Wednesday, March 11, 2009

Anwar Ibrahim Bersuara...

NAJIB DG PENDEKATAN KEYNESIAN
SEKADAR PAKEJ RANGSANGAN OBAMA!


(Nota Pembukaan Ucapan Membahaskan Rancangan Ransangan Ekonomi Kedua Oleh Ketua Pembangkang Parlimen yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim)


Tuan Yang Di Pertua,


Saya ingin memulakan ucapan saya dengan menegaskan bahawa saya dan rakan-rakan bersedia melakukan apa sahaja demi untuk membela rakyat. Kami menyokong sebarang inisiatif untuk membantu rakyat. Ada di antara kami telah masuk penjara, dipukul dan disembur dengan gas pemedih mata demi memperjuangkan nasib rakyat. Elok kita buat perbandingan dengan apa yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semalam dengan apa yang berlaku di Amerika Syarikat. Kerana apa yang dilakukan tidak lain dari mengikut apa yang dilakukan oleh Presiden Obama. Obama mengambil pendekatan Keynesian, maka Menteri Kewangan juga mengambil pendekatan Keynesian.

Ramai yang terpukau dengan begitu besarnya pakej ransangan Obama, berjumlah USD 787 billion (RM 2.91 trillion). Tetapi Paul Krugman, pemenang Hadian Nobel ekonomi, dan ahli ekonomi Keynesian paling terkenal dewasa ini, mengatakan ia mulai “falling behind the curve.” Masalah dan krisis yang berlaku, jauh lebih besar dari pakej ransangan. Jelas sekali pakar ekonomi ini sedar persoalannya bukan sekadar jumlah dana yang besar dan kemudiannya digembar gemburkan oleh media. Persoalan sebenar yang harus diberi perhatian ialah ketelusan dan pertanggungjawaban institusi serta memecahkan tembok psikologi rakyat terbanyak, peniaga juga pelabur agar yakin dengan pengurusan ekonomi negara.


Ini ditegaskan oleh pemenang Hadiah Nobel terkemuka Amartya Sen yang mengutip pandangan Arthur Cecil Pigou, ” One of the problems…arising from financial mismanagement and other transgressions, has become many times magnified by a psychological collapse.”


INSIDEN ANWAR JUMPA PAK LAH:
MAULIDIR RASUL DI HULU LANGAT

Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi. Saya dijadual ke Madrasah Nurul Iman untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin. Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!
Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir. Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen.

YASSINSALLEH MENULIS...Audit Dedahkan Kroni PPSMI

RAHSIA PENDUKUNG PPSMI:
TENTANGAN RAKYAT BERASAS!

Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI): Laporan audit dedahkan kroni BN mengaut keuntungan menjangkau RM5 bilion. Alahai! Kenapa mahu berdolak dalih pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang bersungguh-sungguh pertahankan dasar PPSMI? Sekarang terbongkar apabila PPSMI menerima peruntukan RM4.99 bilion oleh kerajaan bagi tahun 2002 hingga 2008, dalam pelaksanaan dasar berkenaan ianya dimonopoli oleh syarikat-syarikat yang didominasi oleh kroni pemimpin-pemimpin UMNO. Justeru, inilah rahsia sebenar pendukung-pendukung PPSMI pertahankan pelaksanaannya, hingga sanggup menggadaikan maruah Bahasa Melayu untuk diperdagangkan.

Dalam laporan Ketua Audit Negara bagi 2007 jelas mendedahkan, Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan Kementerian Pelajaran untuk membuat perolehan peralatan secara rundingan terus dengan dengan Syarikat Time Engineering Berhad bernilai RM775.24 juta bagi tempoh 2003 hingga 2006. Di samping itu pada 20 September 2002, Kementerian Kewangan telah melantik 10 syarikat secara rundingan terus bagi membekalkan peralatan untuk program PPSMI melibatkan perbelanjaan RM826.72 juta kepada 9,441 buah sekolah. Justeru penentang pejuang-pejuang bahasa terhadap PPSMI adalah berasas, apabila UMNO/BN memperdagangkan Bahasa Melayu demi kepentingan kroni-kroni mereka.

INFO SASTERA & BUDAYA: L Mankadir Shamsi Mahu Jelajah Pahang

PERJUANGAN RAKYAT DITERUSKAN:
PPSMI AKAN DIKUBURKAN DI PAHANG

Add Image

oleh: L Mankadir Shamsi

Badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan individu yang bersama-sama mendukung perjuangan mansuhkan PPSMI (pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris) diseru supaya bersatu. Jangan undur sehingga kita berjaya menghapuskan kepongahan, keperongosan dan kebebrantakan UMNO/BN. Kita semua perlu mengembling tenaga 'kalau berdepan sama bercarik dada, kalau berpusing sama terbengah belakang'. Maknanya, pejuang-pejuang bahasa semua bersedia terlentang sama-sama kita menadah embun; tertangkup sama-sama kita meraup pasir'.

Justeru saya akan menjelajah ke seluruh Pahang untuk mendapatkan sokongan orang ramai, di samping boleh mendapatkan lokasi bagi menganjurkan majlis perjumpaan dalam perjuangan mansuhkan PPSMI. Harap ianya mendapat sokongan dari sahabat-sahabat di Kuala Lumpur, terutama PRIMA yang sudah menggerakkan penentangan lebih awal dengan hanya 10 orang sahaja aktivis. Selepas PRIMA mara ke hadapan sejak Jun 2007, pejuang-pejuang bahasa ikut sama 'melenggang sama menghayun langkah, melonjak sama menggapai tangan'. Insaya Allah, selepas menikmati 'gas pemedih mata' 7 Mac 2009 yang lalu, sekarang saya akan meneruskan langkah demi langkah, dan demi langkah...!

INFO SUARA PROLITAR...

AGENSI YANG DIDAULAHKAN:
SEKADAR HEH HEH HEH IKUT TELUNJUK!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memang macam heh heh heh, ikut telunjuk parti politik si polan-si polan. Bukan sahaja sekadar heh heh heh, ikut telunjuk tetapi macam si pembajak yang dikemilikan (dikasi). Tak apal-apa lagi yang boleh kita harapkan daripada satu agnesi yang didaulahkan, kerana segalanya sudah dimusnahkan oleh UMNO/BN, kerana kerakusan mahu memegang kuasa. Apalagi UMNO/BN tak belajar dengan seseorang yang mampu bertahan 22 tahun pun, perlu turun juga sekalipun berusaha mahu mempertahankan kedudukan dan kuasa. Banyak tindak tanduk SPRM sekarang, lebih cenderung kepada heh heh heh, yang iktu telunjuk! - (Ahmad Nizam Hamid, Temerloh, Pahang).

KES ANWAR IBRAHIM 'BERUNSUR POLITIK'...

'PENDAKWAAN POLITIK' KALI KEDUA:
WIBAWA KEHAKIMAN 1999 KEMBALI SEMULA
Mahkamah Sesyen semalam (10 Mac 2009) memindahkan kes perbicaraan Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi sekalipun ianya mendapat bantahan keras dari pasukan peguambela Dato' Seri Anwarr. Peguam Sulaiman Abdullah memfailkan bantahan awal memohon keputusan tersebut didengar di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah, ironinya ditolak Hakim Rozana Ali Yusoff yang mendengar prosiding di Mahkamah Sesyen atas alasan Komathy dilaporkan bercuti. Peguamcara II, Yusof Zainal Abiden telah memohon supaya kes tersebut dipindahkan selepas hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Zabidin Md Diah memutuskan sijil pemindahan kes yang ditandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, boleh diterima di bawah Seksyen 418A Kanun Prosedur Jenayah.


Bagaimanapun dalam hujahnya Sulaiman memberitahu di bawah seksyen tersebut, kes berkenaan sepatutnya dijalankan di hadapan hakim yang mendengarnya (Komathy).
Sebaliknya Yusof pula berhujah mahkamah harus memindahkan segera kes tersebut kerana Rozana hanya membantu dan mahkamah harus menerima apa juga perintah atau penghakiman yang telah dibuat. Sulaiman yang membantah mengulangi dakwaannya, seksyen berkenaan memberi arahan khusus kes itu disebut di hadapan hakim yang mendengarnya (Komathy).
Rozana bagaimanapun menolak bantahan Sulaiman dengan menegaskan perintah telah dibuat, justeru mahkamah tak perlu menunggu Komathy balik bertugas.

Beliau seterusnya menambah, tak wujud prejudis terhadap kes tersebut jika ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada hari tersebut. Sebaliknya Dato' Seri Anwar melahirkan rasa kecewa di samping mendakwa keputusan tersebut diklasifikasikan sebagai ‘pendakwaan politik’. Menurut beliau, fokus utama Pakatan Rakyat sekarang ialah isu pergolakan politik di Perak serta tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Kata Dato' Seri Anwar, tindakan hakim yang kelihatan cukup terburu-buru untuk memindahkan kes perbicaraan tersebut.


Pada 6 Mac lalu, notis rayuan berhubung keputusan Hakim Zabidin — yang membenarkan permohonan pemindahan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi oleh pasukan pendakwaan – telah difailkan oleh pasukan peguambela Dato' Seri Anwar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan. Malah pada 7 November 2008, Hakim Komathy menolak permohonan untuk memindahkan kes tersebut, dengan menmegaskan, “Kes ini menimbulkan situasi yang unik di mana sebarang pembabitan Abdul Gani Patail dalam kes berkenaan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kehakiman kes jenayah”.


Komathy juga dilapor berkata, terdapat persefahaman bahawa Abdul Gani Patail tidak akan terbabit dalam kes ini. Jaminan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad selepas ditemui Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Abdul Gani masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR), ekoran laporan polis yang dibuat oleh Anwar yang mendakwa berlaku pengubahan bahan bukti dalam kes ‘mata lebam’ pada 1988. Perbicaraan ditangguh ke tarikh 1 hingga 24 Julai akan datang dan jaminan bon peribadi dilanjutkan sepanjang prosiding.

KOMENTAR: bersama Pak Parjo

ISTERI ORANGKAYA TAKLAH IA:
MENCAMPURI URUSAN SUAMINYA.

Sekali persetua akan isteri Orangkaya Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkatalah ia mengenai dirinya tak pernah mencampuri urusan pentadbiran suaminya, seperti diberitahu penitir-penitir canang yang menghadiri persidangan wanita (Women of Independence 2009), adanya. Arakian isteri Orangkaya itu mengakui, suaminya mahu bekerja kuat (itupun selagi badan sihat, kalau melepek, wallahhu'alam). Maka Datin Seri Rosmah pun menyuruh wanita melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu, bagi mencapai sasaran 30 peratus wanita pembuat keputusan dalam berbagai-bagai pekerjaan. Syahdan akan Orangkaya Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tak sampai sepurnama lagi akan menjadi Orangkaya Perdana Menterilah ia gerangannya. Heh heh heh!

Sebermula akan Tun Fatimah disebut orang raja perempuan besar, tetapi apabila ia hamil dibuangnya. Maka titah Sultan Mahmud dengan Tun Fatimah, "Mengapa maka tuan hamil maka dibuangkan? Tiada sukakah tuan beranak dengan beta?" Maka sahut Tun Fatimah, "Apatah kerja raja beranak dengan beta lagi kerana anak raja yang kerajaan telah ada?" Maka titah Sultan Mahmud, "Jika tuan hamil sekali lagi, janganlah dibuang, jikalau ia laki-laki ialah kita rajakan." Arakian akan Tun Fatimah selepas itu hamillah ia, maka tiadalah dibuangnya kerana Tun Fatimah sekali-kali taklah mencampuri urusan suaminya memerintah Melaka, sekadar mahukan anaknya dirajakan sahaja seperti disurat dalam 'Kitab Melayu' daripada:












HIDUP BAHASA MELAYU.