Sunday, July 5, 2009

SEKALI PERSETUA...

Orangkaya MB Kelantan:
Beriya-iya nak jumpa Najib

Sebermula tersebutlah ceritera tuan yang empunya cerita maka Mursyidul Am harakah Islam (PAS), Orangkaya Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berhasrat bertemu Orangkaya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak terlebih dahulu sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan perbahasan dengan Perdana Menteri menjadi kenyataan. Adapun akan Orangkaya Dato' Seri Najib itu sudah menjelaskan tak mahu ia berbahas. Maka berasa hairanlah fakir kerana Orangkaya Menteri Besar Kelantan itu mahukan pertemuan empat mata itu bertujuan untuk membincangkan garis panduan perbahasan itu. Arakian kalau Orangkaya Dato' Nik Aziz berulang-ulang menyebutnya, maka akan akan menimbulkan fitnah yang lain pula, adanya.

Kata sahibul hikayat maka tersebutlah perkataan Raja Legor, Maharaja Dewa Sura namanya, disuruhkan raja Siam menyerang Pahang. Maka Maharaja Dewa Sura pun berlengkap, kira-kira dua keti rakyat dibawanya. Maka kedengaranlah ke Pahang, maka Sultan Abdul Jamil, raja Pahang menyuruh membaiki kota, parit, menghimpunkan rakyat dan mengerahkan segala orang masuk kota. Maka khabar raja Legur disuruh Siam menyerang Pahang itu kedengaranlah ke Melaka, kerana berperang itu tak sama dengan berbahas. Arakian Sultan Mahmud pun memanggil Bendahara Seri Maharaja, dan segala menteri hulubalang. Maka titah Sultan Mahmud, "Pergilah Bendahara dan segala menteri hulubalang membantu Pahang,". Oleh yang demikian orang banyak pun memperbuat nyanyi:

Kota Pahang di makan api
Antara Terengganu dengan Kelantan
Kalau berang jangan mengapi-api
Sama Melayu sama anak jantan.

Syahdan maka disuruh orang suratkan di dalam 'Kitab Melayu' kepada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

SEKILAS PANDANG...

Pengundi muda di Manek Urai
Faktor kemenangan kepada calon



Besok (6 Julai 2009) penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Manek Urai di Kelantan dengan pengundiannya 14 Julai. Sekalipun ditakdirkan calon Bebas tampil menguji pengaruh, tetapi persaingan sebenar adalah antara PAS dan UMNO. Dalam tinjauan http://www.harakahdaily.net/ PAS dikatakan menguasai kelompok pengundi muda yang mendominasi 45.5% pengundi di DUN Manek Urai atau 5,598 daripada sejumlah 12,293. Menurut analisis harakahdaily, ini dapat dibuktikan apabila ramai golongan belia menyertai program konvoi bermotor semalam, ia disertai lebih 300 anak muda yang layak mengundi di Dun Manek Urai.

UMNO juga melahirkan keyakinan seperti disebut http://utusan.com/ apabila Menteri Pepaduan dan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Senator Dato' Seri Shahrizat Jalil menyeru pengundi pada Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai ini memberi isyarat bahawa mereka tidak mahu lagi berterusan begini, iaitu tanpa peruntukan yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan tegar di Kelantan akan bertambah parah. “Jika tiada bantuan dari kerajaan BN, (kerajaan Kelantan) dah tutup kedai lama dah. Pada tahun 2007 kita belanja dekat RM27 juta. Perbelanjaan negeri hanya RM10 juta. “Tahun lepas kita belanja RM41 juta, dia hanya RM11 juta. Tahun ini saja kita dah belanja RM21 juta dia, dia baru RM2 juta tapi riuh rendah cerita dalam ceramah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 106 penerima yang terdiri daripada kumpulan sasar kementerian berkenaan di Kampung Laloh, di sini.

Terlalu rendah Shahrizat meletakkan nilai maruah penduduk Kelantan dengan peruntukan kewangan berjuta-juta ringgit seolah-olah boleh membeli DUN Manek Urai. Malah seperti diakui oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan nilai RM200 seorang, AJK UMNO di sebuah Bahagian di Kedah menyingkirkan beliau dari perwakilan 7 ke Perhimpunan Agung UMNO. Aduhai! Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas. Penamaan calon akan diadakan esok dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai.
Petang ini (5 Julai 2009) ketika teh tarik di sebuah warung di Taman Seri Gombak, seorang bekas pimpinan veteran UMNO Bahagian di Selangor, masih kecewa dengan 'politik wang' dalam UMNO yang menyebabkan parti itu hampir-hampir 'tutup kedai'. Beliau juga merungut dengan barisan pimpinan UMNO Selangor, seolah-olah anak-anak Selangor tak mampu untuk memikul amanah dan tanggungjawab. Kalau mahu membawa perubahan biarlah daripada baik kepada 'lebih baik', bukan dari buruk kepada 'bertambah buruk'. Justeru kata pimpinan veteran itu, pimpinan Pusat sendiri perlu turun ke peringkat Cawangan untuk mendengar sendiri suara di peringkat umbi. 'Politik wang' perlu dihapuskan di semua peringkat, termasuk juga menyalurkan peruntukan berjuta-juta ringgit pada setia kali pilihanraya. Begitulah!

-Pak Dharma

MENTERI LUPA BN PERINTAH KELANTAN 78-90

Shahrizat salur beribu-ribu:
Menjelang PRK Manek Urai

Bernama - 05/07/2009 5:36pm

KUALA KRAI 5 Julai — Pengundi di Manik Urai perlu menolak calon PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai isyarat bahawa mereka tidak mahu terus hidup dalam serba kekurangan di bawah kerajaan negeri Kelantan yang tidak mampu menjaga kebajikan rakyat negeri itu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil lapor BERNAMA. Pengundi di Manek Urai tentunya lebih mengenal hati budi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berbanding Shahrizat yang sudah dihukum oleh pengundi di Lembah Pantai.

Menurut Shahrizat kerajaan negeri juga gagal menyelesaikan masalah kemiskinan tegar yang melingkari kebanyakan penduduknya sejak hampir 20 tahun menguasai Kelantan dan hanya bergantung kepada peruntukan yang diberi kerajaan pusat, dengan tak menjelaskan sama ada kerajaan pusat mengutip atau tidak hasil mahsol negeri Kelantan. “Pusing-pusing saja di Kelantan, lihat sendiri, Manik Urai lagi teruk," beritahu Shahrizat dengan tak memikirkan ianya menghina rakyat Kelantan. Shahrizat berkata tanpa peruntukan beribu-ribu ringgit yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan tegar di Kelantan akan bertambah parah seperti dilapor blog http://utusan.com/.

Rupa-rupanya Shahrizat yang ditampilkan oleh UMNO dalam pilihanraya 1995, 'buta sejarah' mengenai BN berkuasa di Kelantan sejak 1978-1990. Dalam tempoh tersebut, BN tak bangunkan Manek Urai dan hapuskan kemiskinan tegar. Sekarang pula nak sibuk, fasal Manek Urai tak dibangunkan. Kalau Shahrizat berbangga dengan menyalurkan peruntukan beribu-rubu ke Manek Urai, justeru wajarlah dikaji semula pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO apabila bliau melawan Tan Sri Rafidah Aziz, barangkali unur-unsur menyalurkan bantuan kepada Bahagian UMNO boleh dikesan.

MYANMAR TAK BENAR TEMU SUU KYI

Ban Ki-moon kecewa dengan sikap:
Keperongosan Junta Tentera Myanmar

YANGON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengkriktik Junta tentera Myanmar kerana menyekatnya daripada melawat ketua pembangkang, Aung San Suu Kyi dan mahu Suu Kyi dibenar menyertai politik sebelum pilihan raya 2010. Ki-moon berkata beliau 'amat kecewa' dengan keputusan Yangon kerana tidak dibenar mengadakan pertemuan dengan Suu Kyi sepanjang lawatan dua harinya ke Myanmar.
Dalam ucapannya di hadapan lebih 500 diplomat, pegawai negara, pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin parti pembangkang, Ki-moon berkata, secata terbuka mengkritik pentadbiran tentera Myanmar kerana rekod hak asasinya yang buruk dan gagal melepaskan tahanan politik yang dipenjarakan.

ILMU HITAM DLM P/RAYA INDONESIA...

Susilo percaya amalan sihir:
Digunakan pada musim p/raya

JAKARTA 4 Julai - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menghadapi satu lagi "musuh" menjelang Pilihan Raya Presiden pada 8 Julai ini. Beliau mendakwa ilmu hitam digunakan oleh musuhnya untuk menghalang usahanya untuk kekal memegang jawatan itu bagi penggal kedua lima tahun yang akan berakhir pada 2014. "Ini ialah musim pilihan raya. Ramai yang mengamalkan ilmu hitam. Malahan keluarga saya dapat merasai kesannya. "Ia luar biasa. Banyak kaedah (ilmu hitam) digunakan," katanya kepada 3,000 peserta pada majlis doa selamat di Cikeas, Bogor.


"Saya membuat kesimpulan bahawa hanya melalui doa dan bacaan ayat suci boleh menghalang serangan ilmu hitam. Misalnya, malam Jumaat lepas, saya sentiasa membaca ayat suci al-Quran sepanjang jalan ke venue debat (pusingan ketiga dan akhir debat presiden) bersama-sama isteri saya, pembantu dan pemandu," katanya dipetik oleh agensi berita Antara. - Bernama

LAPORAN DARI ASSOCIATED PRESS...


Malaysia holds 3 accused of reviving terror group
By JULIA ZAPPEI,Associated Press Writer

KUALA LUMPUR, Malaysia – Malaysia has arrested three men who allegedly met a top Singaporean terror suspect in a bid to revive the activities of the regional militant network Jemaah Islamiyah, a news report and police said Friday. Police arrested the suspects in southern Johor state on June 25 under the Internal Security Act, which allows for indefinite detention without trial, said national police chief Musa Hassan. The men were believed to be involved with the al-Qaida-linked Jemaah Islamiyah and were part of activities that "endanger the security of the nation," Musa told The Associated Press.
He declined to elaborate, saying police were still investigating the matter. The Star newspaper, quoting unidentified officials familiar with the investigation, said the three Malaysians were believed to have met with Mas Selamat Kastari, Jemaah Islamiyah's alleged former Singapore commander, who also arrested in Johor on April 1. Mas Selamat, a Singaporean citizen of Indonesian origin, is alleged to have plotted to hijack a plane and fly it into Singapore's international airport. He was caught by the Indonesian police in 2006 and handed over to Singapore, where escaped from a high-security prison in February 2008 by wriggling out a bathroom window. Malaysian authorities recaptured him more than a year later.

The three detained were believed to be ordinary members of Jemaah Islamiyah who were attempting to revive the group's operations in Malaysia, the report said. Malaysia has arrested dozens of Jemaah Islamiyah members over the past eight years. Authorities were investigating if the three men have recruited any new members recently, The Star's report added. Malaysia's government has said it will continue to hold Mas Selamat under the Internal Security Act to obtain more information about his activities. - AP.