Saturday, July 11, 2009

SUARA DARI REMBAU

Hospital daerah Rembau:
Janji pilihan raya UMNO?

Pimpinan PKR Negeri Sembilan Cikgu Badrul Hisham Shaharin mengingatkan wakil rakyat PKR supaya tak abaikan kepentingan rakyat menerusi laman blognya http://chegubard.blogspot.com/%20semalam (9 Julai 2009). Katanya, pelbagai respon diperolehi dari posting 'santai' dan 'satira' dalam masej serius yang bertajuk "Doa wakil rakyat anda mati untuk durian runtuh?" sila klik sini untuk baca lanjut. Apa yang salahnya mengenai artikel tersebut ? Jelas sekali rakyat tidak akan dipedulikan sebegitu rupa kalau tanpa pilihanraya. Bayangkan 6,000 baju sekolah, kasut, dan peralatan sekolah percuma di Manik Urai...bayangkan kalau tanpa PRK adakah perkara tersebut akan terjadi...begitu juga projek segera dan perbagai peruntukan dana khas lagi akan turun.Masalah yang selama ini tertangguh akan di selesaikan segera.

Justeru beliau menambah seterusnya, bagi UMNO yang penting bagaimana nak dapat kuasa dah dapat kuasa lantak lah apa nak jadi.....Yang penting wakil rakyat mati perlu diganti...kalau wakil rakyat hidup diganti tak jadi durian runtuh sebab pernah terjadi di Penanti, berdasarkan email Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Rembau, Rozmal Malakan pagi tadi juga cukup menarik untuk dikongsi, jelas beliau. Menurut Chegu Bard, "Rozmal membayangkan semua masalah di Chembong dan Rantau akan diselesaikan dengan segera jika wakil rakyat Rantau atau Chembong mati, termasuk masalah hospital Rembau."

Email Rozmal dilaporkan : Bagaimana agaknya keadaan Klinik Kesihatan di Rantau yang terbiar ini dan bila agaknya akan dibina Hospital di Rembau seperti yang dijanjikan sebelum ini jika berlaku Piliharaya Kecil di DUN Rantau dan DUN Chembong ? Siapa ya ADUN Rantau dan ADUN Chembong sekarang ni ?emailnya turut memuatkan beberapa link berita mengenai masalah yang tak selesai dan tak dipeduli oleh pemerintah di Rantau dan Chembong.... (sila klik tajuk untuk membaca lanjut)

MENJELANG PRK MANEK URAI 14 JULAI

Najib umum 11 berita gembira:
Sempena 100 hari jadi PM, konon...

11/07/2009 12:24pm
KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
11 perkara tersebut ialah:-

1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.

2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.

3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.

4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang

5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.

6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.

7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini

8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.

10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.

11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.

- Utusan

SMS DARI JAKARTA

Aktivis seni W.S. Rendra:
Terlantar di hospital Jakarta.
Dear all, budayawan & dramawan (atau aktivis teater) besar Indonesia: W.S. Rendra, saat ini sedang krisis (koma) di Rumah Sakit Persahabatan, lantai 2 (di Jakarta). Mohon doa & kiranya dapat meneruskan SMS ini kepada kawan-kawan lain. Terima kasih - Ezam Mohd Noor.

Rendra seniman besar Indonesia itu memang mempunyai ramai kawan di Malaysia, malah ikut terbabit dalam deklamasi puisi bersama 'reformasi'. Anak kelahiran Solo, Jawa Timur pada November 1953 terkenal dengan puisi-puisinya 'Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta', 'Pesan PencopetKepada Pacarnya', 'Sajak Seorang Tua', 'Bandung Lautan Api', 'Mencari Bapak' dan banyak lagi. Banyak karya-karya sajaknya sudah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris, di samping karya-karya dramanya yang mengkaumkan pengkritik termasuk 'Oedipus Rsx', 'Kasidah Berzanji', 'Perang Troya Tidak Akan Meletus' dan beberapa lagi.

MOHD AFFANDI HASSAN TERKILAN

Mengapa tak boleh marah Mahathir
Siapa yang bersalah mengenai PPSMI

Sdr. Dharmala NS yth.,

Saya terkilan sikit baca blog sdr. tentang sastera. Mengapa tak boleh marah Mahathir? PPSMI banyak timbulkan huru hara. Siapa punya angkara? Kalau Mahathir tak bersalah, siapa? Cuma nak pastikan saja, sesuai dengan pesan ulama: yang bersalah tetap bersalah, walaupun dia khalifah. Wassalam.

-Mohd. Affandi Hassan

INFO SASTERA & BUDAYA

PUISI

Akan Kelkatukah Jua

Malan ini hujan di Manek Urai
kelkatu berkerumun di setiap lampu
terjun masuk ke dalam hidangan
terjun masuk ke dalam pakaian
terjun masuk ke dalam mulut pelaung
terjun masuk ke dalam mulut pendengar
yang terlopong.

Manek Urai malam ini
selepas hujan kelkatu terjun
setelah menghurung lampu
dan akan kelkatu jugakah
rakyat Manek Urai
setelah mengerumuni sinar lampu
seribu satu janji-janji
syurga dan neraka
para algojo keesukan suatu bangsa.

Akankah kelkatu itu
tersangkut di lidah katak-katak
di kaki meja perundingan
agenda esuk
menempah pelabuhan mimpi.

-Yassinsalleh
jam 0110
Julai 11, o9
Kg Temelir, Pria
Manek Urai.