Saturday, March 21, 2009

Dari Laman Blog...

Perlu Dilihat Dari Sudut Positif:
Isu Kekebalan Raja & Bahasa Melayu

Ketika Dato' Seri Dr Rais Yatim berhasil menyampaikan mesej diTV1 malam18 Mac 2009 mengenai dua isu yang menyentuh hati nurani Melayu menjelang Perhimpunan Agung UMNO 24-28 Mac 2009 ini, Dato' Seri Mohd Ali Rustam pula berhadapan dengan 'pak pung pak mustape, ada dule di rumah nye!'. Media hari ini (19 Mac 2009) melaporkan rayuan Ali Rustam ditolak, di samping Dato' Seri Azalina Osman Said dan Dato' Mohd Norza Zakaria masih belum tentu kedudukan mereka. Rais Yatim merumuskan dua perkara yang diperjuangkannya selama ini iaitu Bahasa Melayu dan imuniti raja-raja Melayu, malah beliau sudah bangkit melawan pada 1993, tetapi apa boleh buat. Heh heh heh!

Barangkali Rais Yatin jujur menampilkan dua isu berkenaan, malah PRIMA sudah terbabit bukan sahaja menerusi laman blog, malah turut mengirim memorandum kepada raja-raja Melayu dan pimpinan Melayu (walaupun tak dapat diserahkan secara bertemu muka). Justeru PRIMA mengucapkan tahniah kepada Rais Yatim apabila perjuangkan dua isu berkenaan (sekalipun beliau sebenarnya daripada pendidikan aliran Inggeris) tetapi kecintaan kepada Bahasa Melayu dengan menolak PPSMI dan pertahankan imuniti raja-raja, memang seperkara yang dibanggakan. Sikap Rais Yatim yang berani itu kadangkala dilihat 'macam mengecar ikan di sungai'; beliau sekadar terpinga-pinga apabila ikan terlepas dari jeramak.

Ketika Tun Dr Mahathir diperleceh, diperlekeh dan diperhegeh - Rais Yatim tak segan silu menghadiri majlis Rumah Terbuka Tun Dr M. PRIMA juga ikut terpanggil mengunjungi Tun Dr M ketika beliau berhadapan dengan fenomena yan dicetuskan oleh pimpinan UMNO sendiri. Bagaimanapun PRIMA tak tahu sama ada Tun Dr M terbabit atau tidak dalam lanskap politik sekarang, tetapi dalam pertemuan singkat pada 15 Ogos 2007 beliau memberi jaminan untuk memulihkan keberantakan negara sebelum PRU12. Segalanya masih terlalu awal untuk diambil kira, tetapi PRIMA percaya Tun Dr M tak mengubah janji beliau dalam pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana dulu, iaitu mahu memulihkan semula keberbrantakan.

Tak wajar kita melihat penampilan raja-raja sekadar dari segi negatif, berikutan sistem feudal dianggap tak menyebabkan berlakunya 'perhambaan minda'. Tetapi wajar juga dilhat daripada sikap positif, perlunya immuniti raja di tengah masyarakat majmuk di Malaysia. Kalau kita rasa bangga dengan gerakan nasionalisme, siapakah yang memberi suntikan semangat di belakang tabir? UMNO sendiri diasaskan menerusi dana yang dikutip, malah sebahagian besar adalah disumbangkan oleh raja-raja Melayu. Daripada $15 ribu (sekarang RM15 ribu) yang dikutip menerusi akhbar Majlis, RM6 ribu sahaja didermakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhom Tuanku Abdul Rahman.
Begitu ketika pahlawan Mat Kilau hampir ditangkap oleh British, beliau bersembunyi di Istana Kelantan, malah Sultan Kelantan ketika itu bermuslihat dengan mengisytihar pahlawan Melayu itu sudah meninggal dunia dalam insiden pada 1890-an. (Mat Kilau kemudian ditemui pada 1969 di Maran, Pahang). Sultan Abdullah di Perak juga rela dibuang ke Pulay Sycelles, kerana turut sama pertahankan Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Ngah Ibrahim pada 1876 di Pasir Salak. Pak Sako sendiri mengakui beliau pernah disembunyikan oleh Sultan Terangganu pada 1936 apabila diburu oleh Inggeris dengan tindakannya meninggalkan perkhidmatan kerajaan. Askar Melayu yang melarikan dari tahanan Jepun pada 1940-an juga diberi perlindungan di Istana Seri Menanti, di samping diberi wang saku. Semua insiden ini perlu dilihat secara positif apabila menyentuh isu kekebalan raja-raja. Begitulah!

-Pak Dharma.

YASSINSALLEH MENULIS...

Isu Saman Ke Atas UMNO:
Tengku Adnan Tak Gentar!
Kepongahan UMNO ketara dengan kenyataan media Setiausaha Agungnya Dato' Seri Tengku Adnan Mansor menerusi TV3 semalam (Buletin Utama, 19 Mac 2009)), apabila tak berasa gentar dengan saman sebuah syarikat yang mengendalikan cetak poster, kain rentang dan bahan-bahan lain yang digunakan semasa kempen pilihanraya. Malah Tengku Adnan tak mahu berunding di luar mahkamah berkaitan isu saman berkenaan. Memang UMNO hebat, sebab itu tak gentar. Maklumlah, Dato' Nikah Kahwin dalam 'Musang Berjanggut' tak bimbang apa-apa ketika ditanya Puspawangi fasal peraturan di istana negara Pura Cendana. Klip video Lingam pun UMNO tak gentar, inikan pula saman syarikat berkenaan. Syabas!

Perkara Sultan Alam Shah Bana diperkuda oleh Puspawangi, bukan menghina institusi raja-raja, malah tak perlu didakwa di bawah Akta Hasutan. Dato' Perdana Menteri menjadi patung-patung pegang tombak di bilik tidur Puspawangi, tak perlukan Akta Rahsia Rasmi (OSA). Begitu juga Dato' Mangkubumi yang menjadi katak di bawah katil, tak payahlah digunakan SPRM untuk siasat atau Dato' Pujangga selaku tikus almari, biarkanlah. Janganlah heret Dato' Pujangga ke ISA kerana bahasanya yang melucukan: "Kicap pun kicaplah, Puspawangi punya fasal kicap pun tak rasa masin heh heh heh!" Syarikat yang nak saman UMNO tu, kenalah fikirkan risiko kerana kicap pun dah tak rasa masin!
(*Yassinsalleh adalah penyair Melayu yang gemar bermain dengan bahasa melankolik. Bekas pendidik, tetapi terbabit dengan perfilmen. Pernah memenangi oskar Pengarah Terbaik dalam Pesta Filem Malaysia sekitar dekad 1980-an menerusi filem 'Dia Ibuku'.)

PARPU KARI MEMBERI KOMEN...

Pemilihan Bukan Perkara Main-Main
Semalam juga kita sudah tahu akan pendirian Tun ya... Semalam juga kita sudah tahu akan pendirian Tun yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai TPM; Alhamdullillah. Inilah yang saya tunggu-tunggukan ni. Saya nak cakap sikit la, kalau ada penyokong Ali Rustam kat sini, yang datang membaca blog saya yang tak seberapa ini, saya amat bersimpati terhadap apa yang dah terjadi kepAda Dato' Seri Ali Rustam. Tapi tuan-tuan sekalian, anggaplah ini suratan takdir, bukan rezeki dia. Yalah, banyak yang pertikai kenapa beliau saja yang kena, padahal orang dah didapati bersalah pun masih boleh bertanding kan?

Itu saya tak tau, kita terima je la keputusan yang telah dibuat...Allah Taala Maha mengetahui dan Allah telah memberi kita akal fikiran. So, pilihlah dengan bijak ya. Ingat! Ini bukan perkara main-main tau! Ini adalah soal masa depan negara. Apa keputusan yang kita buat hari ini akan menentukan hari esok untuk anak cucu kita. Janganlah kita terpedaya dengan sedikit habuan yang tak bermakna!!! Especially perwakilan UMNO yang berjumlah lebih 2500 tu. Masa depan UMNO terletak di tangan anda, maka undilah dengan bijak dan fikirlah semasak-masaknya sebelum membuat pengundian. Kepada penyokong Dato' Seri Ali Rustam, janganlah ikut hati, janganlah kerana marah anda, nanti memberi keputusan yang akan disesali di kemudian hari...
Marah, ya saya faham anda marah dan anda merasa benda yang berlaku ini seperti tidak adil kan? Tapi tuan-tuan sekalian, ini adalah surat takdir, tuan-tuan. Terimalah tkadir Allah ni dengan hati yang terbuka dan janganlah anggap apa yang berlaku ini adalah perancangan jahat dari sesetengah pihak. Janganlah kita beremosi, inilah yang hendak ilihat oleh pihak pembangkang. Mereka suka lihat orang-orang UMNO berpecah belah! Yang tak menariknya, semalam saya ada menerima SMS mengatakan bahawasanya penyokong-penyokong Dato' Seri Ali Rustam akan sabotaj Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberikan sokongan mereka kepada calon yang lagi satu! Yang peliknya, kenapa Tan Sri Muhyiddin dipersalahkan pulak ya? Kenapa? Why? Hmmm...

Tahukah tuan-tuan, kalau tidak disebabkan oleh keberanian dan kelantangan suara Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempercepatkan peralihan kuasa ini, adakah peralihan akan berlaku dengan sebegini cepat? Patutkah tuan-tuan semua marahkan Tan Sri yang sanggup meletakkan lehernya d hujung pedang demi menyelamatkan UMNO terus dari tenggelam? Inikah cara kita membalas budi baik Tan Sri? Dengan mengikut emosi? Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seorang wira yang sanggup menyampaikan hasrat akar umbi walaupun boleh mengancam kedudukan beliau. Mana wira-wira lain masa tu?

Semuanya membisu seribu bahasa. Ingatlah, jangan lupa akan jasa Tan Sri Muhyiddin kepada UMNO dan negara. Sokonglah beliau tanpa berbelah bagi, beliau adalah partner Dato' Seri Najib yang tebaik! Ini juga diakui oleh Tun Dr Mahathir. Jadi saya mntak pada penyokong-penyokong Ali Rustam supaya fikir masak-masak sebelum pemilihan. Orang tua-tua kata: Ikut hati mati, ikut rasa binasa! Marilah kita menaikkan UMNO semula ke satu tahap yang lebih tinggi. Sekian buat kali ini dan fikir-fikirlkanlah ya! (Parpu Kari)