
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)
DARI LAMAN BLOG:
SELAMAT MENUNAIKAN HAJI
PERHIMPUNAN DI MASJIDIL-HARAM
Assalamualaikum,


Menyentuh artikel dalam akhbar arus perdana (Brita Harian) baru-baru ini yang mengeksploit isu ‘perhimpunan haram’ sebagai berlawanan dengan Islam, PRIMA merasakan persepsi yang dibuat bukan berdasarkan kajian ilmiah. Sekalipun penulisnya mempunyai motif tertentu, tetapi pada dasarnya memang keganasan berlawanan dengan Islam, sebaliknya ‘perhimpunan’ sukar ditafsirkan sama ada ianya haram atau sebaliknya. Kalau fakta ‘perhimpunan haram’ tak mendapat permit polis, justeru secara logik ‘permit polis’ pula perkara yang lain malah tak wajar dikaitkan Islam. Misalnya, ‘perhimpunan’ di Hudaibiyah dalam sejarah Islam ketika ‘isu pembukaan Mekah’ oleh Rasullullah tak pernah menerima permit polis (atau pihak berkuasa di Mekah). Begitulah!.

Penulis artikel terbabit berhak membuat rumusan apabila memberikan pandangan, tetapi sewajarnya mengelak daripada membuat eksploitasi yang mendorong kepada ‘perhambaan minda’ berterusan kepada bangsa Melayu. Kalau mahu membabitkan ‘jabatan agama’, saya juga pernah terbabit dalam mesyuarat ‘Majlis Agama Islam Negeri Sembilan’ 2003/2004, bagi membincangkan isu kenaikan ‘mas kahwin’. Berdasarkan keputusan minit mesyuarat 30 Oktober 2003 dan pekeliling jemputan mesyuarat Bil. (20) dlm PANS 196(04)482/1 bertarikh 19 Mac 2004/27 Muharram 1425H jelas menyebut Perkara 3 (c) dan (d) iaitu:

“Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan [tafsirnya: Pemberian itu ialah mas kahwin yang besar kecilnya ditetapkan atas persetujuan kedua pihak, kerana pemberian itu harus dilakukan dengan ihlas]. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”. Maknanya, jangan eksploitasi perkara yang diputuskan oleh Islam sama ada melalui mesyuawarah apalagi al-Quran semata-mata mahu he heh heh!
-Pak Dharma.
INFO HAK ASASI MANUSIA:
MENUNTUT PAMPASAN 4 TRILLION
MELAMBANGKAN KURANG MATANG

Langkah memfail saman menuntut pampasan 4 trillion Pound Sterling (RM27.7 trillion) daripada kerajaan British oleh Pasukan Tindakan Hak-Hak Hindu (Hindraft) dianggap tak logik, malah melambangkan ianya kurang matang, menurut Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz. Mengulas perhimpunan di hadapan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Jalan Ampang, Kuala Lumpur hari ini (25 November 2007) Dato’ Kamal Amir menyifatkan langkah tersebut seolah-olah masyarakat terbabit tak berminat menjadi warga negara Malaysia, ketika generasi sebelumnya bersusah payah memohon kerakyatan menerusi borang C, E mahupun G.


Seterusnya beritahu Dato’ Kamal Amir, adalah sia-sia pengorbanan generasi sebelum ini memohon kerakyatan apabila segelintir masyarakat mengungkit langkah kerajaan dan Raja Great Britain (British) mejadikan mereka warga negara Malaysia. Beliau menarik perhatian kepada tindakan drastik kerajaan Uganda di bawah Ide Amin satu ketika dulu, yang mengusir etnik Asia yang dibawa oleh Inggeris menjadi imigran di negara tersebut. “Disebabkan Ide Amin mengusir etnik dari Asia kerana tak menerima menjadi warga Uganda, justeru British terpaksa membawa mereka ke England dengan kerakyatan negara berkenaan,” jelas Dato’ Kamal Amir selanjutnya.
SEMBANG BERSAMA KU LI
‘DEKLARASI PERDANA’ AKAN DISERAH


Rumusan ‘Deklarasi Perdana’ yang diterima pada wacana bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 15 Ogos 2007 akan diserahkan sepenuhnya kepada semua pemimpin-pemimpin Melayu selewat-lewatnya Januari 2008, beritahu Sdr MSO. Buat masa ini katanya, sekretariat PRIMA sudah menghubungi pemimpin-pemimpin Melayu bagi mengadakan temu janji, sekiranya tiada temu janji teks ‘Deklarasi Perdana’ akan dikirimkan melalui pos berdaftar secepat mungkin. “Insya Allah teks ‘Deklarasi Perdana’ akan diserahkan kepada semua pemimpin-pemimpin Melayu,” ujar Sdr MSO menambah.
INFO SASTERA & BUDAYA:
PULANGKAN UMNO KEPADA ALLAH
MEMBINCANG KEBOBROKAN PIMPINAN

Buku setebal 384 halaman yang dijual pada harga RM25.00 itu diterbitkan oleh Parismatic Printing Services, sudah berada di pasaran sejak November 2007. Dalam beberapa bab buku berkenaan, Norzah turut mengupas kepimpinan Puteri UMNO, di samping kebobrokan yang dilalui Pergerakan Wanita di bawah Dato’ Seri Rafidah Aziz. Malah pada bab 17, pengarang buku ini mendedahkan persaingan antara Dato’ Seri Rafidah dan bekas Ketua Puteri Dato’ Azalina Othman Said dengan menampil tajuknya: RAFIDAH, AZALINA MUSUH BERPENJANGAN’. Sekalipun kritikan Norzah berdasarkan pandangan peribadi, tetapi ianya mempunyai fakta dari rungut di peringkat akar umbi. Begitulah!

KOMENTAR
Bersama Pak Parjo
KAJI SELIDIK YANG INDAH-INDAH
FAKTOR SOKONGAN BAWA PADAH

Kata sahibul hikayat akan laporan penganalisis politik pro UMNO pada dekad 1960-an menyebut, pilihanraya 1969 akan menguburkan beberapa buah parti pembangkang, malah Allahyarham Tun Dr Ismail juga mengakui ‘DAP akan gulung tikar’. Fakta ketika itu ialah kemenangan mutlak pada 1964, di samping perpecahan pakatan Parti Rakyat dan Parti Buroh dalam Sosialis Front (sebelum UMNO membuat National Front) pada 1965. Diikuti pula Parti Buroh memulaukan pilihanraya, PAP yang diusir ke Singapura terpaksa pula membentuk DAP yang serba goyah, goyang dan goncang. Begitu jugalah laporan sebelum pilihanraya 1999 dari Japan Network Broadcasting dalam tinjauan yang dibuat semuanya alahai, alahai, alahai!

Syahdan diberitahu oleh nenek moyang fakir dahulukala mengenai Sultan Abu Syahid yang dikuasai oleh Raja Rekan, keadaan di Melaka aman tenteram sekalipun meamanda Bendahara Seri Wak Raja mengakui rakyat tak puas hati dengan institusi istana. Sebermula Raja Rekan itu menerima laporan daripada kroni-kroninya, akan semua rakyat Melaka sentiasalah taat setia kepada rajanya. Hinggalah kepada suatu malam Bendahara Seri Wak Raja kononnya diminta menaiki gajah yang ditunggang raja, tapi tak diketahuinya Raja Kassim bersama Seri Nara Diraja Tun Ali mahu melanggar istana kira-kita tahun 1446, seperti disurat ‘Kitab Melayu’ yang diketahui oleh:

HIDUP BAHASA MELAYU!