara Islam dengan kepala baginda bertutup; tetapi isteri PM dan Menteri Penerangan melepaskan rambut cantik mereka yang telah didandan dengan teliti dan mungkin agak mahal dibayar oleh ... (tidak pasti siapa!). Perkara ini disebut di sini kerana Menteri Penerangan yang pernah menjadi Menteri Kebudayaan dsbnya dengan lantang memulakan kempen adab sopan.
Tidak termasuk dalam sistem adab sopan moden itu nilai-nilai lama yang dipelihara oleh masyarakat. Mungkin mereka tidak tahu kerana mereka tidak mengamalkannya. Nilai kesopanan Melayu yang terpakai, ketika mengadap di istana, maka baik lelaki mahu pun bini mereka, diwajibkan mengenakan pakaian yang sesuai dengan istiadat. Jika Raja Permaisuri Agong memakai tutup kepala cara Islam, maka rakyat baginda yang perempuannya yang datang mengadap hendaklah meraikan kesopanan Melayu dengan menutup kepala mereka secara Islam, atau paling tidak cara adab Melayu dengan bertudung. Itulah kesopanan Melayu.
Oleh itu amat tidak sopan dan sangat janggal apabila perempuan-perempuan Melayu yang mengadap di Istana Negara membiarkan kepala mereka merdeka dengan rambut mereka begitu angkuh didandan mahal, padahal ketika itu mereka mesti bertudung atau paling tidak berkelubung. Itulah adat Melayu. Adakah orang yang tidak meraikan adat ini derhaka atau biadab, tidak tahu adat dan tidak beradab? Tiada siapa pun yang boleh menjawabnya melainkan Menteri Penerangan yang dengan gigih memulakan kempen kesopanan negara.
Contoh yang diberikan di sini dengan amat jelas membuktikan tindak tanduk pemimpin UMNO memang sangat janggal. Mereka menyuruh orang bersopan santun, tetapi ketua-ketua mereka sendiri tidak sopan seperti dalam contoh di atas. Mereka bercakap tentang perpaduan, tentang keadilan, tentang amanah, tetapi semua perbuatan mereka bertentangan dengan perkataan mereka sendiri. Kita mahu dengar daripada para ulama UMNO dan mufti-mufti yang mereka lantik tentang perkara ini. Kalau mereka tidak mahu menjelaskan, mereka harus pergi. Ke mana mereka mahu pergi adalah hak mereka menentukannya. Yang jelas, mereka tidak patut berada di tempat mereka sekarang untuk menjadi sampah dan menyusahkan orang lain. -[24/6/2006] Mohd. Affandi Hassan
INFO SASTERA & BUDAYA
PUISI
Zaman Kami Remaja Dulu
Zaman kami remaja dulu
sepanjang malam di limpahan
sinar cahaya rambulan
Si Ujangjejaka yang asyik dilamun cinta
menjadi pujangga mewarkahkan
ungkapan sanjung dan puja
sepenuh rasa kasih sayang
yang tak terhingga
terhadap kekasih pujaan hatinya.
Bila dinihari
hampir membuka tabir fajar
warkah yang sudah berpuluh lembar
tak menjadi itupun
siaplah dengan amat sempurnanya.
Lalu, surat cinta itupun
diletakkan di bawah tempurung
di pangkal pohon bunga melur
di hujung halaman rumah
dara idaman pujaan kalbu.
Paginya, sayup di atas
pohon jambu Si Ujang,
jejaka pujangga cinta
yang tak tidur
sepanjang malam itupun
memerhatikan penuh debaran
Si Upik dara nan ayu
rambutnya terurai
melampai ke pinggang
menyapu halaman
mengumpul daun-daun
ke pangkal pohon bunga melur.
Sambil hatinya bergetar
secemas belalang berlompatan
di daun padi
Si Upik dara nan ayu
mengambil warkah kasih
dari tempurung peti surat
yang tertangkup di pangkal
pohon bunga melur
wakil pos perantara
dua insan desa pingitan
menjalin cinta
yang keramat dan abadi.
Sekarang ini keindahan rasa
romantsinya percintaan sedemikian
hilang tenggelam hanyut dalam arus
SMS yang sarat formo.
-Yassinsalleh
jam 1355
Jun 23, 09
berdiri di tebing mandian
zaman remajaku mengimbau
semalamku yang hilang.
Belum Tahu Mahu Ke Mana?
Ketika rembang melukiskan
lembayung di tabir awan begini
terasa ingin aku mengajakmu
mengulit rindu memujuk kalbu
terpilin pilu.
Tapi betapalah ya
pelangi bukannya jembatan yang rela
menemukan kita dan angin segara
bukannya melodi simfoni
yang sedia mengubat duka
dua jiwa yang belum tentu
mau ke mana?
-Yassinsalleh
jam 1746
Jun 25, 09
lembayung menganyam
pelangi.
Ombak mendamparkan buih
di pasiran pantai yang tiba-tiba
kehilangan camar.
MANUSIA & PERISTIWA
Khairy: Jangan jadikan
Pelajar bahan ujian PPSMI
Pemuda Umno tidak mahu para pelajar dijadikan bahan ujian dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menurutnya, jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara."Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini. Sehubungan itu, katanya, pergerakan itu menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran bahawa keputusan akhir mengenai dasar ini akan diumumkan awal bulan depan.
Pemuda Umno tidak mahu para pelajar dijadikan bahan ujian dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menurutnya, jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara."Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini. Sehubungan itu, katanya, pergerakan itu menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran bahawa keputusan akhir mengenai dasar ini akan diumumkan awal bulan depan.
Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata, Muhyiddin juga mengakui bahawa setakat ini, pencapaian dasar tersebut - yang dimulakan sejak 2003 - adalah nominal,yakni tidak memberi impak yang besar dalam penguasaan bahasa Inggeris mahupun pencapaian Sains dan Matematik.Katanya, pandangan menteri pelajaran itu selari dengan beberapa kajian sebelum ini, termasuklah kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan Februari lalu mengenai tahap kompetensi guru dalam PPSMI serta implikasinya terhadap pembangunan modal insan.
Kajian itu, katanya, berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.PPSMI rugikan murid"Dari aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian itu mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.Menurut Khairy lagi, dari segi status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid pula, PEMBINA mendapati:
Sekolah rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris.
Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.
Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.
Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.Menurut Khairy, kajian PEMBINA juga mendapati pelaksanaan PPSMI menyebabkan kerugian berganda kepada murid-murid, terutama kepada kira-kira 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Kelayakan masuk Universiti"Ini dibuktikan dengan analisa sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5,590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 SK seluruh negara, menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009)," katanya.Menurutnya, Pemuda Umno juga juga bersetuju dengan penjelasan Muhyiddin bahawa pendekatan terbaik bagi penguasaan bahasa adalah dengan menambahbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.
"Oleh itu, Pemuda Umno menyokong penuh syarat wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, dengan syarat adanya tenaga pengajar terlatih dan berkelayakan bagi bahasa tersebut yang cukup bagi memenuhi keperluan pelajar."Kesungguhan ini juga diterjemahkan dengan saranan Pemuda Umno agar kerajaan menetapkan tahap pencapaian minimum dalam ujian MUET (Malaysian University English Test) bagi kelayakan masuk ke universiti tempatan bagi meningkatkan usaha pelajar meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris mereka," katanya.
Bagi Pemuda Umno, tegas Khairy, pendekatan dan preskripsi polisi yang sesuai dengan masalah dan cabaran amatlah penting, terutama apabila ia menyentuh aspek pendidikan, yang memberi kesan dan impak besar kepada para pelajar.Sesungguhnya, keputusan dan pertimbangan analisis untung-rugi halatuju PPSMI haruslah ditangani dengan objektif dan menyeluruh kerana ia bukannya untuk mengukir nostalgia lampau tetapi untuk membentuk halatuju dan masa depan modal insan negara. - http://www.kumpulanprihatin.net/ /http://malaysiakini.com
SURAT TERBUKA AFFANDI HASAAN
Cadang tubuh Baitumal Kebangsaan:
Ustaz di Pusat Islam baru mahu terfikir
Sdr. Dharmala NS yth., Saya baru baca berita dlm Berita Harian hari ini tentang cadangan Najib supaya ditubuhkan Baitulmal Kebangsaan. Saya pernah cadangkan Baitulmal Zakat, dan telah tulis dlm. blog sdr. Sebelum itu telah bercakap mengenainya lama dulu. Saya kira ustaz yang ada di Pusat Islam sudah mula berfikir dan Najib yang cari pengaruh di kalangan orang Islam mahu cadangan Baitulmal itu dikaji. Itu sudah bagus. Tak sia2 saya nakal2 tulis macam2. Kalau orang2 ini lebih cerdik, mereka boleh fikirkan juga tentang pembangunan fasad, kesopanan palsu dll. Terima kasih kerana beri peluang saya membuat catatan yang agak keras, tapi saya kira bernas. Terima kasih. Wassalam.
Sdr. Dharmala NS yth., Saya baru baca berita dlm Berita Harian hari ini tentang cadangan Najib supaya ditubuhkan Baitulmal Kebangsaan. Saya pernah cadangkan Baitulmal Zakat, dan telah tulis dlm. blog sdr. Sebelum itu telah bercakap mengenainya lama dulu. Saya kira ustaz yang ada di Pusat Islam sudah mula berfikir dan Najib yang cari pengaruh di kalangan orang Islam mahu cadangan Baitulmal itu dikaji. Itu sudah bagus. Tak sia2 saya nakal2 tulis macam2. Kalau orang2 ini lebih cerdik, mereka boleh fikirkan juga tentang pembangunan fasad, kesopanan palsu dll. Terima kasih kerana beri peluang saya membuat catatan yang agak keras, tapi saya kira bernas. Terima kasih. Wassalam.
- Mohd. Affandi Hassan
ABANG ZEK PELAWA LAYARI BLOG
Dua negeri hadap masalah:
Isu gelora politik 'main kotor'
Saudara/saudari yang dihormati sekelian. Selepas dua negeri menghadapi masalah politiknya, kini Perlis pula rupa-rupanya masih bergelora sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 lagi. Ada saja pihak yang 'main kotor' untuk kepentingan peribadi atau sekurang-kurang pun mahu memuaskan hati masing-masing dengan cara yang tidak disedari telah memberi peluang kepada parti pembangkang menjadi ghairah mengambil kesempatan. Sepertimana dimaklumkan sebelum ini, Video terbaharu ialah mengisahkan betapa perokok itu juga boleh jadi pembunuh selain daripada membunuh dirinya secara perlahan-lahan.
Dalam Komen Pembaca juga semakin dihujanji dengan isu Gabenor Negeri Melaka yang belum lagi menampilkan tokoh tempatan. Negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Sarawak, Sabah semuanya orang tempatan. Mengapa tidak Melaka? Gambar menarik kali ini memaparkan bagaimana kucing pun manusia bonsaikan seperti tanaman untuk perhiasan. Dunia tidak pelik tetapi manusia semakin pelik. Layarilah http://www.lesungbatu.webs.com/ untuk sebahagian daripada santapan minda kita hari ini. Salam hormat dari - Abang Zek.
SEKALI PERSETUA...
Wabak penyakit merebak:
Selepas bersumpah di masjid
Syahdan maka gemparlah orang banyak di seluruh negeri, kerana penyakit yang tak diketahui puncanya (atau diketahui anak cucu fakir H1N1) merebak ia hingga bimbang segala tabib. Ada pun Orangkaya Menteri Kesihatan Dato' Low Tiong Lai masyghollah kerana tiga buah sekolah sudah diminta tutup selama seminggu. Arakian negeri di atas angin yang dulunya masyghol juga, tak lagi didengar mereka bimbang. Maka terimbau fakir suatu ketika dulu, Tunku Abdul Rahman dan Tan Sri Asri Muda bersumpah mereka di dalam masjid menjunjung al-Quran, masing-masing di Alor Setar dan Kota Bharu menjelang pilihanraya 10 Mei 1969.
Arakian turunlah bala 13 Mei diikuti banjir besar, kemarau dan kemudiannya wabak taun (disebut orang cholera). Maka anak cucu fakir masih juga tak berasa takut bersumpah di dalam masjid, bahkan wabak penyakit H1N1 dianggap perkara biasa. Adapun di Singapura, Tahiland, Filipina atau Indonesia tidaklah mereka heboh dengan H1N1 itu. Sebermula tersebutlah ceritera Sultan Malikut-Tahir kerana membuang saudaranya Sultan Malikul-Mansor keManjong. Maka dsuruh baginda jemput ke Pasai. Setelah sampai ke Padang Maya, Sultan Malikul-Mansor singgah menziara kubur menterinya Sidi Ali Hisamud-Din. Maka menjawab Sidi itu dari dalam kuburnya, "Bukankah kita sudah bersumpah tak akan berpisah, patik fikir eloklah Tuanku di sini sahaja." Disebabkan sumpah itu maka diperbuat orang nyanyi:
Malikul-Mansor dari Manjong
Singgah baginda di Padang Maya
Kerja beransur tak berkunjung
Kerja bertunda hilang upaya
Maka baginda Sultan Malikul-Mansor ditimpa wabak penyakit sukar bernafa, lalau baginda pun putus nyawa. Maka oleh sekalian penggawa disuruh suratkan dalam 'Kitab Melayu' kepada:
HIDUP BAHASA MELAYU!