Monday, July 20, 2009

Orang politik menyibuk nak mansuh...

Jika UPSR medan berlumba:
Wibawa pusat kurikulum tercabar

oleh: Cikgu Fadzli, 20 July 2009

Lapor utusan semalam yang menyebut tokoh politik menggesa supaya dimansuhkan mungkin ada pro dan kontranya. Jika ukuran UPSR sebagai medan perlumbaan merebut kouta masuk SBP mungkin ada relevannya. Namun jika mahu diukur saranan supaya subjek sejarah diajar di sekolah rendah mungkin pelik bunyinya. Kewibawaan Pusat Perkembangan Kurikulum mungkin tercabar jika saranan sejarah mahu diambil kira supaya diajarkan di sekolah rendah

Sebab orang politik pandai berkata dan mencadangkan itu dan ini walhal bukan mereka yang melaksanakan kerja. Modal air liur sesetengah golongan yang mahu melonjakkan status politik sering menjadikan isu pendidikan sebagai turning point kerjaya politik. Maklumlah, kementerian pelajaran besar pengaruhnya. Jika sebelum ini pun kouta kemasukan ke SBP siapa yang banyak sapu, kebanyakan orang miskin atau luar bandar payah memperolehi tempat.

Berapa banyak lagi mata pelajaran yang perlu dibawa di sekolah rendah. Pernah atau tidak kita mengkaji sebelum bercakap. Asal ada masalah semua mahu dilambakkan ke sekolah. Kelab itu dan ini. Subjek itu dan ini. Semua lambak ke sekolah. Agaknya jika guru kumpulan A sudah berpolitik, sesuai agaknya buka kelab penyokong parti politik pula di sekolah...apa pendapat semua? - www.cikgumalaysia.com

JANGAN MELAYUKAN SPRM, POLIS


UMNO wajar jaga imej SPRM
Bukan jadikan kuda tunggangan

oleh: Irwan Muhammad Zain Mon Jul 20, 09 5:10:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - PAS memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin Umno agar tidak 'Melayu'kan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Naib Presidennya, Salahuddin Ayub menegaskan, pemimpin Umno sepatutnya menjaga imej dan integriti SPRM dan polis bukannya menjadikan kedua-dua institusi tersebut kuda tunggangan mereka. Beliau juga menegaskan, pemimpin Umno sepatutnya tidak menjadikan kematian misteri Teoh Beng Hock di pejabat SPRM Selangor sebagai isu perkauman kerana tidak kira Melayu, Cina atau India jika berlaku kematian ia melibatkan kehilangan nyawa rakyat Malaysia.

"Kita (PAS) beri amaran kepada pihak-pihak tertentu agar tidak 'Melayu'kan SPRM dan Polis dan jangan jadikan kematian Teoh sebagai isu perkauman. "Pemimpin Umno dan BN sepatutnya menjaga imej dan integriti SPRM dan polis dan tidak menjadikan kedua institusi ini kuda tunggangan mereka," tegas Salahuddin. Beliau seterusnya menegaskan, usaha beberapa pihak yang cuba menyalahkan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai melemahkan orang Melayu bila menuntut keadilan di atas kematian Teoh, sebenarnya telah menjatuhkan maruah orang Melayu.

Lebih buruk lagi, tegas Salahuddin bila ada pihak yang cuba menjadikan isu ini sebagai isu perkauman. Beliau menyifatkan usaha menjadikan kematian Teoh sebagai isu perkauman dengan tujuan membangkitkan kemarahan kaum Cina terhadap orang Melayu sebagai satu tindakan terdesak BN yang semakin hilang sokongan. Umno-BN, tegas beliau masih lagi leka dengan budaya politik perkauman yang lapuk sedangkan rakyat sudah pun beralih ke politik baru yang tidak membezakan mana-mana kaum sebaliknya lebh mementingkan kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. - mns _

KALAU SIASATAN TELUS, SPRM BOLEH HEH HEH HEH!

Polis siasat pejabat SPRM
Beberapa dokumen bukti diambil



Oleh Wan Jailani Razak, Norfatimah Ahmad dan Rafidah Mat Ruzki bhnews@bharian.com.my

SHAH ALAM: Polis semalam mengambil beberapa lagi bahan bukti termasuk dokumen dan perkakasan komputer dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam di sini, bagi membantu merungkai misteri kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock. SPRM pula menangguhkan sementara siasatan kes salah guna peruntukan membabitkan 12 Ahli Dewan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Selangor supaya tidak mengganggu siasatan polis berhubung punca kematian Teoh. Pengarah SPRM Selangor, Jaafar Mahad, berkata pihaknya sedia bekerjasama dan memberi apa saja maklumat untuk membantu polis menyelesaikan siasatan kes itu. (Gambar, polis membawa beberapa dokumen dan komputer dari pejabat SPRM sebagai bukti kes kematian Beng Hock)


"Mulai jam 8.30 malam Jumaat lalu hingga jam 6.30 pagi hari berikutnya, 16 pegawai SPRM sudah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan pada Sabtu pula, mereka (polis) datang ke pejabat kami untuk mengambil dokumen berkaitan kes salah guna peruntukan wang Adun dan Exco yang disiasat," katanya ketika dihubungi Berita Harian. Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat 5, Plaza Masalam, Khamis lalu, beberapa jam selepas disoal siasat SPRM bagi membantu siasatan kes salah guna peruntukan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. POLIS meninjau dari tingkap pejabat SPRM di Plaza Masalam ke lokasi mayat Teoh ditemui.

Teoh, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, dipanggil ke Pejabat SPRM pada jam 5 petang, Rabu lalu dan disoal siasat sehingga jam 3.45 pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemui seorang pencuci di plaza berkenaan pada 1.30 petang. Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis belum mengetepikan teori kemungkinan ada perbuatan khianat di sebalik kematian Teoh, walaupun laporan awal bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah, berkata pemeriksaan semula polis di plaza berkenaan mendapat kerjasama penuh SPRM. (Gambar, polis menyiasat tingkap misteri di bangunan pejabat SPRM)

Sambil tidak menolak kemungkinan polis akan melakukan lagi pemeriksaan selepas ini, beliau menjelaskan kunjungan pasukannya ke pejabat suruhanjaya itu semalam hanya sebagai lawatan semula dan bukan serbuan. Kira-kira 10 hingga 15 pegawai makmal forensik Maktab Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras dan pasukan penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, melakukan siasatan hampir tiga jam di pejabat suruhanjaya itu di tingkat 14 plaza berkenaan, bermula kira-kira jam 5 petang semalam. Selain Omar, Ketua Siasatan Jenayah Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Kamaruddin Ismail, turut dilihat memasuki plaza berkenaan.

ENAM SEBATAN MINUM ARAK

Minum arak: model terima
Enam sebatan denda RM5 ribu

20/07/2009 5:59pm

KUANTAN 20 Julai - Seorang model menerima hukuman enam sebatan selain denda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah meminum arak pada 11 Julai tahun lalu.Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas menolak rayuan model pelancongan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang berasal dari Sungai Siput, Perak. Hakim Abdul Rahman juga memerintahkan Kartika Sari Dewi menjalani hukuman penjara selama tiga tahun jika gagal membayar denda. - Utusan.

RUPA-RUPANYA PAHANG JUGA ADA KEMISKINAN...


Keluhan penduduk dipapar TV:
Nasib Kampung Batu Balak, Jerantut

Secara tak sengaja saya menonton laporan TV 'buletin tengah hari' (20 Julai 209), macam tak percaya pula dengan paparan menenai keluhan penduduk di Kampung Batu Balak, Jerantut termasuk juga bekas ketua kampungnya. Selama ini TV menampilkan kemiskinan di Kelantan sahaja, seolah-olah negeri termundur kerana menolak UMNO. Rupa-rupanya Kampung Batu Balak, Jerantut itu terletak di negeri Pahang; apalagi negeri yang berbangga dengan Perdana Menterinya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak adalah anak kelahiran negeri Pahang. Penduduk-penduduknya bergantung kepada jalan kayu balak untuk ke pekan berdekatan, kerana 'tak larat' lagi menggunakan sungai (pengangkutan air). - (Gambar hiasan, lebih kurang macam inilah jalan laluan ke Kampung Batu Balak yang dipaparkan TV)

Jerantut bumi kelahiran Tok Gajah Imam Rasu dan anaknya Mat Kilau, tiba-tiba sahaja tak menikmati pembangunan yang dibangga-banggakan setelah 51 tahun merdeka (sebulan lagi akan masuk tahun ke 52). Ketika Pahang berbangga dengan pejuang-pejuang gerakan nasionalisme yang berani sama ada Dato' Bahaman,Tok Gajah Imam Rasu, Mat Kilau atauIbrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Mohd Yassin Salleh, Dato' Abu Samah Ali; apalagi Tun Abdul Razak, Dato' Abdul Rahman Talib, Tun Ghazali Shafie dan Tan Sri Yahaya Mohd Seth - tiba-tiba keluhan penduduk di Kampung Batu Balak tersebar di TV berikutan tak mempunyai prasarana. Aduhai! - Pak Dharma. (Gambar hiasan, jambatan dilalui juga mirip kepada fenomena begini)

SURAT PILIHAN DARI EMEL

Suami anda tak beri nafkah:
Rupanya lelaki tak sebijak mana
oleh: Saadiah Awek

Pagi Jumaat yang penuh barakah ini, saya ingat mendapat pendapat kaum Adam, andai saudara menjadi "isteri" apa yang akan saudara lakukan dalam keadaan sosial dibawah ini:1. Suami anda tak pernah memberi nafkah sejak bernikah? (Dalam sijil nikah mengatakan lebih empat bulan tak bersama dan beri nafkah zahir batin boleh jatuh talak.) Saya akan ajak suami berunding dan tanya kenapa dia tak beri nafkah. Tapi ada pelik di sini, kalau sejak nikah tak pernah beri nafkah ( batin) dari mana pula datangnya anak2 ( rujuk soalan 3) mungkin juga anak2 angkat agaknya. 2. Suami anda lebih pentingkan kawan2nya dari diri anda? (Kalau sebelum nikah sering telefon kini sunyi, sebelum nikah emel panjang berjela kini tiada lagi, walau anda sering menyuruh suami anda untuk beremel pada anda seperti dulu2...sering kepenatan???)
Saya akan bersangka baik pada suami dan mencari jalan untuk membuat diri saya jadi lebih penting dari kawan-kawan suami saya. Saya akan selalu menilai diri saya dan berikhtiar dan berusaha utk membuat diri saya dan anak-anak menjadi begitu penting dalam hidup suami. Saya akan seperti dulu sering menelefon dan email kepada suami...malah akan sering menghantar kata-kata penuh romantis kepada beliau. 3. Jarang ambil tahu tentang keadaan anda dan anak2 anda? Saya akan selalu msg atau email kepada suami menceritakan perkembangan anak-anak, termasuk keperluan mereka dan juga tarikh-tarikh atau peristiwa penting kepada anak-anak yang perlu pengelibatan suami. 4. Sukar menghubungi suami anda bila outstation? Saya akan selalu meninggalkan pesanan ringkas ( sms )
5. Suami anda selalu saja sibuk namun tak nampak peningkatan? Secara amnya tahulah saya bahawa suami saya tidaklah sebijak mana, jika dia bijak dan mempunyai kualiti yang baik tentulah beliau telah begitu meningkat ( dlm karier dan ekonomi ) berdasarkan dari "kesibukan" beliau. Saya akan melihat ini sbg satu peluang untuk saya lebih menonjol dalam karier dan ekonomi saya berbanding dgn suami untuk membuat diri saya lebih penting di mata suami . ( mungkin bantuan sumbangan dari segi ekonomi untuk sekeluarga terutama anak-anak) 6. Suami anda suka berhutang? Saya akan berbincang dgn suami dan mencari penyelesaian terbaik. Juga akan menilai suami berhutang untuk apa? Jika lebih kepada untuk keperluan rumahtangga, saya akan cuba membantu beliau.
7. Bila dirumah handphone dimatikan atau silent mode? Saya bersangka baik pada suami dan fikir bahawa suami saya tak mahu diganggu semasa dia bersama saya dan anak-anak di rumah. Saya akan mengambil peluang ini untuk lebih memberikan layanan yang terbaik untuk suami 8. Anda terjumpa gambar wanita dalam tas suami anda, apa reaksi anda? (Sedangkan gambar anda tak pernah suami anda bawa???) Saya akan tukarkan gambar wanita itu dengan gambar saya dan anak-anak, buat kejutan sikit. kalau suami tanya mana gambar wanita itu atau kenapa saya buat begitu, barulah saya tanya apa hubungan suami dgn wanita itu.
Saya tak marah suami kerana mungkin dia menyukai wanita itu, tetapi bertanya adakah suami MAMPU zahir dan batin dan berlaku adil untuk mengambil wanita itu sebagai isteri kedua. Jika tidak mampu saya akan nasihatkan suami supaya memulangkan semula gambar wanita itu. Jika suami kata beliau mampu saya akan mengingatkan suami tentang " amanah" baru yang akan beliau terima di mana beliau akan di soal di Masyar tentang segala yang berkaitan dengannya. Apa yang akan saudara lakukan dalam keadaan seperti diatas ini.Seterusnya dan di atas segalanya saya akan selalu bermunajat dan memohon doa dari Allah SWT agar menyelamatkan rumahtangga kami dan membuka pintu hati suami untuk menjadi suami yang bertanggung jawab dan menjadi ketua keluarga yang hidup mencari keredhaan Illahi.
Jutaan terima kasih atas pendapat saudara ini dapat membantu survey saya.Jazakallahu khairan kathiran.Selamat menunaikan solat Jumaat moga saudara2 menjadi pemimpin yang soleh, jujur dan amanah (jauhi sifat munafiq kerna akan rosak segala amalan soleh kita nauzubillah min zaliik) pada keluarga dan masyarakat yang menegakkan Amar Maaruf Nahi Mungkar, berilmu dan berakhlaq mulia menjadi kebanggaan umat Nabi Muhammad SAW yang menyumbang pada kebangkitan Islam amiin ya robbal alamiin.Salam hormat.

SEKALI PERSETUA...

Bersalahan pada Kanun 11(4):
Kalau memurtadkan orang Islam

Sebermula tersebutlah di negeri Melayu itu penitirpenitir canang yang berani mendedahkan perkara benar, maka akan dipanggil oleh anak-anak buah Temenggung Seri Maharajalela untuk disoal siasat. Arakian penitir-penitir canang yang mendedahkan 'kedai makan berahi', maka dikatakan memfitnah, begitu juga percubaan memurtad orang Islam di sebuah gereja, dituduh pula mahu menceroboh, adanya. Maka berkatalah akan Orangkaya Kulim Bandar Bahru Zulkifli Nordin yang juga seorang hulubalang pembela adapun memurtadkan orang Islam oleh rakan-rakan bukan Islam bersalahan ia pada Kanun 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Maka kata Orangkaya Zulkifli itu lagi, "Jika benar ada percubaan untuk memurtadkan remaja Islam kepada Kristian, jalan terbaik adalah menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk melakukan dan mengambil tindakan." Orangkaya itu mengingatkan, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menceroboh hak peribadi dan rumah ibadat penganut agama lain malah ketika perang Nabi Muhammad s.a.w sendiri melarang tentera Islam daripada memasuki dan menganggu rumah ibadat agama. Heh heh heh!

Syahdan maka dengan takdir Allah taala lembu kenaikan baginda itu pun muntahkan buih, maka keluarlah daripada buih itu seorang manusia laki-laki dinamai Bat dan destarnya terlalu besar. Maka Bat sendiri berdiri memuji-muji Sang Sapurba, maka bunyi pujinya itu serba jenis kata yang mulia-mulia. Syahdan maka raja itu pun digelar oleh Bat itu Sang Sapurba Taramberi Teribuana.Adapun Bat itulah daripada anak cucunya asal orang yang membaca ciri dahulukala. Maka Nila Pahlawan dan Kerishna Pendeta pun dikahwinkan Bat dengan Wan Empok dan Wan Malini. Gerangannya kerana mudah sangat percayakan buih lembu itulah anak-anak remaja Melayu juga mudah dimurtadkan seperti diperbuat orang pantun:

Bat keluar muntah lembu
Sang Sapurba menjadi raja
Biar terbakar hujung sumbu
Gelap gelita dalam gereja

Oleh yang demikian sekalian orang banyak pun menyuratkan 'Kitab Melayu' daripada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

SEKILAS PANDANG...

Respon pimpinan UMNO:
Perhimpunan mansuh ISA






Perhimpunan mansuh ISA 1 Ogos 2009 ini, mula menerima respon daripada kalangan UMNO sendiri termasuk bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Memang segelintir aktivis UMNO cuba pertahankan ISA, barangkali bimbang dengan perubahan sama ada 'mansuh' atau 'dikaji semula' boleh menjejaskan kerjaya politik mereka. Malah dalam UMNO sendiri apabila berlaku anjakan pimpinan amat jelas ianya 'sekali air bah, sekali pasir berubah; sekali raja mangkat, sekali resam bertukar'. Apalagi yang berjawatan menteri kehilangan status, mereka yang berkedudukan YB juga tak berpeluang lagi meneruskan kerjaya pada pilihanraya berikutnya.

ISA sendiri pernah dipinda pada dekad 1960-an, malah ianya menerima sokongan dari PAP (ketika itu Singapura masih di dalam Malaysia). Sokongan juga turut diberi oleh parti yang mewarisi lestari PAP hingga menjelang pilihanraya 1969. Ketika itu mangsa ISA adalah pimpinan PAS, Front Sosialis (Parti Buruh dan Parti Rakyat) dan aktivis masyarakat. Dato' Ahmad Boestamam adalah mangsa ISA dan Akta Darurat yang paling lama merengkok dalam dalam tahanan tanpa bicara sejak kolonial British atas dakwaan 'mengancam keselamatan awam'. Ironinya, selepas Pak Boes ditahan pada 1948, kekacauan tetap berlaku di seluruh negara.

Kepongahan, keperongosan dan kebobrokan polis pula ketika itu, menyebabkan Askar Melayu menerima risiko disebabkan mereka menggerakkan operasi ke hutan-hutan. Dalam wawancara bersama Allahyarham Jeneral (B) Tengku Osman Mohd Jewa pada 1983 bagi menyiapkan manuskrip 'Askar Melayu 50 Tahun' saya diberitahu mengenai penat jerih Askar Melayu di kem Bentong, Pahang mnggerakkan operasi. Militan yang ditawan tak boleh dibunuh, sebaliknya diserahkan kepada polis untuk perbicaraan di mahkamah. Menurut Tengku Osman, sekitar dekad 1940-an beliau berpangkat Kapten, apabila di bawah ke mahkamah biasanya militan terbabit dibebaskan kerana pihak polis tak mampu memberikan bukti.


Keadaan menjadi rumit sekiranya pihak militan mengunakan khidmat peguam Jayasuria yang popular pada period kolonial British, kata Tengku Osman. Maknanya, Askar Melayu menjadi serba salah bagi menawan militan kerana apabila diserahkan kepada polis, mereka akan bebas dalam perbicaraan. Sebaliknya apabila keamanan tercapai 'lembu punya susu, sapi dapat nama', malah ini yang berlaku dalam isu ISA. Justeru ISA yang dipertahan sejak period penjajah pada 1948, tak pernah memberi kredit kepada Askar Melayu yang menggerakkan operasi, diserang hendap, malah menjadi mangsa darurat. Gerakan massa dalam perhimpunan mansuh ISA pada 1 Ogos 2009 ini, seharusnya menjadi turning point 'kok mengerat berlandas; kok melompat bersetumpu'. Heh heh heh!

-Pak Dharma

INFO KEPONGAHAN YAHUDI

Israel reject US call


By AMY TEIBEL, Associated Press Writer – 15 mins ago


JERUSALEM – Israel on Sunday rejected a U.S. demand to suspend a planned housing project in east Jerusalem, threatening to further complicate an unusually tense standoff with its strongest ally over settlement construction.Israeli officials said the country's ambassador to Washington, Michael Oren, was summoned to the State Department over the weekend and told that a project made up of 20 apartments developed by an American millionaire should not go ahead. Settlements built on captured lands claimed by the Palestinians have emerged as a major sticking point in relations between Israel and the Obama administration because of their potential to disrupt Mideast peacemaking. (Pix - AP - A Palestinian woman walks next to the Shepherd Hotel in East Jurusalem, Sunday, July 19, 09)

Although Prime Minister Benjamin Netanyahu recently yielded to heavy U.S. pressure to endorse the establishment of a Palestinian state, he has resisted American demands for an immediate freeze on settlement expansion. On Sunday, Netanyahu told his Cabinet there would be no limits on Jewish construction anywhere in "unified Jerusalem." "We cannot accept the fact that Jews wouldn't be entitled to live and buy anywhere in Jerusalem," Netanyahu declared, calling Israeli sovereignty over the entire city "indisputable." "I can only imagine what would happen if someone suggested Jews could not live in certain neighborhoods in New York, London, Paris or Rome. There would certainly be a major international outcry," Netanyahu said.

The international community considers Jewish neighborhoods in east Jerusalem to be settlements and an obstacle to Israeli-Palestinian peacemaking because they complicate a possible division of the city. Israel does not regard them as settlements because it annexed east Jerusalem after capturing the area in 1967. The annexation has not been recognized internationally. East Jerusalem is an especially volatile issue because it is the site of key Jewish, Christian and Muslim holy sites. The Palestinians want the traditionally Arab sector of the city to be the capital of their future state.

Speaking Sunday in New Delhi, U.S. Secretary of State Hillary Rodham Clinton said the administration was trying to reach an agreement with the Israelis on settlements. "The negotiations are intense. They are ongoing," she said. Nearly 300,000 Israelis live in West Bank settlements, in addition to about 180,000 Israelis living in Jewish neighborhoods in east Jerusalem.